Wednesday, October 30

Kenangan

Semalam,
Kenangan itu datang balik,
Masih segar baunya,
Aku cuba buang jauh-jauh,
Sampai rasa nak muntah,
Sakit,
Usah di kata,
Air mata tak dapat nak disekat,
Lalu aku pejam,
Lupa segala benda,
Biar esok jadi penentu.

Monday, September 16

Kebiasaan

Jam 00:54.
Di depan kotak bercakap sambil melayan RUNNING MAN dan ditemani ketulan-ketulan batu.
Aku kunyah dengan lahapnya. Tiba-tiba ternyiang-nyiang di kepala kata ibunda "Nanti gigi luruh baru tahu".
Aku cepat-cepat tepis dan meneruskan kunyahan. "Hanya untuk malam ni" Fikirku untuk menyedapkan hati. 

"Eleh, kau memang selalu macam tu. Tapi sama je,Tiap-tiap hari kau kunyah batu tu" Tiba-tiba suara jahat muncul secara tiba-tiba.
"Kau ni suka rosakkan mood lah, pergi jauh-jauh" Aku menghabiskan beberapa ketul lagi batu yang tinggal tanpa pedulikan suara itu.

Thursday, August 22

The conjuring, based on TRUE STORY

Assalamualaikum dan hai.


Malam selasa, aku dengan beberapa roomate aku rancang nak pergi tengok wayang. Cerita yang nak sangat tengok THE CONJURING. Dari rumah lagi aku dah pasang niat nak pergi tengok cerita ni. Esoknya lepas-lepas kelas kitaorang terus gerak dari kolej dengan berbaju kurung. Tak menyempat dah nak tukar baju.
Nasib baik orang tak ramai, mungkin sebab kitaorang pergi masa hari kerja. Jadi dapat lah kitaorang tengok cerita ni . 



Sebelum ni dah terbaca dekat twitter dan blog-blog fasal filem ni. Filem ini diambil berdasarkan kisah benar keluarga Perron yang mendakwa mengalami kes rasukan hantu pada era 1970-an. 

Sinopsis




The Conjuring, Bikin Bulu Kuduk Berdiri


Filem The Conjuring mengisahkan sebuah kisah benar yang berlaku dan sangat menakutkan. Ia menceritakan tentang bagaimana penyiasat paranormal terkenal di seluruh dunia iaitu Ed dan Lorraine Warren telah dipanggil untuk membantu keluarga yang diganggu hantu di sebuah rumah ladang terpencil.
Terpaksa berdepan dengan sebuah entiti jahat berkuasa, Warrens mendapati diri mereka terperangkap dalam kes yang paling menakutkan dalam hidup mereka. Apa sebenarnya berlaku di rumah tersebut? Apakah rahsia tersembunyi?

Annabelle

Kisah Nyata patung Hantu Annabelle Dalam 'THE CONJURING'. Salah satu elemen yang menakutkan dari film THE CONJURING adalah patung yang dirasuki hantu, Annabelle. Tak hanya ada dalam film saja, malah patung ini ternyata juga benar-benar ada di dunia nyata. 


So, siapa-siapa yang tak tengok lagi. Pergi lah tengok . :D

Sunday, August 11

Bila kawan baik dah ada kekasih

Assalamualaikum dan hai.
AMARAN:
Entry ini bukan untuk aku, sekadar post random.

Tadi kawan lama call, lama gila aku dengar dia luahkan perasaan. Ayat yang sama dia ulang 2 3 kali "i tak tahu perasaan i yang sebenar, i tak faham dengan hati i.". Aku setia tadah telinga.

Dia berkawan baik dengan seorang lelaki, bukan orang lain pun kawan-kawan kitaorang juga. Dia antara lelaki yang paling rapat dengan dia. Lastly, bila lelaki tu ada girlfriend dia patah hati, dia menangis. Dia tak boleh terima. "i takut dia tak layan i macam dulu, sebab dia dah ada girlfriend."

Aku nak cakap apa ? aku tak pernah alami situasi macam tu. Jadi aku cuma beri kata-kata yang positif untuk dia. Moga dia terima. Aku bukan pakar motivasi, tapi aku cuba.

Dia terkilan sebab lelaki tu tak bagi tahu dia yang lelaki tu dah ada girlfriend. So ? Hmmm, pada pandangan aku. Mungkin lelaki tu nak jaga hubungan yang sedia ada sekarang. Mungkin dia nak cari masa yang sesuai untuk bagi tahu. Tak pun dia memang tak nak kongsi pun. Ntah, lelaki tu je tahu jawapan dia.


*kalau dah kawan baik tak boleh lebih dari itu, nanti kau yang sakit.

*Yang ini tiada kena mengena dengan cerita di atas.

Bukanlah sesuatu yang pelik apabila jatuh cinta kepada kawan sendiri. 
Bila dah kawan bertahun-tahun, tiba-tiba ada satu perasaan baru yang muncul. Tapi selepas lelaki tu dah ada kekasih. Gila ? kenapa dari dulu kau tak korek hati kau tu habis-habis ? apa perasaan kau kat dia ? 
Mungkin masa tu kau rasa selesa dengan dia, kau rasa kau dan dia akan kekal macam tu sampai bila-bila, kau tak rasa dia akan tinggalkan kau. Atau, kau tak yakin dengan perasaan kau masa tu. Ada banyak kemungkinan sebenarnya. Aku tak pernah alami, jadi aku tak tahu.

Hubungan dah tak macam dulu.
Ya mungkin, bila dia dah ada kekasih, 100 % segala aktiviti yang korang pernah buat dulu berubah 360 darjah. Dia tak akan jadi kan kau sebagai orang pertama untuk berkongsi cerita, kau mungkin akan jatuh ntah ke no berapa tak pun kau orang yang terakhir akan tahu. Dia mungkin juga akan mengelak daripada kau. Mungkin dia lebih tumpukan perhatian kepada kekasih dia.

Tapi kata orang, bercinta dengan kawan baik sendiri banyak keburukannya. 
Bila terjadi sesuatu dalam hubungan. Persahabatan tak akan sama macam dulu. Mungkin akan jadi saling benci membenci. Sayangkan, persahabatan yang dah dibina selama bertahun-tahun putus macam tu je.

Tapi tak salah pun sebenarnya, masing-masing ada pendapat sendiri. Ada je kawan baik yang berkahwin. Kalau dah jodoh tak kemana kan ? 


Friday, August 9

SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum dan hai.
2 Syawal 1434H
Berlalulah sudah Ramadhan sebulan berpuasa, Tiba Syawal kita rayakan dengan rasa gembira

Alhamdulillah, kita semua masih lagi diberi kesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di hari kemenangan ini, kita sama-samalah sambut dengan penuh kesederhanaan dan elakkan pembaziran.

Okay, Masa raya ni lah juga kita nak merapatkan hubungan sesama manusia. Yang jauh tu kita dekat-dekatkan, yang dekat tu kita erat-eratkan lagi. Masa ni lah boleh jumpa keluarga yang jauh, yang dekat. Semua berkumpul ramai-ramai.  





Biarpun bulan Ramadhan sudah berlalu meninggalkan kita, jangan kita tinggalkan amalan yang telah kita lakukan pada bulan tersebut. Kalau boleh kita amalkan sampai bila-bila. Sama-sama kita cuba perbaiki diri. InsyaAllah.

Jangan lupa juga sedekahkan Al-fatihah kepada yang telah pergi meninggalkan kita.


Di kesempatan ini  saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada yang mengenali diri ini sama ada secara dekat atau jauh. Salah dan silap harap lah dimaafi. Kadang-kadang lidah ni terlalu lantang bersuara, mata ni terlalu tajam menjeling, tingkah laku kadang-kadang membuatkan orang terasa. Maaf sangat-sangat, sesungguhnya manusia tak pernah lari dari kesilapan. 


Saturday, August 3

Jadi seperti dirimu sendiri :)

Kalau ingin dihormati, belajarlah untuk menghormati.
Kalau ingin dimaafkan, belajarlah untuk memaafkan.
Kalau ingin difahami, belajarlah untuk memahami.
Kalau ingin disedari, belajarlah untuk menyedari.
Kalau ingin disayangi, belajarlah untuk menyayangi.
Kalau ingin dikasihi, belajarlah untuk mengasihi.
Kalau ingin diterima, belajarlah untuk menerima.
Kalau ingin dihargai, belajarlah untuk menghargai.
Kalau ingin disenangi, belajarlah untuk menyenangi.
Bukan orang lain yang perlu berubah mengikut kehendak kita tetapi kitalah yang sebenarnya perlu mengubah diri kita.
Memuaskan hati semua orang itu tidak mudah tetapi berubah untuk memuaskan hati semua orang itu tidak mustahil.
"Di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan"
InsyaAllah Dia akan permudahkan.

Jadilah seperti sang pelangi yang tidak bercahaya namun tetap berseri
Jadilah seperti bintang-bintang meskipun jauh tetap setia menemani sang bulan menghiasi malam

akhir sekali, Jadilah seperti dirimu sendiri :)

Petikan ini di copypasta dari blog http://mohamednaqib.blogspot.com

Thursday, August 1

10 malam terakhir .

Assalamualaikum dan hai .

Alhamdulillah, sampai ke hari (24 Ramadahan) kita semua masih diberi kesempatan untuk berpuasa. Hanya tinggal beberapa hari saja lagi Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Mudah-mudahan segala amalan kita diterima. Amin.


Antara kelebihan malam 10 terakhir Ramadan adalah;
  • Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya;
    “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
  • Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak).

    Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud:

    “Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1)

    Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun.
  • Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)
  • Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)
  • Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.
  • Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud: “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4)

    Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.
  • Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.

    Bilakah Lailatul Qadar?

    Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    Rasulullah bersabda lagi bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir.” (Hadis riwayat Bukhari)

    Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadis yang menceritakan mengenai Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam itu berpindah-pindah pada setiap tahun.

    Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: katakanlah (maksudnya) : “Ya Allah, sesungguhnya engkau Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Pengampun, maka ampunkan dosa-dosaku.”
  • Iktikaf pada malam 10 terakhir Ramadan yang mana fadilatnya lebih banyak daripada hari biasa. Maksud iktikaf di sini adalah mendampingi masjid untuk mentaati Allah.

    Rasulullah tidak pernah sekali pun meninggalkan iktikaf pada 10 malam terakhir Ramadan hingga Baginda wafat. Isteri baginda.

    Syarat sah iktikaf: 

    Islam, berakal, tidak berjunub dan bersih daripada haid dan nifas bagi perempuan.

    Niat: Iktikaf adalah ibadat yang tidak sah melainkan dengan niat.

    Masjid: Iktikaf hendaklah dilakukan di masjid.

    Waktu bermula iktikaf: Seseorang yang ingin beriktikaf hendaklah masuk ke dalam masjid sebelum terbenam matahari ke-20 Ramadan.

    Waktu berakhir iktikaf: Berakhirnya iktikaf adalah selepas terbenamnya matahari pada hari terakhir Ramadan.

    Perkara yang membatalkan iktikaf: 
  • Keluar dari masjid tanpa hajat dengan sengaja.
  • Murtad.
  • Hilang akal kerana gila atau mabuk.
  • Datang haid atau nifas.
  • Jimak. Firman Allah bermaksud: “Dan jangan dekati (jimak) mereka (isteri kamu) dalam keadaan kamu beriktikaf dalam masjid.” (Surah al-Baqarah, ayat 187)

    Perkara yang sunat dilakukan.
  • Memperbanyakkan ibadat sunat seperti solat, membaca al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, selawat dan doa.
  • Menghadiri majlis ilmu, mengulang kaji kitab hadis, tafsir, sirah nabi dan sebagainya.
  • Perkara yang harus dilakukan.
  • Keluar daripada masjid kerana hajat seperti keluar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada saudara mara, menziaahi kematian atau orang sakit.
  • Begitu juga harus hukumnya mandi, memotong rambut, kuku, memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian.   


  • Sekian :)



    Thursday, July 18

    Hanya aku by Hyper Act

    Bersama janji kau sentuh rasa percaya
    Hangat dinginmu mengundang rindu kecewa
    Hanya aku dihuni sepi rasa kasihmu

    [*] Hanya ku yang mencari
    Rembulan masih ada
    Mungkin seketika
    Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
    Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
    Hanya aku

    Apakah mungkin berulang janji setia
    Apa kan kekal ataupun menyambut duka
    Dan dirimu di janji Sang Sempurna
    Dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu

    Repeat [*]

    Dihuni rasa rindu
    Hanya ku yang mencari
    Rembulan masih ada
    Mungkin seketika
    Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
    Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
    Hanya aku

    Dingin rasa kasihmu
    Bagai bintang bersemi
    Rindu janji bicara
    Kekal selamanya
    Walau sekadar mimpi
    Tak pernah ku peduli
    Selamanya kan ku pasti merindui dirimu
    Hanya aku


    Sunday, July 14

    Selamat menyambut Ramadhan.

    Assalamualaikum dan hai . 

    Alhamdulillah, hari ni dah 5 hari kita menunaikan tanggungjawab kita iaitu berpuasa . Banyak kelebihan yang boleh didapati di bulan yang mulia ini . Bulan ni juga titik permulaan kita untuk menjadi yang lebih baik. InsyaAllah. 
    Ni nak share sikit, Amalan-amalan sunnah pada bulan Ramadhan.

    1. Mengkhatamkan Al-Qur'an

    Bulan Ramadhan adalah bulan Al-Quran. Pada bulan inilah Al-Qur'an pertama kali turun dari lauhul mahfuz ke langit dunia sekaligus. Allah berfirman:Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil) (al baqarah: 185)

    2. solat tarawih

    Rasulullah Saw. bersabda: "Barang siapa yang menghidupkan malam bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari Allah akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."Sebuah riwayat mengatakan bahawa Nabi Saw. pernah solat 11 rakaat, terkadang 13 rakaat atau kurang dari itu. Ketika ditanya tentang solat malam beliau bersabda: "Dua rakaat dua rakaat, jika seseorang di antara kamu bimbang masuk waktu subuh hendaklah solat satu rakaat witir."

    3. memperbanyak doa

    Orang yang berpuasa ketika berbuka adalah salah satu orang yang doanya mustajab. Oleh kerana itu perbanyaklah berdoa ketika sedang berpuasa lebih-lebih lagi ketika berbuka. Berdoalah untuk kebaikan diri kita, keluarga, bangsa, dan saudara-saudara kita sesama muslim di belahan dunia.

    4. Memberi buka puasa (tafthir shaim)

    Hendaknya berusaha untuk selalu memberikan ifthar (berbuka) bagi mereka yang berpuasa walaupun hanya seteguk air ataupun sebutir kurma sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang berbunyi: "Barang siapa yang memberi ifthar (untuk berbuka) orang-orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tanpa dikurangkan sedikitpun ". (Bukhari Muslim)

    5. bersedekah

    Rasulullah Saw. bersabda: "Sebaik-baik sedekah adalah sedekah pada bulan Ramadhan" (HR. Tirmizi).Dan pada akhir bulan Ramadhan Allah mewajibkan kepada setiap muslim untuk mengeluarkan zakat fitrah sebagai penyempurna puasa yang dilakukannya.

    6. i'tikaf

    Iktikaf adalah berdiam diri di masjid untuk beribadah kepada Allah. I'tikaf sunat bagi laki-laki dan perempuan; kerana Rasulullah Saw. selalu beri'tikaf terutama pada sepuluh malam terakhir dan para isterinya juga ikut I'tikaf bersamanya. Dan hendaklah orang yang melaksanakan iktikaf memperbanyak zikir, istigfar, membaca Al-Qur'an, berdoa, solat sunat dan lain-lain.

    7. umrah

    Ramadhan adalah masa terbaik untuk melaksanakan umrah, kerana umrah pada bulan Ramadhan memiliki pahala seperti pahala haji bahkan pahala haji bersama Rasulullah Saw. Beliau bersabda: "Umrah pada bulan Ramadhan seperti haji bersamaku."

    8. Memperbanyak berbuat kebaikan

    Bulan Ramadhan adalah peluang keemasan bagi setiap muslim untuk menambah 'akaun' pahalanya di sisi Allah. Dalam hadis yang diriwayatkan Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi dikatakan bahawa amalan sunnah pada bulan Ramadhan bernilai seperti amalan wajib dan amalan wajib bernilai 70 amalan wajib di luar Ramadhan. Raihlah setiap peluang untuk berbuat kebaikan sekecil apapun meskipun hanya 'sekadar' tersenyum di depan orang lain. Ciptakanlah kreasi dan inovasi dalam berbuat kebaikan agar baki kebaikan kita terus bertambah."Dan untuk yang demikian itu hendaknya orang berlumba-lumba."

    Semoga kita termasuk orang-orang yang boleh memanfaatkan momentum Ramadhan untuk merealisasikan ketakwaan diri kita dan boleh meraih gelaran "bebas dari neraka." AminWakullu Am wa Antum bikhair.

    Tuesday, June 25

    Kita

    Assalamualaikum dan hai !

    Kadang-kadang kita gembira.
    Masa tu tak ingat dunia.
    Tak fikir pun apa yang akan jadi.
    Masing-masing pekak kan telinga,
    Macam dunia ni kita yang punya.

    Kadang-kadang kita menangis,
    Masa tu baru ingat Pencipta,
    Rasa menyesal secara tiba-tiba,
    Masing-masing fikir nak berubah,
    Rasa macam esok dunia ni dah tak ada.

    Tapi bila diingatkan balik,
    Kita ni manusia, cepat sangat terpengaruh,
    Leka.
    Kejap kita ke kiri, kejap lagi ke kanan,
    Tak ada pendirian.

    Bila duduk saja-saja,
    Teringat kisah-kisah lama,
    Kita menangis mulut pun lantas berkata,
    Jahatnya aku dulu.

    Masa tu kalau ada jual butang putar kebelakang,
    Kita semua pakat beli, kaya tokei kedai,
    Kita semua nak jadi baik, kita semua nak ubah balik masa lampau,
    Tapi, malangnya tiada.

    Kalau clorok bukan racun, rasanya dah lama kita minum,
    Nak hilang rasa bersalah, rasa berdosa.
    Macam mana nak buat ?
    Kita balik pada Pencipta.

    Monday, June 24

    Salam Nisfu Syaaban :)

    Assalamualaikum dan hai !

    Sedar tak sedar kita sudah berada di bulan Syaaban, bulan yang penuh keberkatan penuh kerahmatan. Dan tak lama lagi kita semua bakal menyambut bulan Ramadhan. Tak lama je lagi. Bulan Syaaban ni mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaannya.Terdapat satu malam dalam bulan syaaban yang dipanggil malam Nisfu Syaaban. Nisfu Syaaban ni jatuh pada 15 Syaaban setiap tahun hijrah.

    Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT menilik hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Allah mengampunkan dosa orang-orang mukmin, memanjangkan kesesatan orang kafir dan membiarkan orang yang hasad dengan kedengkian mereka sehingga mereka meninggalkannya."

    "Sesungguhnya Allah SWT melimpahkan rahmat pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya yang lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab."



    Sama-sama lah kita perbanyakkan amalan. Perbaiki diri. Moga-moga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT. Semoga diampunkan dosa-dosa. Maafkan salah silap kepada yang mengenali atau pun yang tidak mengenali. 

    Sunday, June 23

    semester break !

    Assalamualaikum dan hai.


    Rasanya tak lambat lagi kot nak wish selamat bercuti untuk sahabat-sahabat tercintooo :D . Yeah, isikan la masa cuti ada dengan perkara-perkara yang berfaedah okay. :)
    Yang mana pergi bercuti tu jangan lupa, share-share gambar kat facebook. Haa, ni ada lagi nak pesan. Sekarang ni tengah musim jerebu, jadi nak ingatkan, jaga kesihatan,  minum air masak banyak-banyak, kalau boleh kalau mana-mana tempat yang terlibat dengan jerebu tu pakailah mask kalau keluar rumah, jangan kebersihan diri dan selalulah mandi. Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan khas oleh Datin Fattynnn. *haaa, gitu. Sebut kasi omputih sikit.


    Cuti ni tak kemana-mana mungkin, hanya menghabiskan masa dengan sebaik-baiknya dirumah. Lebih banyak luangkan masa bersama family. Kawan-kawan ramai yang tak cuti, mungkin akan keluar dengan Sha je, i miss her so much. Dah lama gila tak jumpa. Kalau tak silap hampir 3 month or something. Kalau boleh nak jumpa balik semua kawan-kawan sekolah dulu. Dulu, ada jugak rancang nak buat reunion tapi tak pernah jadi pun, susah nak cari masa yang semua orang betul-betul free. Raya ni mungkin, kita tengok macam mana.



    Saja nak share video gedik ni, HAHA



    Muka excited yang bakal kena kutuk . hmmmm

    Wednesday, June 12

    Lirik lagu bahagiamu derita ku by Hafiz

    Assalamualaikum dan hai.
    At first time dengar lagu ni dah jatuh hati. Mula lah duk dengar lagu ni banyak-banyak kali. 

    Ku dengar kau cinta sangat padanya
    Ku dengar hatimu kini miliknya
    Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
    Aku menjadi sahabatmu
    Siksanya mengakui kau teman biasa
    Terpaksa ku terima itu hakikatnya
    Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
    Kau percik api membakar kenangan lama
    Aku tak tahu menilai cintamu
    Aku tak mampu pertahankan
    Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
    Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
    Mengapakah aku jadi lemah
    Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu
    Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
    Kau percik api membakar kenangan lama

    Aku tak tahu menilai cintamu
    Aku tak mampu pertahankan
    Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
    Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
    Mengapakah aku jadi lemah
    Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu
    Mengapakah aku jadi lemah
    Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

    Monday, June 10

    Exam is just around the corner.

    Assalamualaikum dan hai.

    Hari Isnin, bangun pagi. Aku kat mana ni ????
    Bila fkir-fikir balik. Ohhh yea, aku dirumah. *saja nak jelouskan roomate. hehe . Hi korang :D
    Sangat seronok bila hari ni tak payah nak kena tempuh kelas seawal 8 pagi dan tiap-tiap pagi aku akan menahan kemengantukan. *bantai
    Hmmm, minggu lepas ada lah minggu yang sangat-sangat busy dan menguji kesabaran. *Setiap sem pun kau akan lalui benda yang sama. Okay, terima kasih. Tapi alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar.

    Exam sikit je lagi nak sampai, sikit sangat aku kena bersiap-siap untuk jemputnya dengan senang hati. :) Kalau kira-kira ada lagi 4 hari. Relax je Fatin kan boleh berfacebook lagi. *Setiap sem pun kau macam tu. Ohh, okay :|


    Dikesempatan ni nak minta maaf banyak-banyak kepada sesiapa yang mengenali, ada kalanya mulut ni terlalu lancang berkata. Mata ni suka jeling ikut suka. Muka ni masam tak kira masa. Sesungguhnya ini lah Nurfatin Azma. Siapa yang boleh terima boleh lah, kalau tak boleh tak lah. Tak perlu jadi orang lain nak bagi orang suka kat kita. Be myself is much better. Sekian terima kasih. 

    Sebenarnya nak puaskan semua hati yang ada, memang susah. Kalau boleh nak pergi dekat sorang-sorang nak tanya apa lagi yang perlu dibuat supaya puas hati tu. Lumrah, sesiapa pun tak pernah sempurna dekat mata mesti ada je tak kena. Buat lah baik macam mana pun, kalau orang dah nak kata memang tetap akan kena kata. Nak cari kawan yang betul-betul kawan pun susah, ada yang depan kita baik tapi belakang belum tentu. Ni tak ada niat untuk mengata siapa-siapa atau nak tuju kan kepada siapa-siapa, tapi kalau ada yang terasa ampun maaf dipinta. Tapi tetap nak ucapkan terima kasih sebab anda membuat saya lebih yakin untuk memperbaiki diri ni. :)

    Semoga kita semua akan berjaya menempuhi peperikasaan dunia dan akhirat. Amin.
    All the best for exam.

    Monday, May 27

    Random post :D


    Assalamualaikum dan hai.

    Pukul 3 pagi, tidurlah Fatin. Esok bangun pagi kelas pukul 8. *lagu p.ramlee

    Arrgghhhh ! mata tidak memberikan kerjasama yang baik untuk tidur. Sejak dari tadi aku cuba, namun gagal. Ni lah padahnya bila hari cuti dah biasa tidur lewat. Mulalah hari esok ada kelas susah nak tidur.







    Friday, May 17

    I LOVE YOU dalam 100 bahasa :D

    Assalamualaikum dan hai !
    I love you korang. Aku cinta pada korang semua !! *Ececehhh . Sweet kan aku ? Aku tahu. :)
    ni nak share kat korang  boleh digunakan dan boleh dimanfaatkan pada masa akan datang. Mana tahu kan korang nak ngorat pakwe makwe berlainan bangsa pulak. Hehe 

    Actually, i love you ni tak semestinya nak dilafazkan pada kekasih or buah hati. Tetapi boleh juga diucapkan dekat mak, ayah, adik-adik, kawan-kawan, cikgu-cikgu, jiran sebelah, makcik jual kuih dan sebagainya. Dengan cara ni juga, kita boleh merapatkan sillaturrahim. Orang kata lebih mesra gitu. Kan ? *kenapa ayat aku formal sangat ?

    English - I love you
    Afrikaans - Ek het jou lief
    Albanian - Te dua
    Arabic - Ana behibak (to male)
    Arabic - Ana behibek (to female)
    Armenian - Yes kez sirumem
    Bambara - M'bi fe
    Bengali - Ami tomake bhalobashi (pronounced: Amee toe-ma-kee bhalo-bashee)
    Belarusian - Ya tabe kahayu
    Bisaya - Nahigugma ako kanimo
    Bulgarian - Obicham te
    Cambodian - Soro lahn nhee ah
    Catalan - T'estimo
    Cherokee - Tsi ge yu i
    Cheyenne - Ne mohotatse
    Chichewa - Ndimakukonda
    Chinese
    Kantonis - Ngo oiy ney a
    Mandarin - Wo ai ni
    Comanche - U kamakutu nu
    Corsican - Ti tengu caru (kepada lelaki)
    Cree - Kisakihitin
    Creol - Mi aime jou
    Croatian - Volim te
    Czech - Miluji te
    Danish - Jeg Elsker Dig
    Dutch - Ik hou van jou
    Elvish - Amin mela lle (from The Lord of The Rings, by J.R.R. Tolkien)
    Esperanto - Mi amas vin
    Estonian - Ma armastan sind
    Ethiopian - Afgreki'
    Faroese - Eg elski teg
    Farsi - Doset daram
    Filipino - Mahal kita
    Finnish - Mina rakastan sinua
    French - Je t'aime, Je t'adore
    Frisian - Ik hald fan dy
    Gaelic - Ta gra agam ort
    Georgian - Mikvarhar
    German - Ich liebe dich
    Greek - S'agapo
    Gujarati - Hoo thunay prem karoo choo
    Hiligaynon - Palangga ko ikaw
    Hawaiian - Aloha Au Ia`oe
    Hebrew
    Kepada perempuan - "ani ohev otach" (said by male) "ohevet Otach" (said by female)
    Kepada lelaki - "ani ohev otcha" (said by male) "Ohevet ot'cha" (said by female)
    Hiligaynon - Guina higugma ko ikaw
    Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hae
    Hmong - Kuv hlub koj
    Hopi - Nu' umi unangwa'ta
    Hungarian - Szeretlek
    Icelandic - Eg elska tig
    Ilonggo - Palangga ko ikaw
    Indonesian - Saya cinta padamu
    Inuit - Negligevapse
    Irish - Taim i' ngra leat
    Italian - Ti amo
    Japanese - Aishiteru or Anata ga daisuki desu
    Kannada - Naanu ninna preetisuttene
    Kapampangan - Kaluguran daka
    Kiswahili - Nakupenda
    Konkani - Tu magel moga cho
    Korean - Sarang Heyo or Nanun tangshinul sarang hamnida
    Latin - Te amo
    Latvian - Es tevi miilu
    Lebanese - Bahibak
    Lithuanian - Tave myliu
    Luxembourgeois - Ech hun dech gaer
    Macedonian - Te Sakam
    Malay - Saya cintakan mu / Aku cinta padamu
    Malayalam - Njan Ninne Premikunnu
    Maltese - Inhobbok
    Marathi - Me tula prem karto
    Mohawk - Kanbhik
    Moroccan - Ana moajaba bik
    Nahuatl - Ni mits neki
    Navaho - Ayor anosh'ni
    Ndebele - Niyakutanda
    Norwegian
    Bokmaal - Jeg elsker deg
    Nyonrsk - Eg elskar deg
    Pandacan - Syota na kita!!
    Pangasinan - Inaru Taka
    Papiamento - Mi ta stimabo
    Persian - Doo-set daaram
    Pig Latin - Iay ovlay ouyay
    Polish - Kocham Ciebie
    Portuguese - Eu te amo
    Romanian - Te iubesc
    Russian - Ya tebya liubliu
    Scot Gaelic - Tha gra\dh agam ort
    Serbian - Volim te
    Setswana - Ke a go rata
    Sign Language - ,\,,/ (posisi jari yang bermaksud 'I Love You')
    Sindhi - Maa tokhe pyar kendo ahyan
    Sioux - Techihhila
    Slovak - Lu`bim ta
    Slovenian - Ljubim te
    Spanish - Te quiero / Te amo
    Swahili - Ninapenda wewe
    Swedish - Jag alskar dig
    Swiss-German - Ich lieb Di
    Surinam - Mi lobi joe
    Tagalog - Mahal kita
    Taiwanese - Wa ga ei li
    Tahitian - Ua Here Vau Ia Oe
    Tamil - Nan unnai kathalikaraen
    Telugu - Nenu ninnu premistunnanu
    Thai
    Kepada perempuan - Phom rak khun
    Kepada lelaki - Chan rak khun
    Kebiasaannya - Rak te
    Tunisian - Ha eh bak
    Turkish - Seni Seviyorum
    Ukrainian - Ya tebe kahayu
    Urdu - mai aap say pyaar karta hoo
    Vietnamese
    Kepada perempuan - Anh ye^u em
    Kepada lelaki - Em ye^u anh
    Welsh - 'Rwy'n dy garu di   
    Yiddish - Ikh hob dikh
    Yoruba - Mo ni fe
    Zazi - Ezhele hezdege
    Zuni - Tom ho' ichema

    Haa kan, macam-macam bahasa ada. Boleh cuba yang mana satu korang nak. Semoga berjaya ;)
    Awak, Je t'aime :*