Thursday, September 8

Takpe , saya faham .

*strawbery <3

Assalamualaikum dan hai !
Sekarang tiap tiap hari aku update kan . Kalau boleh setiap saat nak update . Bukan apa disebabkan tahap kebosanan tu dah meningkat ningkat . Daripada aku menghabiskan segala makanan yang ada dekat rumah ni baik aku merepek melalut dekat sini kan boleh jugak teruskan proses diet (*konon ) aku yang tak pernah menjadi tu . Ya kau , aku tahu aku dah macam doraemon . Tapi comel kan ?

*awak , saya suka awak .

Awak , iya awak lah . Yang pegang camera tu . Saya sangat suka kan awak .
Suka . Apa maksud suka ni ? Ecececeh .
Suka ni banyak maksud , kadang-kadang perkataan suka ni membuatkan someone tu boleh salah faham .
Suka ni pun boleh digunakan untuk suka sesuatu benda yang lain . Contohkan , aku suka gila dekat bunga taik ayam tu , cantikk . Takpun , aku suka makan roti canai .
Tapi kalau untuk orang macam mana pulak ? Suka tak semestinya sayang kan , sayang tak semestinya cinta . *wallaweyy . poyo je kan .

 
*sweet .

Bila someone tu cakap suka dekat korang, tak semestinya dia nak menjalinkan sesuatu hubungan dengan korang . I mean , hubungan lebih dari seorang kawan . Mungkin dia suka pada cara korang bercakap , cara korang bekerja , cara korang menyelesaikan sesuatu masalah dan mungkin ada juga antaranya suka tengok perwatakan korang . Dan ada juga yang memang suka bebeno cakap suka ni dekat siapa siapa yang dia rasa dia suka . Memang ada certain orang yang macam ni , tu yang membuatkan ramai yang akan salah faham ( perasan lah kan ) sebab dah menaruhkan harapan yang tinggi and at last kecewa . Tahu tak sakit bila jadi pengharap ni , kadang kadang sampai memalukan diri sendiri , faham tak faham tak ? *tiba-tiba aku rasa emo pulak . Jadikan , korang yang suka suka nak cakap suka dekat orang tu sila lah cuba memahami dan menghayati hati orang lain (*bm aku memang macam ni , ayat ikut suka hati ) . Bagi korang yang cepat take serious dengan cakap orang yang suka suka ni , korang kena lah memahami dan menghayati mereka juga . Adilkan ?

p/s: aku pernah disukai dan menyukai .


Nurfatin Azma Abdullah 

No comments: