Saturday, February 18

Aku perlukan kafein .

Assalamualaikum dan hai !

Seperti biasa hari cuti-cuti macam ni membuatkan aku mula mengalami sejenis penyakit kebosanan . Tapi memandangkan dan memikirkan duit yang berada dalam poket hanya tinggal 2 helaiaan duit merah , aku membatalkan hasrat untuk melayan kebosanan aku ni . Rutin yang sama aku lakukan sama seperti minggu-minggu yang lalu , bangun seawal 12 tengah hari , okay awal sangat kan . Mandi lepas tu sambung tidur balik . Memang macam tak ada life pun hidup aku . Aku tahu .

Minggu ni minggu yang sangat hebat bagi aku , minggu yang membuatkan aku rasa nak gila , hebat dengan assignment , hebat dengan orang-orang sekeliling . Minggu yang aku rasakan sangat memberi tekanan buat aku . Ya tekanan yang tersangat hebat . Korang faham tak apa yang aku cuba sampaikan ni . Minggu ni juga yang membuatkan aku banyak berfikir , sampai otak aku memberi pesanan ringkas melalui mimpi . Stop berfikir , kau akan menyebabkan aku tidak boleh berfungsi dengan sempurna . Ngeri gila mimpi tu , mimpi yang menyebabkan aku tak boleh tidur sampai pagi . Maaf , sebab aku terlalu agresif berfikir . Disebabkan itu aku tak boleh nak uruskan diri aku dengan sempurna . Kesihatan aku sedikit terganggu . Aku lupa pada makanan-makanan yang membuatkan berat badan aku semakin naik dan tahap kolestrol aku semakin tinggi . Aku lupa untuk menjaga perasaan orang , cakap ikut sedap mulut aku tanpa berfikir . Dan rasa diri semakin mengada-ngada untuk minta perhatian orang ramai atau sememangnya aku memang mengharapkan perhatian . Aku pun tak faham .

Semalam sedang sibuk melayan perasaan bosan , kawan lama yang hampir 5 tahun aku kenali tiba-tiba mimpi nak telefon aku kan disebabkan free call yang dia dapat sempena hari jadi dia .

Dia : Kau dah lain sekarang .
Aku : Lain ?
Dia : Tak sama macam Fatin Azma yang aku kenal dulu .
Aku : Maksud kau ?
Dia : Kau dah banyak orang merana sebab kau . 
Aku : Aku ?
Dia : Kau dah banyak mengubah orang . Termasuk aku . 

Kau tahu tak , kau membuatkan aku semakin banyak berfikir . -..-
Okay , aku rasa aku faham . Mungkin kau rasa aku terlalu kejam . Sebenarnya banyak benda yang belum terungkai sejak aku tinggalkan sekolah , aku rasa aku perlu lupakan dan tak perlu nak ingat lagi . Bagi aku , cerita yang lama itu pembelajaran bagi aku untuk aku jadikan rujukan masa akan datang . Pengalaman tu kan yang mendewasakan kita . :)

*penat bila fikirkan semua benda ni .
*siapa-siapa bawa aku jauh dari sini .
*aku kehilangan kafein selama setahun yang lalu . Aku perlukan semula .

♥fafa
NURFATIN AZMA ABDULLAH <3