Saturday, March 30

InsyaAllah :)



Assalamualaikum dan hai.

Mulut kena ulser jadi selama seminggu juga aku tak dapat makan dengan selesanya . Bayangkan bila nak makan je aku kena control kunyah dengan perlahan-perlahan supaya tak terkena ulser tu.


Minggu lepas aku dah melalui peperangan yang sangat dasyat lagi menakutkan *beriya ini perempuan iaitu 'Final exam' . Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Bermulalah dengan paper Bahasa Melayu dan berakhir dengan Paper Bahasa Arab. Actually kan bila orang tengok subjek-subjek dalam Diploma In Childhood Education ni mesti orang akan cakap . "Senangnya subjek korang, tak susah pun" tak kurang ada jugak suara sumbang yang berbunyi "Alaaa, korang kan jadi cikgu je, cikgu tadika pulak tu, lain lah macam kita orang ni subjek semua tough" "Ajar budak-budak je pun kan ? alaaa, senang je "  Okay, aku terima je dengan hati terbuka dengan apa pun yang korang katakan. Lain orang lain pendapatkan ? Sebenarnya kan kita bila tak melalui sesuatu benda tu kita sendiri tak akan tahu rasanya macam mana. Macam kau makan nasi goreng cili padi, kawan kau kata pedas gila tapi kau cakap tak pedas pun dah tu kau pergi cakap kat dia mengada lah apa. Cuba kalau lidah kau dan lidah dia sama, kau mesti akan rasa pedas jugak. Faham tak kat situ ? Faham kan
?

Conclusionnya kan belajar ni mana ada yang senang, dah nama pun belajar kan mestilah susah.Tapi bila dah sampai penghujungnya, kita sendiri akan nampak benefitnya. InsyaAllah. Semoga kawan-kawan semua berjaya :) 


Sunday, March 17

harapan.

Assalamualaikum dan hai .

Harapan, harapan menjadi layu,
Ingin ku bahgia bersama,
Menjadi kenangan,
Memburu impian masa kita,
Selamanya.

Dia punya harapan, harapannya tinggi macam gunung kinabalu. *Tinggi-tinggi gunung kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu*
Semua manusia ada harapan dia sendiri. Nak masa depan yang cerah, ada keluarga yang bahagia, kerja yang bagus, duit yang banyak. *Duit tak menjaminkan kebahagiaan lah kak* Eh, yeke ? cuba adik buktikan ? *Duit ni boleh habis, tapi kasih sayang tak kan pernah habis* Pandai adik tu berkata-kata, umurnya masih belasan tahun. Ada benar katanya, tapi pada masa sekarang ni semuanya perlukan duit, sampai nak buang air besar pun kena bayar. Tulah yang orang duk cakap *Zaman dah berubah dunia dah maju*. Sekarang kalau tak ada duit semua tak jalan.
Sejak sudah menjangkau 20 tahun ni, *walaupun tak berapa nak cukup lagi*. Baru sedar betapa susahnya mama dan ayah cari duit nak membesarkan kami adik beradik, nak melengkapkan apa yang tak lengkap. Semuanya sanggup asalkan kami semua rasa selesa rasa cukup. Mama selalu pesan *bersederhana dalam setiap keadaan, bersyukur dengan apa yang ada* Alhamdulillah, sampai sekarang tak pernah rasa kurang. Sentiasa rasa cukup sebab ada keluarga yang sangat bahagia. Ada mama, ayah, adik-adik.
Sekarang ni pun aku dah sibuk plan macam-macam untuk masa depan.*overlah kakak ni* Budak kecil mana tahu apa-apa. dah besar macam kakak ni baru adik tahu.  
Dalam masa setahun je semua akan berubah. Cepat je masa berjalan. Tup tup dah nak habis belajar dah. Dalam masa setahun je lagi, aku mungkin menjadi seorang guru yang berdedikasi, *cewah*AMIN..... Mungkin dalam 10 tahun yang akan datang aku akan mempunyai seorang suami yang penyayang, anak-anak yang comel dan pintar, jadi ibu mithali.*Ibu mithali, ibu sejati, tunggak pada keluarga bahagia*
Rasa macam baru semalam duk main kejar-kejar dengan jiran rumah sebelah, rebut basikal dengan budak-budak nakal kat perumahan lama dulu, curi tembikai curi tebu dekat rumah ustazah. Sekarang dah besar panjang dah pun budak-budak tu semua.*macam dah tua benor aku ni* Semua tengah duk berjuang nak berjaya dalam hidup. *Semoga berjaya hendaknya semua*

Bye.