Tuesday, June 25

Kita

Assalamualaikum dan hai !

Kadang-kadang kita gembira.
Masa tu tak ingat dunia.
Tak fikir pun apa yang akan jadi.
Masing-masing pekak kan telinga,
Macam dunia ni kita yang punya.

Kadang-kadang kita menangis,
Masa tu baru ingat Pencipta,
Rasa menyesal secara tiba-tiba,
Masing-masing fikir nak berubah,
Rasa macam esok dunia ni dah tak ada.

Tapi bila diingatkan balik,
Kita ni manusia, cepat sangat terpengaruh,
Leka.
Kejap kita ke kiri, kejap lagi ke kanan,
Tak ada pendirian.

Bila duduk saja-saja,
Teringat kisah-kisah lama,
Kita menangis mulut pun lantas berkata,
Jahatnya aku dulu.

Masa tu kalau ada jual butang putar kebelakang,
Kita semua pakat beli, kaya tokei kedai,
Kita semua nak jadi baik, kita semua nak ubah balik masa lampau,
Tapi, malangnya tiada.

Kalau clorok bukan racun, rasanya dah lama kita minum,
Nak hilang rasa bersalah, rasa berdosa.
Macam mana nak buat ?
Kita balik pada Pencipta.

Monday, June 24

Salam Nisfu Syaaban :)

Assalamualaikum dan hai !

Sedar tak sedar kita sudah berada di bulan Syaaban, bulan yang penuh keberkatan penuh kerahmatan. Dan tak lama lagi kita semua bakal menyambut bulan Ramadhan. Tak lama je lagi. Bulan Syaaban ni mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaannya.Terdapat satu malam dalam bulan syaaban yang dipanggil malam Nisfu Syaaban. Nisfu Syaaban ni jatuh pada 15 Syaaban setiap tahun hijrah.

Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT menilik hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Allah mengampunkan dosa orang-orang mukmin, memanjangkan kesesatan orang kafir dan membiarkan orang yang hasad dengan kedengkian mereka sehingga mereka meninggalkannya."

"Sesungguhnya Allah SWT melimpahkan rahmat pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya yang lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab."



Sama-sama lah kita perbanyakkan amalan. Perbaiki diri. Moga-moga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT. Semoga diampunkan dosa-dosa. Maafkan salah silap kepada yang mengenali atau pun yang tidak mengenali. 

Sunday, June 23

semester break !

Assalamualaikum dan hai.


Rasanya tak lambat lagi kot nak wish selamat bercuti untuk sahabat-sahabat tercintooo :D . Yeah, isikan la masa cuti ada dengan perkara-perkara yang berfaedah okay. :)
Yang mana pergi bercuti tu jangan lupa, share-share gambar kat facebook. Haa, ni ada lagi nak pesan. Sekarang ni tengah musim jerebu, jadi nak ingatkan, jaga kesihatan,  minum air masak banyak-banyak, kalau boleh kalau mana-mana tempat yang terlibat dengan jerebu tu pakailah mask kalau keluar rumah, jangan kebersihan diri dan selalulah mandi. Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan khas oleh Datin Fattynnn. *haaa, gitu. Sebut kasi omputih sikit.


Cuti ni tak kemana-mana mungkin, hanya menghabiskan masa dengan sebaik-baiknya dirumah. Lebih banyak luangkan masa bersama family. Kawan-kawan ramai yang tak cuti, mungkin akan keluar dengan Sha je, i miss her so much. Dah lama gila tak jumpa. Kalau tak silap hampir 3 month or something. Kalau boleh nak jumpa balik semua kawan-kawan sekolah dulu. Dulu, ada jugak rancang nak buat reunion tapi tak pernah jadi pun, susah nak cari masa yang semua orang betul-betul free. Raya ni mungkin, kita tengok macam mana.



Saja nak share video gedik ni, HAHA



Muka excited yang bakal kena kutuk . hmmmm

Wednesday, June 12

Lirik lagu bahagiamu derita ku by Hafiz

Assalamualaikum dan hai.
At first time dengar lagu ni dah jatuh hati. Mula lah duk dengar lagu ni banyak-banyak kali. 

Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu
Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama
Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan
Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu
Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan
Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Monday, June 10

Exam is just around the corner.

Assalamualaikum dan hai.

Hari Isnin, bangun pagi. Aku kat mana ni ????
Bila fkir-fikir balik. Ohhh yea, aku dirumah. *saja nak jelouskan roomate. hehe . Hi korang :D
Sangat seronok bila hari ni tak payah nak kena tempuh kelas seawal 8 pagi dan tiap-tiap pagi aku akan menahan kemengantukan. *bantai
Hmmm, minggu lepas ada lah minggu yang sangat-sangat busy dan menguji kesabaran. *Setiap sem pun kau akan lalui benda yang sama. Okay, terima kasih. Tapi alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar.

Exam sikit je lagi nak sampai, sikit sangat aku kena bersiap-siap untuk jemputnya dengan senang hati. :) Kalau kira-kira ada lagi 4 hari. Relax je Fatin kan boleh berfacebook lagi. *Setiap sem pun kau macam tu. Ohh, okay :|


Dikesempatan ni nak minta maaf banyak-banyak kepada sesiapa yang mengenali, ada kalanya mulut ni terlalu lancang berkata. Mata ni suka jeling ikut suka. Muka ni masam tak kira masa. Sesungguhnya ini lah Nurfatin Azma. Siapa yang boleh terima boleh lah, kalau tak boleh tak lah. Tak perlu jadi orang lain nak bagi orang suka kat kita. Be myself is much better. Sekian terima kasih. 

Sebenarnya nak puaskan semua hati yang ada, memang susah. Kalau boleh nak pergi dekat sorang-sorang nak tanya apa lagi yang perlu dibuat supaya puas hati tu. Lumrah, sesiapa pun tak pernah sempurna dekat mata mesti ada je tak kena. Buat lah baik macam mana pun, kalau orang dah nak kata memang tetap akan kena kata. Nak cari kawan yang betul-betul kawan pun susah, ada yang depan kita baik tapi belakang belum tentu. Ni tak ada niat untuk mengata siapa-siapa atau nak tuju kan kepada siapa-siapa, tapi kalau ada yang terasa ampun maaf dipinta. Tapi tetap nak ucapkan terima kasih sebab anda membuat saya lebih yakin untuk memperbaiki diri ni. :)

Semoga kita semua akan berjaya menempuhi peperikasaan dunia dan akhirat. Amin.
All the best for exam.