Monday, June 10

Exam is just around the corner.

Assalamualaikum dan hai.

Hari Isnin, bangun pagi. Aku kat mana ni ????
Bila fkir-fikir balik. Ohhh yea, aku dirumah. *saja nak jelouskan roomate. hehe . Hi korang :D
Sangat seronok bila hari ni tak payah nak kena tempuh kelas seawal 8 pagi dan tiap-tiap pagi aku akan menahan kemengantukan. *bantai
Hmmm, minggu lepas ada lah minggu yang sangat-sangat busy dan menguji kesabaran. *Setiap sem pun kau akan lalui benda yang sama. Okay, terima kasih. Tapi alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar.

Exam sikit je lagi nak sampai, sikit sangat aku kena bersiap-siap untuk jemputnya dengan senang hati. :) Kalau kira-kira ada lagi 4 hari. Relax je Fatin kan boleh berfacebook lagi. *Setiap sem pun kau macam tu. Ohh, okay :|


Dikesempatan ni nak minta maaf banyak-banyak kepada sesiapa yang mengenali, ada kalanya mulut ni terlalu lancang berkata. Mata ni suka jeling ikut suka. Muka ni masam tak kira masa. Sesungguhnya ini lah Nurfatin Azma. Siapa yang boleh terima boleh lah, kalau tak boleh tak lah. Tak perlu jadi orang lain nak bagi orang suka kat kita. Be myself is much better. Sekian terima kasih. 

Sebenarnya nak puaskan semua hati yang ada, memang susah. Kalau boleh nak pergi dekat sorang-sorang nak tanya apa lagi yang perlu dibuat supaya puas hati tu. Lumrah, sesiapa pun tak pernah sempurna dekat mata mesti ada je tak kena. Buat lah baik macam mana pun, kalau orang dah nak kata memang tetap akan kena kata. Nak cari kawan yang betul-betul kawan pun susah, ada yang depan kita baik tapi belakang belum tentu. Ni tak ada niat untuk mengata siapa-siapa atau nak tuju kan kepada siapa-siapa, tapi kalau ada yang terasa ampun maaf dipinta. Tapi tetap nak ucapkan terima kasih sebab anda membuat saya lebih yakin untuk memperbaiki diri ni. :)

Semoga kita semua akan berjaya menempuhi peperikasaan dunia dan akhirat. Amin.
All the best for exam.

No comments: