Thursday, December 13

Terima kasih banyak2 :)

Assalamualaikun dan hai .

Alhamdulillah . Hari ni genap 19 tahun aku hidup di atas muka bumi Allah . Firtsly,nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada mama ayah kerana tanpa mereka tak ada lah Nurfatin Azma ni dekat dunia ni . Yang dah bersusah payah membesarkan Nurfatin Azma ni sampai sekarang, yang sabar dengab karenah Nurfatin Azma . Terina kasih banyak-banyak . Tak lupa jugak dekat kawan-kawan yang memberi ucapan,hadiah dekat saya . Terima kasih banyak-banyak   Kawan-kawan hostel yang buat suprise . Kak Dj,Kak Ada,Ora,Mira,Dayah,miza,ain,acha,dila,ifaa,iput,ika haa tak pasal-pasal je mandi tepung kan . Azneel pun sama, sampai hati buat suprise sampai macam tu . hehe . Mudah-mudahan kita semua akan diberkati oleh Allah . InsyaAllah 

Siapa kata 12.12.12 tu tak ada apa yang menarik pun . Ada okay .Hari ni hari yang sangat bermakna dan akan diingati sampai bila-bila . InsyaAllah .


Tuesday, December 11

Salah ke ?

Assalamualaikum dan hai !

HOHO . Okay ! Sekarang dah masuk semester yang ke 5 bermaksud lagi 3 semester je lagi nak kena tempuh . Result semester lepas ? usah ditanya . Sampai sekarang aku tak boleh nak tengok-tengok lagi . Jadi aku pasrah je . Tunggu jelah result sampai kat rumah nanti . 

Ermmm , okay . Haaa, ni nak cakap sikit ni . Bukan kah kita ni perlu saling tegur-menegur, nasihat-menasihati . Tapi kenapa tak semua orang boleh terima ? Tak salahkan kalau kita yang lebih muda tegur orang yang lebih tua ? 

Bukan kah kita ni perlu sentiasa tegur-menegur, nasihat-menasihati . Masing-masing perbetulkan diri masing-masing . Tapi kita mesti akan dengar "Kau sapa nak sibuk hal aku ?" , "Kau perfect sangat ke nak nasihat-nasihat orang ?" . Sepatutnya tak perlu lah kan , kita perlu ada sikap terbuka . Tak rugi pun sebenarnya kalau kita terima nasihat orang . Kan ?

Saturday, November 10

Al-fatihah .

Assalamualaikum dan hai .

"Setiap yang bernyawa pasti merasai mati" ( Ali Imran : 189 )

Benarlah janji Allah , sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan mati . Yang telah pergi iringilah dengan doa . Kita yang masih hidup, teruskan kehidupan dengan sebaik-baiknya .

Yang pasti daripadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali .

Al-fatihah untuk arwah Mohd Shafiq bin Arshad . Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman . Amin .

Monday, November 5

Selamat maju jaya . SPM STPM .

Assalamualaikum dan hai !

Usaha itu tangga kejayaan . Tapi sekarang dah ada lif . Jadi tak payah susah nak naik tangga . Tu yang menyebabkan rakyat malaysia makin lama makin maju . Tak main tangga-tangga dah . Aku sendiri pun tak terlepas dari lif ni . Walaupun kolej hanya 3 tingkat tapi aku tetap setia menggunakan lif .

Dulu tamat je tingkatan 5 aku tak pernah terfikir pun nak sampai ke tahap ni , aku tak rasa aku akan belajar macam sekarang . Aku mungkin akan menjadi penggangur terhormat dirumah dan menghabiskan beras dan makanan-makanan dirumah . Tapi Alhamdulillah . Rezeki aku untuk belajar tu ada .

Kata orang kalau nak berjaya ni kena lah berusaha . Kalau tak berusaha mana nak berjayanya . Betul tak . Sebenarnya orang yang tak belajar kat IPT pun boleh berjaya tapi kalau dia berusaha . Jangan ingat bila kita tak ada peluang untuk belajar jadi kita pun tak ada peluang untuk berjaya .  Semua orang ada rezeki masing-masing . Semuanya dah ditentukan . Ada jugak yang belajar tinggi-tinggi . Tapi menanam anggur dekt rumah dan ada jugak yang tak payah belajar tinggi-tinggi tapi boleh jadi orang yang berpengaruh , banyak duit , hidup senang . Ni lah namanya rezeki , rezeki berserta usaha yang telah dia lakukan .

Kepada rakan-rakan yang akan menghadapi peperiksaan yang sangat besar , penentu masa depan anda . InsyaAllah , apa yang anda usahakan itu akan berhasil . Kejayaan tu akan selalu ada untuk orang yang berusaha . Aminnn :)



Wednesday, October 31

Good luck Fatin !

Assalamualaikum dan hai !

Kononnya ni nak melelapkan mata yang terlalu mengantuk . Tapi bila tengok jam dah nak dekat senja , maka dengan sukacitanya kena batalkan hasrat yang murni tu . Bila hujan-hujan macam ni mula lah malas nak bergerak rasa nak baring atas katil tak nak bangun-bangun . *melampau gila pompuannn ni .

Esok dah nak pulang ke istana . Aku kena teruskan lagi kehidupan disana . Mungkin sampai aku nak grade nanti aku tetap disana . Ni namanya penghuni setia ,tak berpaling tadah punya . Kalau buat aku jadi girlfriend kompem tak menyesal . *kan Azneel :)

Hari jumaat ni adalah hari aku . Hari untuk aku memerah segala ilmu yang aku dah peram dalam otak ni . Dalam dua ke tiga hari ni aku jadi seorang yang sangat rajin untuk membuka buku dan menghafal segala fakta makta yang ada . Aku jarang jadi rajin macam ni kecuali dalam study week . *sila beri tepukan gemuruh .

Semoga kejayaan milik kita bersama . :D

Tuesday, October 30

Pergi jaga tepi kain kau .

Assalamualaikum dan hai .

Ni nak cakap pasal jaga tepi kain orang ni . Orang sekarang memang cepat melenting , pantang ditegur mula lah kan . Penuh wall Facebook/Twitter dengan status perli memerli , maki memaki . Lumrah lah tu . Sekarang ni laman sosial tu dah jadi medan utama nak lepaskan perasaan tak kisah pasal apa pun . Sedangkan nak berak pun orang post dekat facebook siap tag-tag , ni semua annoying tahu .

Okay , berbalik pada kain . Huh ! kenapa mesti nak cakap "sibuk jaga tepi kain orang , sedangkan tepi kain kau tak terjaga " . Ni ayat zaman main masak-masak dulu tahu . Persoalannya disini , kalau tak ada manusia-manusia yang menjaga tepi kain korang ni , korang akan lupa diri tak sedar diri . Mungkin korang tak suka orang menyibuk hal korang yang korang rasakan tu hak korang . HAK MEROYAN HAK KAMI .

Sekarang ni pun orang dah takut nak menegur , takut digelar penjaga tepi kain orang . Tak semua penjaga tepi kain orang ni kaki penyibuk , kaki jelous tengok bulu mata kau lagi lentik dari penyapu . Mungkin dorang care , dorang tak nak korang ikut jalan yang korang rasa korang betul . "Suka hati kita lah yang awak sibuk kenapa ? kubur masing-masing kan " Memang masa kau meninggal nanti kau yang mandi , kau yang kapan , kau yang sembahyang , kau yang tanamkan diri kau sendiri kan ? :) 

Salahnya si penjaga kain orang ni , ada sesetengahnya terlalu over sampai diri sendiri pun tak terurus . Contohnya , rambut tak sempat sikat , baju tak sempat basuh , nak masak untuk laki pun tak sempat . So , jadilah penjaga tepi kain orang yang berkualiti .

Bukan ke kita hidup ni kena saling tegur menegur . Baru hidup ni tak huru hara . 

Monday, October 29

Tudung .



Kalau perempuan yang pakai tudung buat dosa mesti orang akan cakap " Dah la pakai tudung buat dosa pula , buat malu je " .
Kalau perempuan free hair buat dosa mesti orang akan cakap " Normal lah tu tudung pun tak pakai , memang patut pun " . 

Pakai tudung atau tak pakai tudung bukan satu-satunya cara nak buktikan seseorang tu buat dosa atau tak buat dosa . Tak semestinya orang yang pakai tudung tak pernah buat dosa dan orang yang free hair tak pernah buat pahala .

Tapi ramai yang cakap yang tak pakai tudung tu sah-sah ke neraka .
*PEMBETULAN .

Siapa kita nak tentukan syurga dan neraka seseorang . Renung-renungkan dan selamat beramal :)


Air dan gula .

Assalamualaikum dan hai .

Bila cakap pasal hati dan perasaan ni ramai yang sentap . Mula lah nak update status bagai . Frust , sakit hati , marah . Gelabah je semua tu .
Kita ni hidup sekali je . Jadi gunakan peluang yang ada ni dengan sebaik-baiknya .
Kadang-kadang kita yang bercakap ni belum tentu betul , tapi kan nasihat-menasihati tu perlu . Baru kita sama-sama boleh perbaiki diri , jangan nak tunjuk diri dah terlalu bagus . Egois je semua tu , dalam erti kata lain "BODOH SOMBONG" *maaf .

Hidup kalau tak ada matlamat , serupa la macam air tanpa gula , aku tak tahu apa kene mengena dengan air dan gula . Tapi yang pasti bila air tak ada gula , macam mana kita nak rasa sedapnya air tu . Macam tu juga dengan matlamat . Tanpa matlamat boleh ke kita nak hidup macam orang lain . Kereta besar , rumah besar , hidung pun besar . Kita tak boleh nak nikmati hidup dengan sebaik-baiknya . Sedangkan pengutip sampah pun ada matlamat hidupnya , nak menyara keluarga , nak bagi anak-anak makan , pergi sekolah untuk ubah kehidupan mereka . Sedangkan semut pun ada matlamat . Apatah lagi manusia . 

Selagi kita hidup , selagi kita berada ditempat yang tinggi jangan sesekali memandang rendah pada orang yang berada di bawah . Manusia diciptakan dengan akal . Dan akal itu untuk berfikir , dengan berfikir manusia boleh mengubah cara hidup sendiri , manusia boleh meletakkan matlamat hidupnya sendiri , manusia boleh bersyukur dengan pemberian Illahi . Alhamdulillah . Mudah-mudahan kita semua dirahmati . 



Wednesday, October 10

Bulan ni bulan stress !

Assalamualaikum dan hai !
Ingatan tiba-tiba melayang dekat rumah . Apa ni apa ni ?!! Rindu sangat dekat mama , ayah dengan adik-adik ! Mula lah air mata ni mudah je nak mengalir . Ini bulan sangat stress ! semua lecture sibuk nak buat segala presentation, mock teaching, practical test, quiz, tak cukup dengan tu assingment lagi . Aku sangat stress ! kau apa tahu . Dan sekarang aku hanya fikir bila lah nak habis sem ni ? Aku tak larat dah oii ! Bila bangun pagi-pagi aku sangat berharap yang aku dah graduate . Mimpi !

Hari ni awal pagi lagi aku dah bangun . Dengan semangat yang waja nak register class . Dengan muka tahan mengantuk . Lastly , pukul 12.30 tadi baru siap . Aku dah terlepas satu class pagi ni gara-gara online system yang slow ! macam siput . huh !


Time Table 






Tuesday, September 25

Setahun

Assalamualaikum dan hai !
Tup tap tup tap . Sedar sedar dah setahun menimba ilmu di sini . Kejap je rasanya masa berlalu dah setahun dah haa . Setahun ni lah dah macam-macam benda dah lalui , dah kenal macam-macam perangai , macam-macam cerita . Dengan kekentalan , kesabaran dan kekuatan untuk belajar , akhirnya bertahan jugak . Tinggal 4 semester je lagi .


#Dah setahun aku kat sini dan aku sangat berbangga :DD


#Dan ais batu tetap jadi peneman setia .


#NIPS juga tak ketinggalan .



Saturday, September 22

Sabtu : Tanpa Cinta :')

Assalamualaikum dan hai .
Hari ni hari sabtu . Bila hari sabtu aku mula mati kutu nak fikir mana nak pergi . Tapi sabtu hari ni aku duduk je dekat hostel . Setelah 2 minggu berturut-turut aku menghabiskan duit kesana-kemari jadi hari ni dengan berbesar hatinya aku terpaksa duduk di hostel . HOSTEL !
Dah 2 minggu berturut-turut aku pulang ke rumah hanya sehari . Sehari je weyh , mana cukup . Aku perlukan berhari-hari untuk berada dirumah bersama mama, ayah dan adik-adik . Sekurang-kurang untuk aku melepaskan rindu ni .

Sepatutnya hari ini aku ke rumah orang-orang tua . Tapi disebabkan ada masalah-masalah yang tak dapat dielakkan . Jadi perancangan terpaksa di tangguhkan ke minggu depan . Punya lah semanggat aku dari minggu lepas lastly , tak jadi . Betul lah kan  , kita ni hanya merancang yang menentukan semuanya ALLAH .


Hari ni aku alone , YESS ! alone . Azneel jauh sangat . Dia pergi kejar bola . -.-'



Wednesday, August 29

Selamat hari raya bahagian 2

Assalamualaikum dan hai .
Selamat hari raya yang ke 11 untuk semua .
Semua masih ada dalam mood raya . Orang tengah sibuk nak buat open house lah apalah kan .
Jangan lupa jemput yea . aku nak menambahkan berat badan yang sememangnya sudah berat :DD
Layan gambar yea . :)




















Okay , dah habis dah gambar . Aku pun tak tahu sejak bila aku tak banyak bergambar ni . haha
Gambar pun tak berapa nak lawa malas nak edit , tangkap pun pakai camera hp je . No DSLR . :(
Boring kan ? tahu :)

Friday, August 17

Selamat hari raya maaf zahir dan batin .

Assalamualaikum dan hai .
Dam dam dum bunyi mercun .
Wah meriahnya , sana sini dengar lagu raya . Dekat radio , dekat tv . Blog kita pun dah berkumandang lagu raya . Tak lupa juga dengan bunyi mercun . Main main juga , tapi jangan sampai mencederakan diri sendiri .
Ehem ehem . Sedar tak sedar Ramadhan dah nak hampir sampai ke penghujung . Alhamdulillah , mudah-mudahan Ramadhan tahun ini memberi seribu makna kepada kita semua dan akan bertemu dengan Ramadhan yang seterusnya . Aminnn . :')

Dalam kita bergembira tengah buat persiapan raya tu jangan lupa pada orang yang susah dekat luar sana . Ada insan yang tak merasa macam apa yang kita rasa sekarang . Jangan lupa juga pada insan yang telah pergi meninggalkan kita untuk selamanya . Al-fatihah untuk mereka . Yang tengah dalam perjalanan atau akan pulang  ke kampung . Berhati-hatilah dijalan raya . Ingat ada insan yang menanti kepulanganmu .


Tahun ni , tahun pertama raya sebagai seorang pelajar . Jadi tersangat-sangat lah berbeza . aku dapat rasa macam mana balik kampung . *Woooo balik kampung woooo balik kampung , hati girang .
Walaupun tak berapa jauh macam kawan-kawan yang duduk nunnn jauh di pantai timur . Janji aku dapat juga naik bas macam orang nak balik kampung dengan beg yang besar-besar dan berat  *over tau , padahal cuti 2 minggu je .  


Okay-okay , dikesempatan ini saya Nurfatin Azma Bt Abdullah bernombor kad pengenalan 931212-10-55** . Ingin menyusun sepuluh jari seandainya pernah menyinggung perasaan atau terlepas kata kepada anda semua yang mengenali diri ini . Maklumlah , manusia tidak terlepas daripada membuat kesilapan dan saya insan yang tersangat lemah dan penuh kekurangan ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf zahir dan Batin .




*Al-fatihah untuk arwah tokwan dan kawan saya Nurfarahanim .
*Jangan lupa bagi duit raya .
*Jemputlah datang rumah .

Monday, August 6

Aku mengintai orang kahh ?

Assalamualaikum dan hai !
 Aku dengan bersuka ria dan bersenang lenggang nya tak pergi kelas untuk petang ni . Sangat-sangat rugi . Level confident untuk hari ini terlalu rendah . Sampai tak mampu nak mengangkat muka dan senyum kepada orang ramai . Dengan masalah kesihatan yang semakin menjadi-jadi untuk beberapa hari ni . Tersangat not in mood .


* Nampak tak ? Fatin Azma sangat tidak cantik untuk hari ni . 

Ini namanya ketumbit . Orang cakap ketumbit naik bila mengintai orang . Masalah nya sekarang aku terlalu baik untuk melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral tersebut . Tambahan pula di bulan puasa yang mulia ni . Tidak sama sekali .

Semua tu salah okay . Auta semua tu . Ni nak bagitahu yang fakta .

Faktor-faktor terjadinya ketumbit ni :-


  • Tekanan
  • Pertukaran hormon
  • Mengguna peralatan solek yang sama buat satu jangka masa yang lama atau yang telah dijangkiti oleh bakteria
  • Diabetis
  • Kandungan lemak yang tinggi dalam badan
  • Kekurangan vitamin dalam badan
Aku yang mana satu ni ???

Simptom-simptom pula :-

  • Bisul di bahagian atas atau bawah kelopak mata
  • Bengkak di sekeliling kelopak mata
  • Sakit
  • Kelopak mata menjadi merah
  • Kelopak mata terasa sakit apabila disentuh
  • Mata menjadi pedih
  • Mata berair
  • Gatal-gatal di kawasan bisul
  • Pesakit berasa tidak selesa semasa mengelipkan mata
  • Sensitif kepada cahaya yang cerah
Semua ni aku rasa sekarang . 

Ada macam-macam petua nak hilangkan ketumbit ni . Ada yang cakap tenyeh bawang kat mata lah . Tak sanggup aku nak buat . Itu traditional . Kalau moden pergi klinik je . 

K . papaii 




Wednesday, July 25

RAMADHAN .

Assalamualaikum dan hai .

Tak terlambat lagi rasanya kan nak ucapkan selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat . Sedar tak sedar hari ni dah masuk 5 hari kita berpuasa . Alhamdulillah , aku masih lagi diberi peluang untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ni . Bezanya puasa tahun ni aku puasa dekat hostel jauh dari kampung halaman *jauh lah sangat . Tak dapat nak rasa masakan mama tiap-tiap hari . Masak lah sendiri kau tahun ni .

Puasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga . Tapi kita juga kena mengawal nafsu lakukan banyak amalan lakukan banyak ibadah . Supaya kita dapat melalui bulan mulia ini dengan sempurna .
Kita tak sedar atau pun sengaja tak sedar atau kedua-duanya sekali . Sebenarnya ramai insan yang kurang bernasib baik disekeliling kita . Dalam kita bersenang lenang dengan kesenangan adakala kita lupa orang yang hidup dalam serba kekurangan .

Bulan puasa mengajar kita untuk bersyukur dengan nikmat yang Allah beri dan ingat masih ada insan yang kebuluran tanpa makanan tanpa minuman di luar sana .

Salam Ramadhan dari Nurfatin Azma Abdullah  :)

Tuesday, June 26

Hidup ini ada pasang surut .

Assalamualaikum dan hai .

Setiap manusia ada penceritaan hidupnya sendiri . Ada yang jalan ceritanya bahagia pada awalnya kemudian pengakhirannya yang hampa . Ada yang jalan ceritanya penuh kelukaan tapi pengakhirannya penuh kegembiraan . Hidup ini Allah dah tentukan Qada' dan Qadarnya . Kita sebagai manusia kena percaya pada apa yang Allah telah tentukan untuk kita . Aku bersyukur aku masih diberikan peluang untuk merasai kebahagiaan , aku ada mama , ayah , adik-adik . Yang akan saling lengkap menglengkapi yang akan selalu melidungi . Aku sayang mereka , sampai bila-bila aku sayang .

Kadang-kadang apa yang kita nak kita impi kita rancang tak semuanya kita akan dapat . Mugkin Allah nak uji , bersyukur tak kita dengan apa yang Dia bagi . Sentiasalah berasa cukup dengan apa yang kita ada . Sebab itu lah yang membuatkan kita berasa cukup . Aku pun kadang-kadang lupa nak bersyukur , aku pun kadang-kadang tak rasa cukup , aku pun kadang-kadang merungut . Biasalah , manusia sentiasa lupa . Manusia tak boleh lari dari rasa tidak puas . Sentiasa nak kan kesempurnaan tanpa usaha .

Aku tak boleh tengok orang susah , automatik aku pun rasa susah . Air mata aku kompem jatuh . Hati aku lembut , aku cuba kuat . Tapi tak boleh . Inilah kenyataan hidup . Tak semua orang senang dan tak semua orang susah . Yang senang tak semua rasa bahagia , yang susah tak selalu rasa kosong . Kalau tak susah , macam mana kita nak belajar untuk kenal kehidupan , kalau tak senang macam mana kita nak kenal kesusahan . Sebab sebelum senang kita akan susah dulu . Hidup ini macam roda , kejap kita berada di atas kejap kita berada di bawah . Jadi jangan selalu bangga dengan apa yang kita ada . Yang senang tolong orag susah yang susah tolong orang senang . Kan ? :)

*Saya nak sayang-sayang saya terus kuat .
*Berpesan untuk orang lain dan terutama untuk diri sendiri .

Friday, June 22

Pergi sekolah :)

Assalamualaikum dan hai .

Hari ini aku pergi sekolah .
















 Dah setahun lebih aku tinggalkan sekolah jadi bila dah ada kesempatan tu aku merajinkan diri untuk pergi melawat sekolah lama kebetulan pula aku memang nak pergi sebab nak ambil sijil SPM . Boleh juga aku jumpa cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku dulu . Terima kasih dekat cikgu-cikgu , banyak bagi nasihat tadi . InsyaAllah ingat sampai bila-bila . Kawan-kawan yang sekarang semua tengah bertungkus lumus untuk STPM . Semoga berjaya semua dan mendapat kejayaan yang cemerlang . 

Fatin : Cikgu-cikgu ingat lagi nama aku *Cik Gula .Tiba-tiba cikgu Rohana tanya abang gula mana ? *errkk !






Tuesday, June 19

Semester 3 . Byebye

Assalamualaikum dan hai .

Alhamdulillah , akhirnya berakhir juga peperiksaan untuk semester 3 ni . Jadi hanya nak tunggu keputusan je . Mudah-mudaham segala usaha aku berbaloi-baloi untuk sem ni . Result pun tak kan buat aku sakit jantung macam sem lepas . Jadi sekarang aku dekat rumah . Penuhkan masa dengan membuang masa . Seperti biasa bermukabuku , tweet tweet , blog , makan dan makan lagi . Masa cuti masa untuk membesarkan badan yang dah memang besar .


*muka baru lepas menangis campur dengan muka kebanggaan .

Fatin : Good luck untuk semua kawan-kawan . Semoga dapat result yang gempak :DD 
p/s : Aku dah buat persediaan mental dan fizikal untuk sem 4 . :I

Monday, June 11

Aku terasa .

Assalamualaikum dan hai .

Hari ini tak akan sama dengan hari semalam . Macam tu juga manusia , esok hari macam ni lusa pula macam ni . Kita semua tak kan pernah dapat lari dengan keadaan macam ni . Kadang-kadang kita rasa orang lain yang berubah tetapi kebenarannya hanya orang lain yang tahu .
Orang yang pandai bercakap ni senang je cara pemikirannya . Dia rasa benda itu biasa , normal . tak perlu nak terasa , tak perlu nak menangis berbakul-bakul . Tapi kalau dah kena pada diri dia sendiri baru tahu rasa , baru tahu menyalahkan orang lain .
Bagi aku senang , aku tak akan campur urusan kau . Dan kau tak akan campur urusan aku . anggap saja kita tak ada apa-apa .

Fatin : Kalau kenyataan itu sakit , aku tak nak tahu apa-apa pun .
*sampai hati awak cakap macam tu . Terima kasih :')

Sunday, June 10

Jadual jadual .

Assalamualaikum dan hai .

*sila klik untuk besar .


Padat padat padat . Sem depan semakin sibuk dan semakin tak cukup masa untuk aku berfoya-foya . Okay , aku kena jadi baik sebaik baiknya dan teruskan cita-cita untuk mendapat 4flat . *poyo gila ayat aku . Sila tampar Fatin Azma laju-laju tanpa berfikir panjang .
Minggu ni minggu study , tapi aku seakan-akan hilang ingatan untuk membuka buku . Paper pertama adalah paper yang paling menakutkan (Advanced English 1). Paper yang membuatkan aku banyak berfikir . Aku akan memecahkan kepala aku pada hari tersebut . 

Jadual exam *klik untuk besar .


Okay , bye !


Don't say any word ! *ropi ropi



Assalamualaikum dan hai .
Jam sekarang tepat 12.35 minit malam . Aku masih dekat sini tak puas-puas menghadap laptop . Online online online . Aku memang tak ada kerja lain buat masa ni . Study pun aku tak nak , aku tak nak fikir semua tu . Aku cuma nak merasai cuti dengan sebaik-baiknya .
Kelas , quiz , presentation semua dah tamat dan RABU ni peperangan dah start *saja aku bold kan rabu tu , bagi peringatan .





Saturday, June 9

Ini cuma pendahuluan ;)

Assalamualaikum dan hai .
Hari ini hari sabtu , maksudnya hari cuti . Kalau dah cuti bermaksudnya aku suka . Aku suka cuti . Minggu ni aku tak balik , jadi aku stay je dekat desa view yang terindah ni tanpa makanan dan aku sedang kelaparan . Bila hari minggu macam ni aku selalu mengalami masalah yang sama . Makanan makanan makanan . Sungguh aku tak boleh hidup kalau tak ada makan . Dari tadi aku telan air masak je . Naik kembung perut . *kenyang sangat dah tu .
Hari ni aku malas nak bergerak kemana-mana . Mood nak berfoya-foya menghabiskan duit ni sentiasa ada . Tapi memandang kan aku keseorangan jadi aku terpaksa abaikan niat aku yang baik tu . Aku nak tunggu Azneel , bila dia dah balik aku buli dia . Siapa suruh dia tinggal aku .

*cepat balik , saya rindu awak :')

*aku nak jugak okay ;)


Semalam aku jumpa kawan baru , ya kawan baru . :))
Fatin: Hidup ni indah sebenarnya , kita je yang tak tahu nak merasainya .

Thursday, June 7

Miau miau . *tak ada kena mengena pun

Assalamualaikum dan hai .
Exam sedang mengejar aku dari belakang , aku dah terbau-bau paper exam . Hidung aku memang hebat . *haha  Sekarang semua orang sibuk study tapi aku sibuk tulis blog . Bila orang tanya kau dah baca buku ke dengan selamba katak aku cakap tak payah . Lagi hebat kan ? esok lagi 8 jam nak exam , baru aku mengadap buku macam orang gila . Aku memang macam tu .
Aku terpaksa batalkan hasrat aku untuk balik jadi aku decide nak stay je dekat hostel sampai exam . Boleh sambut adik-adik baru . Lepas ni ada lah orang panggil aku kakak . Senior-senior . *haha
Aku dah tengok jadual kelas untuk sem depan . Perubahan yang mendadak tetiba pula ada kelas sampai hari jumaat . Jadi , hari jumaat aku penuh dengan kelas dari pagi sampai petang . Maksudnya , aku tak boleh balik tiap-tiap minggu macam sem ni . Ni namanya pengorbanan okay .

Esok aku ada kelas , last presentation for UCB and last quiz for ADVANCED . *wish me luck ;)
Azneel tinggal aku , dia pergi langkawi . Seronok lah kan ? Fine! Nanti bawa balik coklat banyak-banyak .

Fatin Azma.

Sunday, May 20

ini rasa hati .

Assalamualaikum dan hai .

Diam tak semestinya aku kalah . Kalah tak semestinya aku lemah . Lemah tak semestinya aku rapuh .
Aku diam sebab aku berfikir , bukan aku tak ambil kesah , aku tak mahu bising , aku tak mahu tahu .
Sebab aku waras , aku masih boleh tenang , aku masih boleh sabar .
Hidup kadang-kadang banyak menguji , banyak menunjuk , banyak manfaat .
Jadi aku gunakan jalan , jalan yang lurus , kadang-kadang aku ambil jalan pintas . 
Ada masa aku terpaksa guna jalan yang bengkang-bengkok .
Itu bukan kehendak tapi paksaan dari yang pembawa yang berdegup yang utama .
Aku cuba tak merungut . Tapi kadang-kadang aku kalah . Hati aku tak kuat nak melawan . Lalu aku lontar kan . Puas . 
Kadang-kadang ia datang . Tanpa paksaan secara tiba-tiba . Aku tepis . Tapi pemikiran dan hati aku tak cukup kuat untuk menahan . Lalu aku biar sampai bernanah . Sakit . Perit . Aku tak menyesal ia pernah jadi sebahagian . Tapi aku kesal sebab punya perasaan sebab aku tak halang sebab aku layan . Sampai aku yang tak tahan . Aku kalah , kalah dengan hati dan perasaan . Aku tak pandai tipu , orang tahu .
Aku tak pandai membilang , apa lah lagi nak menconggak . Aku lemah aku tak mahir .
Tapi aku cuba walaupun jawapan aku tak pernah tepat . Usaha .

Fatin : Aku rindu setengah mati :'I
Ikhlas,
Fatin Azma .





Saturday, May 19

Esok balik .

Assalamualaikum dan hai .

Hari ni hari sabtu bermaksud esok hari ahad dan aku terpaksa balik ke hostel . Ni perkara yang pertama aku tak suka . Sangat tak suka .Suka atau tak suka aku tetap kena balik juga . Bulan depan aku dah exam , sangat cepat masa berjalan sampai kadang-kadang tak ingat hari ni hari apa berapa haribulan . Bila dekat kolej aku berharap masa berjalan dengan laju supaya aku dapat graduate dengan cepat . Aku bukan malas , tapi aku tak sabar . Tapi sekarang aku dekat rumah jadi untuk hari ini aku berharap masa  berjalan dengan perlahan supaya aku dapat menikmati hari ini dengan sebaik-baiknya .

*aku dengan Qaseh .


*rindu :')




Fatin : Semalam aku mimpi , mimpi yang sangat dasyat . Bangun tidur je aku menangis . Ni mugkin petunjuk untuk aku supaya aku berubah menjadi yang lebih baik dari sekarang . Aku masih mahu mengenal dunia . Dunia yang penuh dengan cabaran dan dugaan . Dunia yang penuh dengan godaan . Mudah-mudahan kita semua dilindungi oleh ALLAH SWT .
Kadang-kadang , apa yang kita nampak tak seindah yang kita rasa . Apa yang kita rancang tak sama dengan apa yang jadi . Sebab kita hanya mampu untuk merancang , ALLAH yang tentukan segala-galanya .

Ikhlas,
Fatin Azma .