Monday, August 6

Aku mengintai orang kahh ?

Assalamualaikum dan hai !
 Aku dengan bersuka ria dan bersenang lenggang nya tak pergi kelas untuk petang ni . Sangat-sangat rugi . Level confident untuk hari ini terlalu rendah . Sampai tak mampu nak mengangkat muka dan senyum kepada orang ramai . Dengan masalah kesihatan yang semakin menjadi-jadi untuk beberapa hari ni . Tersangat not in mood .


* Nampak tak ? Fatin Azma sangat tidak cantik untuk hari ni . 

Ini namanya ketumbit . Orang cakap ketumbit naik bila mengintai orang . Masalah nya sekarang aku terlalu baik untuk melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral tersebut . Tambahan pula di bulan puasa yang mulia ni . Tidak sama sekali .

Semua tu salah okay . Auta semua tu . Ni nak bagitahu yang fakta .

Faktor-faktor terjadinya ketumbit ni :-


  • Tekanan
  • Pertukaran hormon
  • Mengguna peralatan solek yang sama buat satu jangka masa yang lama atau yang telah dijangkiti oleh bakteria
  • Diabetis
  • Kandungan lemak yang tinggi dalam badan
  • Kekurangan vitamin dalam badan
Aku yang mana satu ni ???

Simptom-simptom pula :-

  • Bisul di bahagian atas atau bawah kelopak mata
  • Bengkak di sekeliling kelopak mata
  • Sakit
  • Kelopak mata menjadi merah
  • Kelopak mata terasa sakit apabila disentuh
  • Mata menjadi pedih
  • Mata berair
  • Gatal-gatal di kawasan bisul
  • Pesakit berasa tidak selesa semasa mengelipkan mata
  • Sensitif kepada cahaya yang cerah
Semua ni aku rasa sekarang . 

Ada macam-macam petua nak hilangkan ketumbit ni . Ada yang cakap tenyeh bawang kat mata lah . Tak sanggup aku nak buat . Itu traditional . Kalau moden pergi klinik je . 

K . papaii 




No comments: