Sunday, May 20

ini rasa hati .

Assalamualaikum dan hai .

Diam tak semestinya aku kalah . Kalah tak semestinya aku lemah . Lemah tak semestinya aku rapuh .
Aku diam sebab aku berfikir , bukan aku tak ambil kesah , aku tak mahu bising , aku tak mahu tahu .
Sebab aku waras , aku masih boleh tenang , aku masih boleh sabar .
Hidup kadang-kadang banyak menguji , banyak menunjuk , banyak manfaat .
Jadi aku gunakan jalan , jalan yang lurus , kadang-kadang aku ambil jalan pintas . 
Ada masa aku terpaksa guna jalan yang bengkang-bengkok .
Itu bukan kehendak tapi paksaan dari yang pembawa yang berdegup yang utama .
Aku cuba tak merungut . Tapi kadang-kadang aku kalah . Hati aku tak kuat nak melawan . Lalu aku lontar kan . Puas . 
Kadang-kadang ia datang . Tanpa paksaan secara tiba-tiba . Aku tepis . Tapi pemikiran dan hati aku tak cukup kuat untuk menahan . Lalu aku biar sampai bernanah . Sakit . Perit . Aku tak menyesal ia pernah jadi sebahagian . Tapi aku kesal sebab punya perasaan sebab aku tak halang sebab aku layan . Sampai aku yang tak tahan . Aku kalah , kalah dengan hati dan perasaan . Aku tak pandai tipu , orang tahu .
Aku tak pandai membilang , apa lah lagi nak menconggak . Aku lemah aku tak mahir .
Tapi aku cuba walaupun jawapan aku tak pernah tepat . Usaha .

Fatin : Aku rindu setengah mati :'I
Ikhlas,
Fatin Azma .





Saturday, May 19

Esok balik .

Assalamualaikum dan hai .

Hari ni hari sabtu bermaksud esok hari ahad dan aku terpaksa balik ke hostel . Ni perkara yang pertama aku tak suka . Sangat tak suka .Suka atau tak suka aku tetap kena balik juga . Bulan depan aku dah exam , sangat cepat masa berjalan sampai kadang-kadang tak ingat hari ni hari apa berapa haribulan . Bila dekat kolej aku berharap masa berjalan dengan laju supaya aku dapat graduate dengan cepat . Aku bukan malas , tapi aku tak sabar . Tapi sekarang aku dekat rumah jadi untuk hari ini aku berharap masa  berjalan dengan perlahan supaya aku dapat menikmati hari ini dengan sebaik-baiknya .

*aku dengan Qaseh .


*rindu :')




Fatin : Semalam aku mimpi , mimpi yang sangat dasyat . Bangun tidur je aku menangis . Ni mugkin petunjuk untuk aku supaya aku berubah menjadi yang lebih baik dari sekarang . Aku masih mahu mengenal dunia . Dunia yang penuh dengan cabaran dan dugaan . Dunia yang penuh dengan godaan . Mudah-mudahan kita semua dilindungi oleh ALLAH SWT .
Kadang-kadang , apa yang kita nampak tak seindah yang kita rasa . Apa yang kita rancang tak sama dengan apa yang jadi . Sebab kita hanya mampu untuk merancang , ALLAH yang tentukan segala-galanya .

Ikhlas,
Fatin Azma .

Friday, May 18

Tak ada apa pun .

Assalamualaikum dan hai !

Aku tak suka feeling-feeling touching-touching ni nanti aku menangis bila aku menangis hidung aku automatik tersumbat . Itulah benda yang aku paling tak suka , ia akan menggangu hidung aku untuk bernafas dan aku gagal untuk menghidu sebarang bau-bauan . Aku memang sensitif dan tersangat emotional . Semua orang tahu . Aku boleh pergi fikir sesuatu benda tu dengan serius bertambah pula dengan kerutan dekat dahi sampai magrain datang menyerang . Walaupun aku tahu benda tu kecil punya hal je pun . Tapi nak buat macam mana , aku memang macam tu . 

 
*Dua tiga hari ni aku selalu gaduh dengan Azneel . 
Aku tak tahu kenapa . Mungkin sebab aku dan memang sebab aku . 



Demm ! Now , aku tak boleh tidur lagi . Mata aku masih segar bugar dan belum menunjukkan tanda-tanda nak tidur . Bila cuti je aku mesti akan mengalami masalah ni . Kawan aku cakap , mata tu degil macam tuan dia juga . Okay fine ! faham . Azneel dah lama tidur , dia paksa aku tidur tapi aku cakap mata ni cakap dia tak nak tidur lagi . Jadi aku paksa dia tidur dulu . Akhirnya dia kalah aku menang . Dia memang kuat tidur .


Fatin : Aku tak nak cakap apa-apa sebab aku tahu aku tetap salah .
p/s : Aku dah deactive FB , jadi cari aku dekat twitter . 
     
Ikhlas ,
Fatin Azma .

Tuesday, May 1

Short .

Assalamualaikum dan hai !

Malam ni aku sangat bersemangat untuk update , rasa macam tak payah tidur sampai pagi esok . Esok aku cuti sangat seronok okay . Aku tak perlu bangun seawal 7 pagi (awal kan bagi aku) untuk ke kelas . Bergerak kesana-kesini dengan pantas untuk bersiap . Aku tak suka berada dalam keadaan itu , sebab aku akan nampak selekeh gila bila pergi kelas dengan tudung senget-senget . Serabai . -.-'

Minggu lepas adalah minggu tekanan , aku tersangat emo dan penat . Aku tak biasa dengan keadaan macam ni . Kelas pertama bermula seawal 8.30 pagi dan berakhir dengan kelas ketiga sampai pukul 2 . Lepas tu aku balik hostel terus KO . Sangat penat . Salah aku sendiri . Sem ni memang tersangat pendek tetapi tersangat padat , Otak aku tak boleh go . Lama-lama aku gila .

Fatin : Kalau nak berjaya tak perlu ada alasan kan . Mama cakap , tak mengapa kalau kita susah sekarang jangan kita susah kemudian .
Nurfatin Azma <3