Tuesday, June 26

Hidup ini ada pasang surut .

Assalamualaikum dan hai .

Setiap manusia ada penceritaan hidupnya sendiri . Ada yang jalan ceritanya bahagia pada awalnya kemudian pengakhirannya yang hampa . Ada yang jalan ceritanya penuh kelukaan tapi pengakhirannya penuh kegembiraan . Hidup ini Allah dah tentukan Qada' dan Qadarnya . Kita sebagai manusia kena percaya pada apa yang Allah telah tentukan untuk kita . Aku bersyukur aku masih diberikan peluang untuk merasai kebahagiaan , aku ada mama , ayah , adik-adik . Yang akan saling lengkap menglengkapi yang akan selalu melidungi . Aku sayang mereka , sampai bila-bila aku sayang .

Kadang-kadang apa yang kita nak kita impi kita rancang tak semuanya kita akan dapat . Mugkin Allah nak uji , bersyukur tak kita dengan apa yang Dia bagi . Sentiasalah berasa cukup dengan apa yang kita ada . Sebab itu lah yang membuatkan kita berasa cukup . Aku pun kadang-kadang lupa nak bersyukur , aku pun kadang-kadang tak rasa cukup , aku pun kadang-kadang merungut . Biasalah , manusia sentiasa lupa . Manusia tak boleh lari dari rasa tidak puas . Sentiasa nak kan kesempurnaan tanpa usaha .

Aku tak boleh tengok orang susah , automatik aku pun rasa susah . Air mata aku kompem jatuh . Hati aku lembut , aku cuba kuat . Tapi tak boleh . Inilah kenyataan hidup . Tak semua orang senang dan tak semua orang susah . Yang senang tak semua rasa bahagia , yang susah tak selalu rasa kosong . Kalau tak susah , macam mana kita nak belajar untuk kenal kehidupan , kalau tak senang macam mana kita nak kenal kesusahan . Sebab sebelum senang kita akan susah dulu . Hidup ini macam roda , kejap kita berada di atas kejap kita berada di bawah . Jadi jangan selalu bangga dengan apa yang kita ada . Yang senang tolong orag susah yang susah tolong orang senang . Kan ? :)

*Saya nak sayang-sayang saya terus kuat .
*Berpesan untuk orang lain dan terutama untuk diri sendiri .

Friday, June 22

Pergi sekolah :)

Assalamualaikum dan hai .

Hari ini aku pergi sekolah .
















 Dah setahun lebih aku tinggalkan sekolah jadi bila dah ada kesempatan tu aku merajinkan diri untuk pergi melawat sekolah lama kebetulan pula aku memang nak pergi sebab nak ambil sijil SPM . Boleh juga aku jumpa cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku dulu . Terima kasih dekat cikgu-cikgu , banyak bagi nasihat tadi . InsyaAllah ingat sampai bila-bila . Kawan-kawan yang sekarang semua tengah bertungkus lumus untuk STPM . Semoga berjaya semua dan mendapat kejayaan yang cemerlang . 

Fatin : Cikgu-cikgu ingat lagi nama aku *Cik Gula .Tiba-tiba cikgu Rohana tanya abang gula mana ? *errkk !






Tuesday, June 19

Semester 3 . Byebye

Assalamualaikum dan hai .

Alhamdulillah , akhirnya berakhir juga peperiksaan untuk semester 3 ni . Jadi hanya nak tunggu keputusan je . Mudah-mudaham segala usaha aku berbaloi-baloi untuk sem ni . Result pun tak kan buat aku sakit jantung macam sem lepas . Jadi sekarang aku dekat rumah . Penuhkan masa dengan membuang masa . Seperti biasa bermukabuku , tweet tweet , blog , makan dan makan lagi . Masa cuti masa untuk membesarkan badan yang dah memang besar .


*muka baru lepas menangis campur dengan muka kebanggaan .

Fatin : Good luck untuk semua kawan-kawan . Semoga dapat result yang gempak :DD 
p/s : Aku dah buat persediaan mental dan fizikal untuk sem 4 . :I

Monday, June 11

Aku terasa .

Assalamualaikum dan hai .

Hari ini tak akan sama dengan hari semalam . Macam tu juga manusia , esok hari macam ni lusa pula macam ni . Kita semua tak kan pernah dapat lari dengan keadaan macam ni . Kadang-kadang kita rasa orang lain yang berubah tetapi kebenarannya hanya orang lain yang tahu .
Orang yang pandai bercakap ni senang je cara pemikirannya . Dia rasa benda itu biasa , normal . tak perlu nak terasa , tak perlu nak menangis berbakul-bakul . Tapi kalau dah kena pada diri dia sendiri baru tahu rasa , baru tahu menyalahkan orang lain .
Bagi aku senang , aku tak akan campur urusan kau . Dan kau tak akan campur urusan aku . anggap saja kita tak ada apa-apa .

Fatin : Kalau kenyataan itu sakit , aku tak nak tahu apa-apa pun .
*sampai hati awak cakap macam tu . Terima kasih :')

Sunday, June 10

Jadual jadual .

Assalamualaikum dan hai .

*sila klik untuk besar .


Padat padat padat . Sem depan semakin sibuk dan semakin tak cukup masa untuk aku berfoya-foya . Okay , aku kena jadi baik sebaik baiknya dan teruskan cita-cita untuk mendapat 4flat . *poyo gila ayat aku . Sila tampar Fatin Azma laju-laju tanpa berfikir panjang .
Minggu ni minggu study , tapi aku seakan-akan hilang ingatan untuk membuka buku . Paper pertama adalah paper yang paling menakutkan (Advanced English 1). Paper yang membuatkan aku banyak berfikir . Aku akan memecahkan kepala aku pada hari tersebut . 

Jadual exam *klik untuk besar .


Okay , bye !


Don't say any word ! *ropi ropi



Assalamualaikum dan hai .
Jam sekarang tepat 12.35 minit malam . Aku masih dekat sini tak puas-puas menghadap laptop . Online online online . Aku memang tak ada kerja lain buat masa ni . Study pun aku tak nak , aku tak nak fikir semua tu . Aku cuma nak merasai cuti dengan sebaik-baiknya .
Kelas , quiz , presentation semua dah tamat dan RABU ni peperangan dah start *saja aku bold kan rabu tu , bagi peringatan .





Saturday, June 9

Ini cuma pendahuluan ;)

Assalamualaikum dan hai .
Hari ini hari sabtu , maksudnya hari cuti . Kalau dah cuti bermaksudnya aku suka . Aku suka cuti . Minggu ni aku tak balik , jadi aku stay je dekat desa view yang terindah ni tanpa makanan dan aku sedang kelaparan . Bila hari minggu macam ni aku selalu mengalami masalah yang sama . Makanan makanan makanan . Sungguh aku tak boleh hidup kalau tak ada makan . Dari tadi aku telan air masak je . Naik kembung perut . *kenyang sangat dah tu .
Hari ni aku malas nak bergerak kemana-mana . Mood nak berfoya-foya menghabiskan duit ni sentiasa ada . Tapi memandang kan aku keseorangan jadi aku terpaksa abaikan niat aku yang baik tu . Aku nak tunggu Azneel , bila dia dah balik aku buli dia . Siapa suruh dia tinggal aku .

*cepat balik , saya rindu awak :')

*aku nak jugak okay ;)


Semalam aku jumpa kawan baru , ya kawan baru . :))
Fatin: Hidup ni indah sebenarnya , kita je yang tak tahu nak merasainya .

Thursday, June 7

Miau miau . *tak ada kena mengena pun

Assalamualaikum dan hai .
Exam sedang mengejar aku dari belakang , aku dah terbau-bau paper exam . Hidung aku memang hebat . *haha  Sekarang semua orang sibuk study tapi aku sibuk tulis blog . Bila orang tanya kau dah baca buku ke dengan selamba katak aku cakap tak payah . Lagi hebat kan ? esok lagi 8 jam nak exam , baru aku mengadap buku macam orang gila . Aku memang macam tu .
Aku terpaksa batalkan hasrat aku untuk balik jadi aku decide nak stay je dekat hostel sampai exam . Boleh sambut adik-adik baru . Lepas ni ada lah orang panggil aku kakak . Senior-senior . *haha
Aku dah tengok jadual kelas untuk sem depan . Perubahan yang mendadak tetiba pula ada kelas sampai hari jumaat . Jadi , hari jumaat aku penuh dengan kelas dari pagi sampai petang . Maksudnya , aku tak boleh balik tiap-tiap minggu macam sem ni . Ni namanya pengorbanan okay .

Esok aku ada kelas , last presentation for UCB and last quiz for ADVANCED . *wish me luck ;)
Azneel tinggal aku , dia pergi langkawi . Seronok lah kan ? Fine! Nanti bawa balik coklat banyak-banyak .

Fatin Azma.