Wednesday, November 30

| saja nak luahkan perasaan , taknak tahu pun tak apa | :)



Assalamualaikum dan hai .
Mood aku beberapa hari ni kurang elok ye , jadi sila jauhkan diri anda dari membuat sebarang onak duri terhadap aku . Silap-silap kena penampar korea . Kau tak pernah rasa kan ? Nanti aku bagi rasa . :)
Korang tahu tak , aku dah cuba sedaya upaya buat macam biasa , tapi tak boleh wey . Ingat aku suka ke macam ni ? Serabutkan kepala otak je okay ==' .


*aku cuma mahu kau faham


Memang lah kau tengok aku , perempuan yang macam tak ada perasaan je kau cakap dengan aku pun macam blur je muka faham tak faham je kan . Tapi kau tahu tak aku pun ada perasaan sama macam kau . Tahu tak aku pun tahu nak menangis , tahu sakit hati . Tahu tak macam mana aku rasa sekarang ?


*aku mahir bab-bab ni .


Aku tak suka jadi hipokrit , tapi aku terpaksa jadi hipokrit . Sebab aku rasa aku perlu puaskan hati orang . Aku suka tengok orang gembira . :')

*Pagi-pagi buta macam ni aku memang suka emotional lebih .
*Rasa nak pergi suatu tempat .
*Maaf , kalau buat tindakan tanpa perbincangan .

NURFATIN AZMA ABDULLAH <3

Friday, November 25

| saya ada perasaan lah awak |

Assalamualaikum daan hai .


Apa celop korang ? Sihat . Alhamdulillah aku sihat , malah semakin sihat cuma hanya ada sedikit gangguan hati dan perasaan . Ah , normal lah tu kan . Manusia . :)
Dari aku kecil sampai aku dah besar panjang ni aku dah melihat pelbagai ragam dan kisah kehidupan manusia . Mungkin dulu aku masih kecil dan tak mampu untuk memahami makna sebuah kehidupan itu . Tapi bila aku semakin matang aku sudah memahami apa itu kehidupan . Ceeeewaaaah ! Ayat . haha

*Aku selalu berharap mimpi yang indah itu menjadi kenyataan .

Manusia ni kadang-kadang tak tahu menghargai atau pun lupa untuk menghargai . Aku pun tak pasti tapi mungkin aku pun tergolong . Tak sedar mungkin . Tapi itulah manusia . Sering lupa . Aku dikelilingi ramai manusia yang sayang akan aku tapi dalam banyak-banyak tu  ada tak yang sanggup berkorban apa sahaja untuk aku . Iya , ada iaitu mama dan ayah . Aku tak mampu menafikan itu sebab kenyataan nya memang jelas dan nyata . Bila aku semakin dewasa ni aku semakin tahu menghargai orang sekeliling . Aku tahu macam mana rasa nya tidak di peduli , tidak disayangi . Aku tahu apa itu rasa sunyi , rasa keseorangan . Ini bukan berdasarkan pengalaman tapi pemerhatian . Aku tak pandai nak tafsir-tafsir air muka orang , tapi aku dapat mengagak dan ia benar . Mungkin kebetulan tafsiran aku tu tepat . 

                                 
*Kan bagus kalau awak jujur , saya tak marah .


Terus terang tu perlu kan ? kalau kita rasa perlu . Tapi bagi aku penting . Sebab mengelaknya rasa sakit hati . Kalau dah sakit hati mula lah rasa nak marah je kan tak pun tiba-tiba jadi emotional pula . Tapi kadang-kadang aku sendiri tak nak berterus terang . Bukan tak nak , cuma aku rasa kau yang perlu berterus terang . Bukan aku yang kena bertanya . Sebab , kau pun tahu salah kau kan . So , renung-renungkan dan selamat beramal . :)


*Don't be serious lah sayang . Awak cakap dekat orang tak apa . :)
*Kakak , hargailah selagi dia masih ada , setiap orang perlu diberi peluang kedua kan . :)
*Aku mengalami keracunan makanan yang melampau . ><

NURFATIN AZMA ABDULLAH <3




Wednesday, November 23

| this |

Assalamualaikum dan hai


lovequotesrus:

Photo Courtesy: lookingthroughdreamcatchers

Awak <3

*dua tiga hari ni aku kekemarauan idea nak menaip . -.-
*sakit aku datang balik . -.-'

NURFATIN AZMA ABDULLAH <3

Monday, November 21

| Saya saja2 je | :)


Assalamualaikum dan hai :)


How are you ? i'm just fine . Errr , maybe . I  feel more better than yesterday . : )
 Hari ini dah masuk 3 hari aku dekat rumah . That mean , cuti sem dah bermula selama 3 hari . Alhamdulillah , aku dapat lalui peperangan final exam untuk sem 1 . Excited plus plus , rasa nak lompat-lompat terjun tangga . Actually , tak lah se'excited' mana kan belum tahu lagi resultnya macam mana karang mahu menangis macam kassim selamat . Lepastu kau pun duduk rumah tunggu orang masuk meminang kan . haha . Nonsense ! >-<

*Aku tak ada idea nak melalut panjang-panjang . =='

NURFATIN AZMA ABDULLAH <3



Sunday, November 13

| bukan luahan perasaan 2 | :'))

Assalamualaikum dan hai .

Pejam celik pejam celik dah 10 hari aku dekat rumah , bermakna esok aku kene kembali ke DV yang tersergam indah tu . Indah lah sangat kan . Berat rasa hati nak membungkus baju-baju ni masuk dalam beg . Perlu ke ? Jangan ditanya lah kan . Minggu depan aku dah bz balik sebagai pelajar . Ececeh ! and tak lupa juga aku akan menghadapi final exam untuk sem 1 . Ingat tu cik Nurfatin . No outing , no online , no jalan-jalan , no melepak sambil makan keropok mengumpat sana mengumpat sini . No ! no ! no ! Sedar-sedarlah diri tu sikit . Buku-buku tu dah lama memanggil-manggil suruh kau kaji isi kandungan semua khazanah dalam buku tu . Kata nak berjaya . Nak jadi cikgu tadika kan ? hehe . stop about blablabla . Mengarut gile kan .

Ni nak cerita pasal budak handsome dekat anugerah AIM tadi . Suara dia sedap kan plus plus comel sangat-sangat . Aku tak pernah nak update-update pasal benda-benda yang tak patut ni kan . Tapi ntah , tetibe tergerak hati aku nak update pulak kan . Sebenarnya gatal je lebih ni pantang tengok budak yang comel-comel ni . Yang muka macam popeye pun comel kan . Tak boleh potong betul =="

*okay , budak ni memang comel gile ;D


 *nah , aku bagi video sekali

Aku ni kalau update blog entry yang pendek pun boleh sampai satu hari . Tu yang sampai mood pun berubah-ubah tu . Kejap aku gelak guling-guling macam tak ingat dunia , kejap karang menangis tiba-tiba , sat lagi aku marah orang membuta-tuli , nanti aku membebel macam burung murai tercabut ekor pulak . Aku tak ada sawan okay . Hormon aku memang macam ni . Tak berapa nak stabil . ==" Sekarang ni mood apa pun tak tahu la .

  • Awak , saya  minta maaf . :/
  • Aku cuba nak berterus terang , tapi cara aku tak pernah betul .
  • Stop negative thinking .

NURFATIN AZMA ABDULLAH <3



Saturday, November 12

| ini bukan luahan perasaan ye |


 Assalamualaikum dan hai .



Lama tak aku menghilangkan diri ? ececehh , menghilangkan diri lah sangat kan . Actually , aku sekarang dah bergelar budak IPT . Nampak tak muke bangga gile tu . =D
Next weeks , aku dah final exam and then sem break . Banyak pengalaman baru yang aku dapat . Dan aku masih lagi cuba untuk sesuaikan diri untuk duduk di tempat orang jauh dari family . Alhamdulillah , buat masa ni aku boleh bertahan dan sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling . Kata orang , "nak seribu daya tak nak seribu dalih" kan . =)

Mama pesan , bila dah masuk kolej dah tak macam sekolah dah . Kena pandai jaga diri , pandai pilih kawan jangan sampai tersalah pilih . Kena  hidup berdikari tak boleh nak bergantung dekat orang dah . Tak boleh nak manja-manja macam dulu . Kena buat kerja semua sendiri . Mama dengan ayah dah jauh .

Bila dah jadi dewasa ni , dewasa lah sangat kan =) . Banyak benda yang kita kena ubah . Perangai , dah tak boleh dah macam budak-budak tadika . Bila nak sesuatu hentak-hentak kaki , berguling-guling bagai . haha . Kena lah seiring dengan usia kita kan . So , aku pun sikit demi sikit cuba ubah perangai aku yang sememangnya macam budak tadika ni . Tapi kadang-kadang datang juga perangai tu , maaf tak boleh nak kawal . hehe

Banyak juga aku belajar tentang perangai manusia , ada yang macam tu ada yang macam ni . Membuatkan aku lebih menghargai orang-orang yang berada disekeliling aku yang pernah suatu masa dulu menangis ketawa bersama . Sekarang aku lebih bijak mengawal emosi , menjadi seorang yang lebih penyabar =) .

Orang kata  "Lebih baik diam daripada berkata-kata" Jadi aku diam dari aku bersuara .
Orang kata "setiap apa yang berlaku ada hikmahnya" Jadi aku redha dengan apa yang berlaku .
Tapi aku kata "kesabaran manusia ada batasnya"Jadi korang rasa ? ;)


NURFATIN AZMA ABDULLAH <3