Wednesday, September 21

Masa beredar dengan pantas . .

*Sedang mencuba .

Assalamualaikum dan hai !

Akhirnya aku menangis juga , sejak dari tadi menahan . Dua tiga hari ni aku rasakan satu perasaan yang aneh , ya aneh dan tersangat aneh . Puas dah cari sebab dan punca , tapi fikiran ini sering mengingatkan aku kembali pada zaman kain biru . Tahu ke apa zaman kain biru tu ? Zaman sekolah menengah lah . Rindu nak lalui kembali zaman itu , kat situ dan disitu di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KHIR JOHARI TANJONG MALIM aku kenal dengan Siti Noor Faizah , Sharizan , Siti Zulaikha , Nurfaizatul Ikmar yang sehingga kini masih menjadi sahabat aku , yang masih menjadi pendengar setia dan masih mahu mendengar celoteh dan rengekan aku yang kadang-kadang sampai korang pun naik rimas kan . 

Aku selalu dengar dan orang tua-tua pun selalu cakap , zaman yang paling mencabar ialah zaman remaja iaitu zaman kain biru ni lah . Masa ni lah kita baru nak mengenal dunia , yelah dulu masa sekolah rendah kita nerd je , apa yang mak ayah cakap dengar je sikit pun tak melawan , cikgu cakap pun dengar je , kerja sekolah semua siap . Tapi aku je yang selalu tak siapkan kerja sekolah lepastu kena denda menangis-nangis dan esoknya buat lagi . Aku memang tak suka buat kerja sekolah sampai lah aku dah nak SPM tahun lepas . Nampak pemalas tahap garfield kan . Masa sekolah rendah mana tahu pasal couple-couple ni geli lah konon , haram , budak lelaki terpegang tangan masa main kejar-kejar waktu rehat pun dah menangis , eccecehh tu masa sekolah rendah . Bila dah naik sekolah menegah dah pandai dah , jumpa mamat jambu-jambu , cute-cute ala ala popeye pun dah kira hensem bebeno lah masa tu . Masa tu mula lah teringin nak bercouple-couple ni , tambahan pula kawan-kawan semua ada pakwe , teringin juga nak ada kan . Tapi bila difikirkan balik tak dapat apa pun couple time sekolah ni , buang masa dan tenaga je tahu , buang duit mak bapak pun ye juga . Mana taknya sibuk nak top-up , pastu hari minggu keluar dating tu belum lagi beli hadiah time birtday time anniversarry tiap-tiap bulan . Tapi aku tak pernah dapat pun , ni yang aku paling sedih dan jeles dengan kawan-kawan aku dulu . Nampak tak yang aku menyesal gila ni . Serious , aku tak boleh ingat kalau aku ingat aku rasa nak marah . Ni tengah menahan kemarahan ni . Tapi semua tu sebenarnya yang membuatkan aku menjadi lebih matang walaupun tak lah berapa nak matang sangat kan . Semuanya tu aku jadikan pengajaran untuk aku di masa hadapan dan aku simpan menjadi kenangan yang tak mungkin aku lupa  .

Lagi 3 hari saja lagi aku akan melangkah ke dunia yang baru  , lepasni aku akan menjadi seorang mahasiswi yea , bangga rasanya dari darjah 6 lagi aku selalu berangan sampai terbawa-bawa , ni sebab pengaruh drama dekat tv sebab tu aku tak suka tengok tv , cepat terpengaruh . Aku akan hidup berdikari selepas ini , ye aku dah besar dah cukup besar untuk hidup berdikari . Actually , aku belum bersedia untuk itu tapi aku sedang mencuba dan berusaha untuk bersedia . Aku yakin aku boleh . Teringat pula aku dekat lagu ni kan " Jika kau fikirkan kau boleh , kau hampir boleh melakukan " . Aku nak berjaya wey , nak tunjuk dekat semua orang yang aku pun boleh berjaya juga , aku ada cita-cita tak macam mat jenin yea , macam korang selalu cakap . nak buat macam mana kalau aku dah kuat berangan . Aku tak nak dengar lagi lah orang cakap aku mengada-ngada lah , anak mak lah , manja lah , banyak songeh lah , lembab lah , dan yang paling tak boleh aku terima sekali orang cakap macam ni " Kau tak apa aten , duduk saja pun takpa , Bapak kau kaya " . Senang nya kau bercakap kan kan . Aku ni yang kayap . Takpa , aku terima je apa yang korang nak cakap , redha je .

Walau jauh mana pun kita melangkah , setinggi mana pun kita mendaki , sedalam mana pun kita menyelam ingat lah dimana asal usul nya diri kita , jangan pernah lupa diri , hargai orang-orang yang berada disekeliling kita , jangan pernah lupa pada orang yang berjasa pada kita , sentiasa meminta dan memaafkan orang , sentiasa perbaiki diri . Kalau rasa macam dah lupa diri tu , cuba ingat balik pada asal nya . Jadi kan kenangan yang manis atau pun pahit tu sebagai pengajaran , supaya kita akan bersedia untuk hadapi kenyataan yang akan datang yang jauh lebih mencabar .
___________________________________

  • Aku pernah dapat surat cinta masa aku darjah 3 . "Saya suka dekat awak sebab suara awak merdu ". Kelakarkan , tapi budak tu comel . haha 
  • Aku taknak cakap benda ni , tapi aku kena cakap juga . "Zarina , aku rindu dekat kau ".
  • Awak , saya nak tahu banyak benda tentang awak tapi saya tak tahu nak tanya macam mana .


p/s: Aku rasa aku dah matang . ==''
Nurfatin Azma Abdullah <3

Friday, September 16

Seronok dengan mereka . ;)

Assalamualaikum dan hai !
Hari ni awal dari yang biasa aku bangun , haha ,itu pun setelah beberapa kali dikejutkan dari mimpi yang berepisod setiap hari . Setelah dirancang beberapa hari yang lalu . Akhirnya dapat juga nak jumpa kawan-kawan baik aku semua kan walaupun tak ramai yang boleh join , jadi yang ada jelah yang sudi meluangkan masa yang terlalu singkat ni , kawan-kawan ni lah yang dulu masa sekolah sama-sama ponteng kelas , sama-sama kena marah , sama-sama kena denda , sama-sama rehat ikut time sendiri pastu nampak cikgu disiplin , lari tak ingat dunia , seronok dan kelakar bila ingat zaman sekolah dulu . Dah hampir setahun aku meninggalkan zaman persekolahan , kawan-kawan pun dah ramai yang membawa haluan masing-masing , ada yang bekerja , ada yang berkahwin dan ada yang sedang berjuang untuk mengejar cita-cita . Alhamdulillah semoga kalian beroleh kejayaan dunia dan akhirat . ;)









































































Nah ! hambeekk . haha . Macam-macam ragam kan , sebenarnya kitaorang teringin nak masuk pancaragam sekolah dulu , tapi almaklum lah sekolah kitaorang takada dulu . haha
Terima kasih kepada Sharizan Samad , Siti Noorfaizah Shahedi , Suhaidi Adnin Mat Said and tak lupa juga dekat adik-adik aku yang ikut tadi Nur Alia Izati dan Nurliyana Afrina untuk hari ini , seronok gila lah . Lain kali jumpa lagi yea . ;)


Daa !

p/s: kenangan yang membuatkan kita menghargai sesuatu perhubungan , semoga ia kekal selamanya . :')

Nurfatin Azma Abdullah <3