Thursday, September 15

Aku nak kahwin .

 Assalamualaikum dan hai !
Haa , korang jangan terkejut pula baca tajuk tu kan . Saja je nak buat gimik kat korang . haha .
Cerita pasal kahwin ni kan , seronok pulak bila aku tengok orang kahwin . Dalam hati melompat-lompat nak kahwin juga nak kahwin juga . Nampak sangat gatalnya kan . Tapi , korang ingat kahwin ni senang ke ? Susah tahu nak kena bersedia dari segi fizikal dan mental tahu . Tanggungjawabnya pula besar . Yang lelaki kena bersedia dari segi kewangan . Ingat nak pinang anak dara orang ni senang ke , dengan wang hantarannya sekarangkan kan dah jadi trend wang hantaran ikut tarikh lahir la , ikut anniversary la , tu belum lagi barang-barang hantaran , kasut , beg , kek bertingkat , buah-buahan tempatan dan import kan , cincin kahwin lagi , kenduri kendara lagi . Lepas tu bila dah lepas kahwin , tanggungjawab lagi bertambah besar , nak sara anak bini pula . Yang perempuan pula kena jaga makan minum , pakai suami , anak-anak , hal-hal rumahtangga semua kene uruskan , nak mengandung lagi . haha . Pokoknya , kalau nak kahwin ni memang kena bersedia dari pelbagai aspek lah , baru rumahtangga tu harmoni , aman , bahagia sampai bila-bila . cehhhcehhh . Macam banyak je pengalaman aku , aku ni rajin membaca tahu . haha . 

*just married .

Korang mesti selalu berangan kan , macam mana korang kahwin nanti nak tema kahwin nanti yang macam mana , kad kahwin macam mana , baju penggantin tu yang paling penting tu . XD
Aku pun kadang-kadang ada juga berangan macam korang tu kan . hehe . Bukan berangan , tapi perancangan masa akan datang . haha . Yang penting aku nak baju nikah aku nanti warna putih , baju kahwin pulak warna pink macam tu . haha . Aku nak budak-budak perempuan dengan lelaki yang comel-comel iring aku dengan future husband aku nanti masuk dewan , pegangkan gaun aku yang bejela-jela panjangnya tu kan .


  


Lepas tu majlis kahwin aku nanti  nak buat dekat dewan besar , nak jemput satu malaysia datang . Bagi penuh dewan tu . Nak tunjuk yang aku kahwin . haha . Kalau boleh 30 hari 30 malam aku nak buat . Kita kahwin seumur hidup sekali je , apa salahnya kan . 












Okay-okay , cukup lah kan . Selera tinggi nak mampus , mengalahkan anak raja , takut orang nak kahwin dengan kau . haha .


p/s: Tak salah kalau kita mengimpikan sesuatu keinginan untuk diri sendiri , moga menjadi kenyataan . (=

Nurfatin Azma Abdullah <3

No comments: