Friday, December 2

Back to julai :')


       
                                         


Assalamualaikum dan hai .

Awak , saya nak cakap sikit dengan awak ni . Tak payah nak gelak-gelak sengih-sengih . Saya tengah serious ni .
Awak , Mula-mula saya tak teringin langsung nak kenal dengan awak . Awak bukan handsome pun , tapi tak tahu lah tiba-tiba terbuka pula hati ni nak kenal kan . Kebetulan pula masa tu saya ada mengalami sedikit masalah mental . Awak , tahu tak ? awak langsung tak tahu malu . Awak dengan selamba popeye je main cakap-cakap dengan saya . Dah lah tak kenal . Nasib baik saya ni baik hati tahu nak cakap dengan awak , walaupun masa tu saya banyak gelak senyum gelak senyum . Awak lagi banyak cakap masa tu . Dah habis-habis awak cakap . Boleh pula lepas tu awak cakap awak sayang saya . "SAYANG ATEN" Awak memang gila kan ? agaknya awak pun mental kan . Tapi saya buat biasa je , tak perasan okay . Tak lama lepas tu awak minta no telefon saya dekat kawan saya . Saya bukan tak nak bagi , tapi saya nak awak minta sendiri . Tapi takpa saya paham . Awak pemalu . Tak lama lepas tu kita pun berbalas-balas lah sistem pesanan ringkas . Tanya itu tanya ini , blablablabla . Satu hari tu , kawan awak bagi dekat saya coklat ferrero rocher , dia cakap ada orang bagi . Awak tak boleh ke bagi sendiri ? ni nak marah ni tahu . Lepas tu awak text saya . Saya bagi tiga biji tu ada makna . Saya tanya lah apa . Awak cakap satu untuk saya dua untuk sayang tiga untuk aten . Awak rasa awak sweet sangat lah tu ye ? tapi awak memang sweet pun . Sampai naik lembik coklat tu saya tak makan . Sejak tu lah saya jadi sayang dekat awak . Eh , tiba-tiba je kan ? sebelum tu dah suka dah , tapi tak nak la tunjuk sangat kan . Nanti awak cakap saya perasan . Esoknya tu saya bagi awak cadbury . Saya pun nak jadi sweet juga . Bagi sendiri lagi , okay . Tiba-tiba pulak saya jadi pakinson sampai jatuh-jatuh cawan sudu bagai . Malu , satu dewan tengok saya . Tapi tak kesah sangat tu . Saya lagi malu dekat awak . Petang tu awak tanya saya , boleh tak awak panggil saya bie . Saya pun dengan tak malu nya cakap . Boleh-boleh . 02/07/2011 pukul 4.14 p.m kita pun declare . Ceh ceh . 

  • Hey Azneel Azim Aznureen . Saya sayang awak .
  • Awak jangan nak merajuk-rajuk sangat lah , tahu tak huduh muka tu bila merajuk .
  • Saya janji dekat awak , saya tak tinggalkan awak selagi nyawa di badan . InsyaAllah .
  • Boleh tak kalau marah tu cakap je marah , jangan nak poyo cakap tak .
  • Nanti saya nak awak nyanyi pula dekat saya tak kira la lagu ABC ke 123 ke .
  • Saya nak awak ajar saya main gitar sampai saya teror dari awak .
  • Lagi satu , kalau orang cakap awak handsome mengaku jelah . Dah kenyataan . Kat atas tu main-main je .
  • Boleh tak jangan marah-marah saya kalau awak ngantuk ke lapar ke , sedih tahu . Tembak baru tahu .
  • Kalau saya marah tu bukan saya tak sayang . Sebab sayang lah saya marah .
  • Awak jangan degil sangat boleh tak ? cuba dengar cakap saya ni .
  • Awak jangan nak ikut sangat perangai saya yang mengada-ngada ni . Nak itu nak ini .
  • Kalau tak sihat tu cuba bawak-bawak berehat . Ni tak , berjaga sampai pagi buta . 
  • Lagi satu , ubat tu makan lah . Jangan buat perhiasan pulak .
  • Awak , awak jangan tipu boleh sebab semata-mata nak jaga hati saya . Saya okay je tahu .
  • Kalau ada masalah ke apa cerita je dekat saya . Saya boleh jadi pendengar setia awak . 
  • Awak , saya tak nak lah gaduh-gaduh dengan awak . Penat tahu .
  • Saya tahu ramai yang tak suka saya dengan awak . Tapi saya tak heran okay . Tak peduli pun .
  • Saya berharap hubungan kita ni kekal sampai bila-bila . Amin .
  • Akhir sekali , saya nak awak selalu ada dengan saya . Tak kira awak suka ke tak . Peduli apa saya .
Maaf lah awak , banyak merepek meraban je ni . Tapi saya peduli apa kan . Awak kena baca jugak sampai habis .

*Pengalaman membuatkan aku lebih matang .
*Tahu ada yang tak suka . Jadi abaikan .
*Aku bersyukur sebab dikelilingi dengan ramai orang yang penyayang . :)


NURFATIN AZMA ABDULLAH <3


Wednesday, November 30

| saja nak luahkan perasaan , taknak tahu pun tak apa | :)



Assalamualaikum dan hai .
Mood aku beberapa hari ni kurang elok ye , jadi sila jauhkan diri anda dari membuat sebarang onak duri terhadap aku . Silap-silap kena penampar korea . Kau tak pernah rasa kan ? Nanti aku bagi rasa . :)
Korang tahu tak , aku dah cuba sedaya upaya buat macam biasa , tapi tak boleh wey . Ingat aku suka ke macam ni ? Serabutkan kepala otak je okay ==' .


*aku cuma mahu kau faham


Memang lah kau tengok aku , perempuan yang macam tak ada perasaan je kau cakap dengan aku pun macam blur je muka faham tak faham je kan . Tapi kau tahu tak aku pun ada perasaan sama macam kau . Tahu tak aku pun tahu nak menangis , tahu sakit hati . Tahu tak macam mana aku rasa sekarang ?


*aku mahir bab-bab ni .


Aku tak suka jadi hipokrit , tapi aku terpaksa jadi hipokrit . Sebab aku rasa aku perlu puaskan hati orang . Aku suka tengok orang gembira . :')

*Pagi-pagi buta macam ni aku memang suka emotional lebih .
*Rasa nak pergi suatu tempat .
*Maaf , kalau buat tindakan tanpa perbincangan .

NURFATIN AZMA ABDULLAH <3

Friday, November 25

| saya ada perasaan lah awak |

Assalamualaikum daan hai .


Apa celop korang ? Sihat . Alhamdulillah aku sihat , malah semakin sihat cuma hanya ada sedikit gangguan hati dan perasaan . Ah , normal lah tu kan . Manusia . :)
Dari aku kecil sampai aku dah besar panjang ni aku dah melihat pelbagai ragam dan kisah kehidupan manusia . Mungkin dulu aku masih kecil dan tak mampu untuk memahami makna sebuah kehidupan itu . Tapi bila aku semakin matang aku sudah memahami apa itu kehidupan . Ceeeewaaaah ! Ayat . haha

*Aku selalu berharap mimpi yang indah itu menjadi kenyataan .

Manusia ni kadang-kadang tak tahu menghargai atau pun lupa untuk menghargai . Aku pun tak pasti tapi mungkin aku pun tergolong . Tak sedar mungkin . Tapi itulah manusia . Sering lupa . Aku dikelilingi ramai manusia yang sayang akan aku tapi dalam banyak-banyak tu  ada tak yang sanggup berkorban apa sahaja untuk aku . Iya , ada iaitu mama dan ayah . Aku tak mampu menafikan itu sebab kenyataan nya memang jelas dan nyata . Bila aku semakin dewasa ni aku semakin tahu menghargai orang sekeliling . Aku tahu macam mana rasa nya tidak di peduli , tidak disayangi . Aku tahu apa itu rasa sunyi , rasa keseorangan . Ini bukan berdasarkan pengalaman tapi pemerhatian . Aku tak pandai nak tafsir-tafsir air muka orang , tapi aku dapat mengagak dan ia benar . Mungkin kebetulan tafsiran aku tu tepat . 

                                 
*Kan bagus kalau awak jujur , saya tak marah .


Terus terang tu perlu kan ? kalau kita rasa perlu . Tapi bagi aku penting . Sebab mengelaknya rasa sakit hati . Kalau dah sakit hati mula lah rasa nak marah je kan tak pun tiba-tiba jadi emotional pula . Tapi kadang-kadang aku sendiri tak nak berterus terang . Bukan tak nak , cuma aku rasa kau yang perlu berterus terang . Bukan aku yang kena bertanya . Sebab , kau pun tahu salah kau kan . So , renung-renungkan dan selamat beramal . :)


*Don't be serious lah sayang . Awak cakap dekat orang tak apa . :)
*Kakak , hargailah selagi dia masih ada , setiap orang perlu diberi peluang kedua kan . :)
*Aku mengalami keracunan makanan yang melampau . ><

NURFATIN AZMA ABDULLAH <3




Wednesday, November 23

| this |

Assalamualaikum dan hai


lovequotesrus:

Photo Courtesy: lookingthroughdreamcatchers

Awak <3

*dua tiga hari ni aku kekemarauan idea nak menaip . -.-
*sakit aku datang balik . -.-'

NURFATIN AZMA ABDULLAH <3

Monday, November 21

| Saya saja2 je | :)


Assalamualaikum dan hai :)


How are you ? i'm just fine . Errr , maybe . I  feel more better than yesterday . : )
 Hari ini dah masuk 3 hari aku dekat rumah . That mean , cuti sem dah bermula selama 3 hari . Alhamdulillah , aku dapat lalui peperangan final exam untuk sem 1 . Excited plus plus , rasa nak lompat-lompat terjun tangga . Actually , tak lah se'excited' mana kan belum tahu lagi resultnya macam mana karang mahu menangis macam kassim selamat . Lepastu kau pun duduk rumah tunggu orang masuk meminang kan . haha . Nonsense ! >-<

*Aku tak ada idea nak melalut panjang-panjang . =='

NURFATIN AZMA ABDULLAH <3



Sunday, November 13

| bukan luahan perasaan 2 | :'))

Assalamualaikum dan hai .

Pejam celik pejam celik dah 10 hari aku dekat rumah , bermakna esok aku kene kembali ke DV yang tersergam indah tu . Indah lah sangat kan . Berat rasa hati nak membungkus baju-baju ni masuk dalam beg . Perlu ke ? Jangan ditanya lah kan . Minggu depan aku dah bz balik sebagai pelajar . Ececeh ! and tak lupa juga aku akan menghadapi final exam untuk sem 1 . Ingat tu cik Nurfatin . No outing , no online , no jalan-jalan , no melepak sambil makan keropok mengumpat sana mengumpat sini . No ! no ! no ! Sedar-sedarlah diri tu sikit . Buku-buku tu dah lama memanggil-manggil suruh kau kaji isi kandungan semua khazanah dalam buku tu . Kata nak berjaya . Nak jadi cikgu tadika kan ? hehe . stop about blablabla . Mengarut gile kan .

Ni nak cerita pasal budak handsome dekat anugerah AIM tadi . Suara dia sedap kan plus plus comel sangat-sangat . Aku tak pernah nak update-update pasal benda-benda yang tak patut ni kan . Tapi ntah , tetibe tergerak hati aku nak update pulak kan . Sebenarnya gatal je lebih ni pantang tengok budak yang comel-comel ni . Yang muka macam popeye pun comel kan . Tak boleh potong betul =="

*okay , budak ni memang comel gile ;D


 *nah , aku bagi video sekali

Aku ni kalau update blog entry yang pendek pun boleh sampai satu hari . Tu yang sampai mood pun berubah-ubah tu . Kejap aku gelak guling-guling macam tak ingat dunia , kejap karang menangis tiba-tiba , sat lagi aku marah orang membuta-tuli , nanti aku membebel macam burung murai tercabut ekor pulak . Aku tak ada sawan okay . Hormon aku memang macam ni . Tak berapa nak stabil . ==" Sekarang ni mood apa pun tak tahu la .

  • Awak , saya  minta maaf . :/
  • Aku cuba nak berterus terang , tapi cara aku tak pernah betul .
  • Stop negative thinking .

NURFATIN AZMA ABDULLAH <3



Saturday, November 12

| ini bukan luahan perasaan ye |


 Assalamualaikum dan hai .



Lama tak aku menghilangkan diri ? ececehh , menghilangkan diri lah sangat kan . Actually , aku sekarang dah bergelar budak IPT . Nampak tak muke bangga gile tu . =D
Next weeks , aku dah final exam and then sem break . Banyak pengalaman baru yang aku dapat . Dan aku masih lagi cuba untuk sesuaikan diri untuk duduk di tempat orang jauh dari family . Alhamdulillah , buat masa ni aku boleh bertahan dan sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling . Kata orang , "nak seribu daya tak nak seribu dalih" kan . =)

Mama pesan , bila dah masuk kolej dah tak macam sekolah dah . Kena pandai jaga diri , pandai pilih kawan jangan sampai tersalah pilih . Kena  hidup berdikari tak boleh nak bergantung dekat orang dah . Tak boleh nak manja-manja macam dulu . Kena buat kerja semua sendiri . Mama dengan ayah dah jauh .

Bila dah jadi dewasa ni , dewasa lah sangat kan =) . Banyak benda yang kita kena ubah . Perangai , dah tak boleh dah macam budak-budak tadika . Bila nak sesuatu hentak-hentak kaki , berguling-guling bagai . haha . Kena lah seiring dengan usia kita kan . So , aku pun sikit demi sikit cuba ubah perangai aku yang sememangnya macam budak tadika ni . Tapi kadang-kadang datang juga perangai tu , maaf tak boleh nak kawal . hehe

Banyak juga aku belajar tentang perangai manusia , ada yang macam tu ada yang macam ni . Membuatkan aku lebih menghargai orang-orang yang berada disekeliling aku yang pernah suatu masa dulu menangis ketawa bersama . Sekarang aku lebih bijak mengawal emosi , menjadi seorang yang lebih penyabar =) .

Orang kata  "Lebih baik diam daripada berkata-kata" Jadi aku diam dari aku bersuara .
Orang kata "setiap apa yang berlaku ada hikmahnya" Jadi aku redha dengan apa yang berlaku .
Tapi aku kata "kesabaran manusia ada batasnya"Jadi korang rasa ? ;)


NURFATIN AZMA ABDULLAH <3









Wednesday, September 21

Masa beredar dengan pantas . .

*Sedang mencuba .

Assalamualaikum dan hai !

Akhirnya aku menangis juga , sejak dari tadi menahan . Dua tiga hari ni aku rasakan satu perasaan yang aneh , ya aneh dan tersangat aneh . Puas dah cari sebab dan punca , tapi fikiran ini sering mengingatkan aku kembali pada zaman kain biru . Tahu ke apa zaman kain biru tu ? Zaman sekolah menengah lah . Rindu nak lalui kembali zaman itu , kat situ dan disitu di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KHIR JOHARI TANJONG MALIM aku kenal dengan Siti Noor Faizah , Sharizan , Siti Zulaikha , Nurfaizatul Ikmar yang sehingga kini masih menjadi sahabat aku , yang masih menjadi pendengar setia dan masih mahu mendengar celoteh dan rengekan aku yang kadang-kadang sampai korang pun naik rimas kan . 

Aku selalu dengar dan orang tua-tua pun selalu cakap , zaman yang paling mencabar ialah zaman remaja iaitu zaman kain biru ni lah . Masa ni lah kita baru nak mengenal dunia , yelah dulu masa sekolah rendah kita nerd je , apa yang mak ayah cakap dengar je sikit pun tak melawan , cikgu cakap pun dengar je , kerja sekolah semua siap . Tapi aku je yang selalu tak siapkan kerja sekolah lepastu kena denda menangis-nangis dan esoknya buat lagi . Aku memang tak suka buat kerja sekolah sampai lah aku dah nak SPM tahun lepas . Nampak pemalas tahap garfield kan . Masa sekolah rendah mana tahu pasal couple-couple ni geli lah konon , haram , budak lelaki terpegang tangan masa main kejar-kejar waktu rehat pun dah menangis , eccecehh tu masa sekolah rendah . Bila dah naik sekolah menegah dah pandai dah , jumpa mamat jambu-jambu , cute-cute ala ala popeye pun dah kira hensem bebeno lah masa tu . Masa tu mula lah teringin nak bercouple-couple ni , tambahan pula kawan-kawan semua ada pakwe , teringin juga nak ada kan . Tapi bila difikirkan balik tak dapat apa pun couple time sekolah ni , buang masa dan tenaga je tahu , buang duit mak bapak pun ye juga . Mana taknya sibuk nak top-up , pastu hari minggu keluar dating tu belum lagi beli hadiah time birtday time anniversarry tiap-tiap bulan . Tapi aku tak pernah dapat pun , ni yang aku paling sedih dan jeles dengan kawan-kawan aku dulu . Nampak tak yang aku menyesal gila ni . Serious , aku tak boleh ingat kalau aku ingat aku rasa nak marah . Ni tengah menahan kemarahan ni . Tapi semua tu sebenarnya yang membuatkan aku menjadi lebih matang walaupun tak lah berapa nak matang sangat kan . Semuanya tu aku jadikan pengajaran untuk aku di masa hadapan dan aku simpan menjadi kenangan yang tak mungkin aku lupa  .

Lagi 3 hari saja lagi aku akan melangkah ke dunia yang baru  , lepasni aku akan menjadi seorang mahasiswi yea , bangga rasanya dari darjah 6 lagi aku selalu berangan sampai terbawa-bawa , ni sebab pengaruh drama dekat tv sebab tu aku tak suka tengok tv , cepat terpengaruh . Aku akan hidup berdikari selepas ini , ye aku dah besar dah cukup besar untuk hidup berdikari . Actually , aku belum bersedia untuk itu tapi aku sedang mencuba dan berusaha untuk bersedia . Aku yakin aku boleh . Teringat pula aku dekat lagu ni kan " Jika kau fikirkan kau boleh , kau hampir boleh melakukan " . Aku nak berjaya wey , nak tunjuk dekat semua orang yang aku pun boleh berjaya juga , aku ada cita-cita tak macam mat jenin yea , macam korang selalu cakap . nak buat macam mana kalau aku dah kuat berangan . Aku tak nak dengar lagi lah orang cakap aku mengada-ngada lah , anak mak lah , manja lah , banyak songeh lah , lembab lah , dan yang paling tak boleh aku terima sekali orang cakap macam ni " Kau tak apa aten , duduk saja pun takpa , Bapak kau kaya " . Senang nya kau bercakap kan kan . Aku ni yang kayap . Takpa , aku terima je apa yang korang nak cakap , redha je .

Walau jauh mana pun kita melangkah , setinggi mana pun kita mendaki , sedalam mana pun kita menyelam ingat lah dimana asal usul nya diri kita , jangan pernah lupa diri , hargai orang-orang yang berada disekeliling kita , jangan pernah lupa pada orang yang berjasa pada kita , sentiasa meminta dan memaafkan orang , sentiasa perbaiki diri . Kalau rasa macam dah lupa diri tu , cuba ingat balik pada asal nya . Jadi kan kenangan yang manis atau pun pahit tu sebagai pengajaran , supaya kita akan bersedia untuk hadapi kenyataan yang akan datang yang jauh lebih mencabar .
___________________________________

  • Aku pernah dapat surat cinta masa aku darjah 3 . "Saya suka dekat awak sebab suara awak merdu ". Kelakarkan , tapi budak tu comel . haha 
  • Aku taknak cakap benda ni , tapi aku kena cakap juga . "Zarina , aku rindu dekat kau ".
  • Awak , saya nak tahu banyak benda tentang awak tapi saya tak tahu nak tanya macam mana .


p/s: Aku rasa aku dah matang . ==''
Nurfatin Azma Abdullah <3

Friday, September 16

Seronok dengan mereka . ;)

Assalamualaikum dan hai !
Hari ni awal dari yang biasa aku bangun , haha ,itu pun setelah beberapa kali dikejutkan dari mimpi yang berepisod setiap hari . Setelah dirancang beberapa hari yang lalu . Akhirnya dapat juga nak jumpa kawan-kawan baik aku semua kan walaupun tak ramai yang boleh join , jadi yang ada jelah yang sudi meluangkan masa yang terlalu singkat ni , kawan-kawan ni lah yang dulu masa sekolah sama-sama ponteng kelas , sama-sama kena marah , sama-sama kena denda , sama-sama rehat ikut time sendiri pastu nampak cikgu disiplin , lari tak ingat dunia , seronok dan kelakar bila ingat zaman sekolah dulu . Dah hampir setahun aku meninggalkan zaman persekolahan , kawan-kawan pun dah ramai yang membawa haluan masing-masing , ada yang bekerja , ada yang berkahwin dan ada yang sedang berjuang untuk mengejar cita-cita . Alhamdulillah semoga kalian beroleh kejayaan dunia dan akhirat . ;)









































































Nah ! hambeekk . haha . Macam-macam ragam kan , sebenarnya kitaorang teringin nak masuk pancaragam sekolah dulu , tapi almaklum lah sekolah kitaorang takada dulu . haha
Terima kasih kepada Sharizan Samad , Siti Noorfaizah Shahedi , Suhaidi Adnin Mat Said and tak lupa juga dekat adik-adik aku yang ikut tadi Nur Alia Izati dan Nurliyana Afrina untuk hari ini , seronok gila lah . Lain kali jumpa lagi yea . ;)


Daa !

p/s: kenangan yang membuatkan kita menghargai sesuatu perhubungan , semoga ia kekal selamanya . :')

Nurfatin Azma Abdullah <3