Saturday, April 27

Today is saturday, tomorrow is sunday


Assalamualaikum dan hai!

Today is saturday, tomorrow is sunday. Yeah, cuti yang sangat awesome *sangat. Cuti macam ni lah aku akan ambil kesempatan yang ada untuk merehat-rehatkan diri, menenang-nenangkan fikiran *eceh. Walaupun 4 hari je kelas untuk semester ni, tapi aku kena hadap 4 kelas dengan subjek-subjek yang tough setiap hari. Damn! *haha, apokah ? Hidup aku sangat tidak terurus untuk semester ini, makan entah kemana, tidur entah kemana, telefon pun dah main campak merata-rata, aku hanya kasi makan bila perlu. Tak ada masa untuk berfoya-foya. Ini semester pendek yang sangat memenatkan jiwa, raga dan otak *over


Aku tak merancang untuk kemana-kemana memandang kan poket sangat-sangat-sangat. Pesta buku pun aku terpaksa abaikan dengan begitu sahaja, baucher buku pun dah habis aku belanjakan . Jadi aku mengambil keputusan untuk menetapkan diri di villa desa view dengan megahnya. Banyak kerja yang perlu disiapkan. Jangan jadi pemalas untuk semester ini fatin *chayok chayok ! 

Tuesday, April 23

Indahnya menemukan sang tulang rusuk diri !

Assalamualaikum dan hai !
Aku terjumpa article ni dekat blog kakak cantik ni http://rnadiasabrina.blogspot.com/ (klik), jadi aku berminat untuk sharekan article ni dekat korang sebab kata-katanya yang sangat menarik dan mendalam. *Sebenarnya penulis asalnya tak dapat nak dikenalpasti. 

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka , hati, pikiran, perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.
Apalagi yang tidak ada di surga,
namun Nabi Adam a.s tetap merindukan Siti Hawa.
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, istri, atau puteri.
Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh
lelaki, tetapi kalau sendiri yang tidak lurus,
tidak mungkin mampu hendak meluruskan mereka.
Tak logis kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah mereka dengan petunjuk Allah,
karena mereka diciptakan begitu rupa oleh-Nya.
Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya:
Jangan coba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar…
Jangan hibur mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita…
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah…
Kenalkan mereka kepada Allah, Dzat yang kekal, di situlah kuncinya
Akal setipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu….
Hati yang serapuh kaca, tebalkan ia dengan iman….
Perasaan yang selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak….
Suburkanlah, karena dari situlah nanti mereka akan nampak
penilaian dan keadilan Tuhan.
Akan terhibur dan berbahagialah mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik
dunia, presiden ataupun perdana menteri ataupun women gladiator.
Bisikkan ke telinga mereka bahwa kelembutan bukan suatu kelemahan.
Itu bukan diskriminasi Tuhan.
Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan, karena rahim wanita yang
lembut itulah yang mengandung-kan lelaki2 wajah: negarawan, karyawan,
jutawan dan wan-wan lain
Tidak akan lahir superman tanpa superwoman.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan.
Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak bisa diluruskan,
bahkan mereka pula membengkokkan.
Lebih banyak lelaki yang dirusakkan oleh kaum perempuan…daripada
perempuan yang dirusak oleh laki-laki…
Sebodoh-bodoh perempuan pun bisa menundukkan sepandai-pandainya lelaki.
Itulah akibat apabila wanita tidak kenal Tuhan.
Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki.
Kini bukan saja banyak boss telah kehilangan secretary, bahkan anakpun
akan kehilangan ibu, suami kehilangan istri
dan bapak akan kehilangan puteri .
Bila wanita durhaka dunia akan huru-hara.
Bila tulang rusuk patah, rusaklah jantung, hati dan limpa.
Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepemimpinan.
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri
dahulu kepada-Nya.
Jinakkan diri dengan Allah, niscaya jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita.
Jangan mengharap istri seperti Siti Fatimah,
Kalau pribadi belum lagi seperti Sayidina Ali.

Sunday, April 14

New semester, be nice dear :)

Assalamualaikum dan hai !

Alhamdulillah, akhirnya berjaya menghabiskan semester 5 yang sangat mencabar. Result pun dah keluar, Alhamdulillah. Ni semua atas berkat doa mama ayah, kawan-kawan, Thank you so much.

Tahniah kepada semua kawan-kawan. Berkat usaha kita semua terbalas kan. Alhamdulillah. Mana yang kurang berjaya, insyaAllah semester akan datang usaha lagi. Usahakan tangga kejayaan. :)

Actually, pointer ni hanya satu bonus untuk kita, yang penting ilmu yang kita dapat tu. Apa yang telah dikongsikan sepanjang pembelajaran sepanjang semester. Akan datang kita akan guna juga ilmu tu balik.

Esok dah bermula semester yang baru. Yahuu !

Saturday, April 6

Jom wechat :D ! The new way to connect .

Assalamualaikum dan hai !

Semakin maju teknologi semakin berkembang dunia. Sekarang ni macam-macam cara untuk berhubung dengan family, kawan-kawan, dengan orang ramai. Semuanya dihujung jari anda *ala-ala model iklan.

Ni nak perkenalkan dekat korang satu application yang menarik, boleh buat panggilan video korang boleh face to face sembang macam kat kedai mamak, korang boleh buat perbualan suara nak menyanyi ke menjerit ke semua boleh, berbual secara berkumpulan dan lain-lain lagi. Korang boleh ke http://www.wechat.com untuk maklumat lanjut :)



Wechat iD: Azfa0207.

Monday, April 1

Selamat malam.

Assalamualaikum dan hai.

Selalunya sebelum tidur aku akan recall balik, apa yang aku buat untuk hari tersebut. Berapa banyak kebaikan, berapa banyak keburukan yang aku dah buat. Selalunya sebelum tidur lah waktu yang sangat sesuai untuk kita muhasabah diri. Kita timbangkan balik buruk dan baiknya, betul salahnya. Supaya kita boleh perbaiki lagi untuk hari esok. Masa ni lah kita boleh fikir apa yang kita buat siang tadi tu betul atau salah. Berapa banyak dah mengumpat orang, berapa banyak tipu mak ayah, buang sampah merata-rata, main twitter dalam kelas. Berapa banyak pula buat ibadah solat, mengaji, bersedekah.


Kita sendiri yang kena ubah diri kita dan bukan orang lain. Tapi dah sifat manusia kan. Masa teringat macam ni lah baru terfikir nak berubah. Kalau time enjoy tu, lupa diri. Masa tu dah tak ingat baik atau buruknya. Sebab tu kita sentiasa kena ingat mengingati satu sama lain. Jadi sama-sama boleh jadi baik. Sama-sama boleh buat pahala banyak-banyak. Kalau dulu solat tak cukup 5 waktu, sekarang cuba untuk cukup kan. Dulu selalu mengumpat orang, sekarang suka mengaji pula. 


Okay, sampai sini saja. Selamat malam !
Eh, sebelum tidur baca doa dulu. :)