Wednesday, October 31

Good luck Fatin !

Assalamualaikum dan hai !

Kononnya ni nak melelapkan mata yang terlalu mengantuk . Tapi bila tengok jam dah nak dekat senja , maka dengan sukacitanya kena batalkan hasrat yang murni tu . Bila hujan-hujan macam ni mula lah malas nak bergerak rasa nak baring atas katil tak nak bangun-bangun . *melampau gila pompuannn ni .

Esok dah nak pulang ke istana . Aku kena teruskan lagi kehidupan disana . Mungkin sampai aku nak grade nanti aku tetap disana . Ni namanya penghuni setia ,tak berpaling tadah punya . Kalau buat aku jadi girlfriend kompem tak menyesal . *kan Azneel :)

Hari jumaat ni adalah hari aku . Hari untuk aku memerah segala ilmu yang aku dah peram dalam otak ni . Dalam dua ke tiga hari ni aku jadi seorang yang sangat rajin untuk membuka buku dan menghafal segala fakta makta yang ada . Aku jarang jadi rajin macam ni kecuali dalam study week . *sila beri tepukan gemuruh .

Semoga kejayaan milik kita bersama . :D

Tuesday, October 30

Pergi jaga tepi kain kau .

Assalamualaikum dan hai .

Ni nak cakap pasal jaga tepi kain orang ni . Orang sekarang memang cepat melenting , pantang ditegur mula lah kan . Penuh wall Facebook/Twitter dengan status perli memerli , maki memaki . Lumrah lah tu . Sekarang ni laman sosial tu dah jadi medan utama nak lepaskan perasaan tak kisah pasal apa pun . Sedangkan nak berak pun orang post dekat facebook siap tag-tag , ni semua annoying tahu .

Okay , berbalik pada kain . Huh ! kenapa mesti nak cakap "sibuk jaga tepi kain orang , sedangkan tepi kain kau tak terjaga " . Ni ayat zaman main masak-masak dulu tahu . Persoalannya disini , kalau tak ada manusia-manusia yang menjaga tepi kain korang ni , korang akan lupa diri tak sedar diri . Mungkin korang tak suka orang menyibuk hal korang yang korang rasakan tu hak korang . HAK MEROYAN HAK KAMI .

Sekarang ni pun orang dah takut nak menegur , takut digelar penjaga tepi kain orang . Tak semua penjaga tepi kain orang ni kaki penyibuk , kaki jelous tengok bulu mata kau lagi lentik dari penyapu . Mungkin dorang care , dorang tak nak korang ikut jalan yang korang rasa korang betul . "Suka hati kita lah yang awak sibuk kenapa ? kubur masing-masing kan " Memang masa kau meninggal nanti kau yang mandi , kau yang kapan , kau yang sembahyang , kau yang tanamkan diri kau sendiri kan ? :) 

Salahnya si penjaga kain orang ni , ada sesetengahnya terlalu over sampai diri sendiri pun tak terurus . Contohnya , rambut tak sempat sikat , baju tak sempat basuh , nak masak untuk laki pun tak sempat . So , jadilah penjaga tepi kain orang yang berkualiti .

Bukan ke kita hidup ni kena saling tegur menegur . Baru hidup ni tak huru hara . 

Monday, October 29

Tudung .



Kalau perempuan yang pakai tudung buat dosa mesti orang akan cakap " Dah la pakai tudung buat dosa pula , buat malu je " .
Kalau perempuan free hair buat dosa mesti orang akan cakap " Normal lah tu tudung pun tak pakai , memang patut pun " . 

Pakai tudung atau tak pakai tudung bukan satu-satunya cara nak buktikan seseorang tu buat dosa atau tak buat dosa . Tak semestinya orang yang pakai tudung tak pernah buat dosa dan orang yang free hair tak pernah buat pahala .

Tapi ramai yang cakap yang tak pakai tudung tu sah-sah ke neraka .
*PEMBETULAN .

Siapa kita nak tentukan syurga dan neraka seseorang . Renung-renungkan dan selamat beramal :)


Air dan gula .

Assalamualaikum dan hai .

Bila cakap pasal hati dan perasaan ni ramai yang sentap . Mula lah nak update status bagai . Frust , sakit hati , marah . Gelabah je semua tu .
Kita ni hidup sekali je . Jadi gunakan peluang yang ada ni dengan sebaik-baiknya .
Kadang-kadang kita yang bercakap ni belum tentu betul , tapi kan nasihat-menasihati tu perlu . Baru kita sama-sama boleh perbaiki diri , jangan nak tunjuk diri dah terlalu bagus . Egois je semua tu , dalam erti kata lain "BODOH SOMBONG" *maaf .

Hidup kalau tak ada matlamat , serupa la macam air tanpa gula , aku tak tahu apa kene mengena dengan air dan gula . Tapi yang pasti bila air tak ada gula , macam mana kita nak rasa sedapnya air tu . Macam tu juga dengan matlamat . Tanpa matlamat boleh ke kita nak hidup macam orang lain . Kereta besar , rumah besar , hidung pun besar . Kita tak boleh nak nikmati hidup dengan sebaik-baiknya . Sedangkan pengutip sampah pun ada matlamat hidupnya , nak menyara keluarga , nak bagi anak-anak makan , pergi sekolah untuk ubah kehidupan mereka . Sedangkan semut pun ada matlamat . Apatah lagi manusia . 

Selagi kita hidup , selagi kita berada ditempat yang tinggi jangan sesekali memandang rendah pada orang yang berada di bawah . Manusia diciptakan dengan akal . Dan akal itu untuk berfikir , dengan berfikir manusia boleh mengubah cara hidup sendiri , manusia boleh meletakkan matlamat hidupnya sendiri , manusia boleh bersyukur dengan pemberian Illahi . Alhamdulillah . Mudah-mudahan kita semua dirahmati . 



Wednesday, October 10

Bulan ni bulan stress !

Assalamualaikum dan hai !
Ingatan tiba-tiba melayang dekat rumah . Apa ni apa ni ?!! Rindu sangat dekat mama , ayah dengan adik-adik ! Mula lah air mata ni mudah je nak mengalir . Ini bulan sangat stress ! semua lecture sibuk nak buat segala presentation, mock teaching, practical test, quiz, tak cukup dengan tu assingment lagi . Aku sangat stress ! kau apa tahu . Dan sekarang aku hanya fikir bila lah nak habis sem ni ? Aku tak larat dah oii ! Bila bangun pagi-pagi aku sangat berharap yang aku dah graduate . Mimpi !

Hari ni awal pagi lagi aku dah bangun . Dengan semangat yang waja nak register class . Dengan muka tahan mengantuk . Lastly , pukul 12.30 tadi baru siap . Aku dah terlepas satu class pagi ni gara-gara online system yang slow ! macam siput . huh !


Time Table