Wednesday, October 31

Good luck Fatin !

Assalamualaikum dan hai !

Kononnya ni nak melelapkan mata yang terlalu mengantuk . Tapi bila tengok jam dah nak dekat senja , maka dengan sukacitanya kena batalkan hasrat yang murni tu . Bila hujan-hujan macam ni mula lah malas nak bergerak rasa nak baring atas katil tak nak bangun-bangun . *melampau gila pompuannn ni .

Esok dah nak pulang ke istana . Aku kena teruskan lagi kehidupan disana . Mungkin sampai aku nak grade nanti aku tetap disana . Ni namanya penghuni setia ,tak berpaling tadah punya . Kalau buat aku jadi girlfriend kompem tak menyesal . *kan Azneel :)

Hari jumaat ni adalah hari aku . Hari untuk aku memerah segala ilmu yang aku dah peram dalam otak ni . Dalam dua ke tiga hari ni aku jadi seorang yang sangat rajin untuk membuka buku dan menghafal segala fakta makta yang ada . Aku jarang jadi rajin macam ni kecuali dalam study week . *sila beri tepukan gemuruh .

Semoga kejayaan milik kita bersama . :D

No comments: