Tuesday, April 19

surat cinta dah sampai..

mama:along oh along,surat PLKN kau dah sampai (sambil menepuk nepuk lembut bahu aku membuatkan aku rasa nak tidur dengan lebih lame lagi)
aku:dah sampai dah ?(sambil menyambut surat tersebut dengan mata yang terpejam)

dengan penuh berhati hati dan perlahan lahan aku membuka surat yang sememangnya sudah terbuka
agaknya mama  ayah dah baca kot dan sememangnya ya..
dengan penuh kepayahan dan usaha yang tinggi aku cuba membuka mata yang terasa amat berat sambil itu aku amati setiap ayat dan tulisan komputer yang tertera pada surat dan borang borang yang perlu di isi lalu aku cuba membuka mata sebesar yang mungkin untuk memahami setiap bait bait puisi(hiperbola)

 *muka depan surat dan dibawah nya tertera logo PLKN

*nama penuh siap no ic lagi tak lupa juga alamat surat 
menyurat yang lengkap

akhirnya sampai juga surat cinta aku ni yea..
setelah berbulan rasanya menunggu menunggu dan sabar menunggu
melompat lompat kegembiraan dan menangis sampai terduduk dengan perasaan yang tak sabar nak pergi~tangan di dada mata ke atas~x)
ditambah pulak berguling guling di atas tilam sambil menarik selimut lalu kembali tidur



nurfatin azma

Sunday, April 17

aku cuba mencari satu jawapan

aku tak pernah meminta jauh lagi melutut untuk mendapatkan sesuatu
aku cuma minta sesuatu melalui anak mata yang menginginkan seseorang untuk memahaminya
tak perlu banyak hanya sesuku itu sudah cukup bagi aku
aku tak pernah salahkan sesiapa jauh sekali menunding jari kerana aku juga punya kelemahan
kadang kadang aku juga terlupa untuk memahami dan mengenali
aku tidak pakar dalam hal itu 
tapi aku boleh membaca apa yang dirungutkan dalam hati dia
tapi cukup sekadar ia berlegar di ruang kepala aku biar aku saja yang tahu
aku akan cuba mengikut rentak dan kemahuan dia
tapi pernah kah dia mendengar dan menghayati segala rintihan dan tangisan yang sering aku nyanyikan
pernahkah dia cuba untuk mentafsir dan mencari maksud disebaliknya
mungkin dia tidak pernah ambil kesah atau aku yang tidak pernah tahu
kadang kadang virus jahat cuba menguasai menganggu sistem saraf dan otak
menjadikan aku letih dan penat adakala aku abaikan sehingga aku perlukan bantuan pernafasan
persoalan tanpa jawapan yang sering muncul di layar fikiran
adakah aku di perlukan atau aku hanya satu permainan 
aku sudah mula menerima dan tabah menghadapi walaupun masih belum aku lalui saat itu
supaya aku sudah cukup bersedia apabila aku sudah dapatkan satu jawapan mudah
tanpa airmata tanpa senyum terpaksa mungkin jua tanpa membutakan mata atau membatukan hati
aku belajar untuk tidak menjadi lemah aku belajar untuk menjadi kuat tanpa bergantung
aku cuma perlukan seseorang untuk memimpin dan memberi kata semangat ketika aku jatuh terlentang
tak perlu memberikan layanan istimewa hanya perlu menyediakan aku satu ruang kecil sudah cukup buat aku


nurfatin azma

Thursday, April 14

bleh tak kalau tak pergi ?

semalam aku dapat satu panggilan dari seorang kawan..

AA:Kau dah tahu dah kau dapat PLKN kat mane ?
AKU:Belum,asal kau dah tahu ke ?
AA:Kau taip PLKN KEM pastu NO IC kau hanta kat 15888.Dah dapat tahu mesej aku.
AKU:Okey okey.Kau dapat kat mana ?
AA:Aku dapat kat Gunung Semanggol.

Aku dengan perasaan ABC menunggu dan terus menunggu..
15 MINIT KEMUDIAN..

RM0.20 PLKN:KUMP 2.
KEM:KEM PLKN JIWA MURNI,GUNUNG SEMANGGOL,PERAK
PKP:PADANG MAJLIS DAERAH TANJUNG MALIM.
LAPOR:17-MAY-2011 9.30 PAGI

Rasa nak Meleleh air mata tapi disebabakan ramai kan..
Terpaksa di tahan sampai habis keje la..
dalam hati berkata kata(ntah pape kan ayat ny)
Mama tak nak pergi...='(
Bermakna kem aku sama dengan pakcik AA..
Atleast ada jugak kawan kan kan..

WRITE NEW
MESSAGE
"AKU DAPAT KEM SAMA DENGAN KAU"
SENT TO:AA

CONTACT
NAME:DIDI SAYANG
CALL
TUTT TUTT TUTT TUTT
AKU:Sayang,mimi dah dapat tahu dapat PLKN kat mana.
DIDI SAYANG:Dekat mana ?
AKU:Mimi ada keje,kejap mimi fwd msj tu yea.

INBOX
OPTION
FORWARD
SENT TO:DIDI SAYANG

Balik rumah aku terus bukak laman web rasmi PLKN
Semakan Penempatan
Untuk Kumpulan 2 Siri 8/2011  
NRIC :
Contoh : 931212115050


Semakan Status Terpilih Dan Semakan Penempatan Bagi Siri 8/2011


NAMA:NURFATIN AZMA BINTI ABDULLAH
NO. KAD PENGENALAN:93121210XXXX
KUMPULAN:2
PUSAT BERKUMPUL:PADANG MAJLIS DAERAH TANJUNG MALIM
NEGERI PUSAT BERKUMPUL:PERAK
NAMA KEM:KEM PLKN JIWA MURNI, GUNUNG SEMANGGOL, PERAK
ALAMAT KEM:MATANG TIMBUL
KAMPUNG SELAMAT
POSKOD KEM:34020
BANDAR KEM:SEMANGGOL
NEGERI KEM:PERAK
TARIKH LAPOR:17-MAY-2011
MASA LAPOR:9:30 PAGI
NPP:
CATATAN:






JANGAN KACAU BUAT SEMENTARA SEDANG BEREMOSI.


(Kadang kadang aku ni sengak jugak kan.Tolong cakap ye)
Berita baik:Aku baru cek Siti punya kem kat mana..Sama bebe..yehhh !(=



:




nurfatin azma


Wednesday, April 13

sumpah !aku sayang ...


aku manusia bertuah
dan aku rasa kau pun bertuah
cukup bertuah

semuanya bermula dari A dan berakhir dengan Z
mari aku mulakan dengan M dan A
"KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA,KASIH AYAH BERKORBAN NYAWA"

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada
Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya
Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa
Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia


along bangga ada Mama dan Ayah yang hebat..
along bangga jadi anak mama dan ayah..
terima kasih mama..
terima kasih ayah..

mama ayah..kadang kadang along terlupa along terleka
mama ayah..kadang kadang along tersilap tutur kata
mama ayah..kadang kadang along menipu
mama ayah..kadang kadang along melawan
maafkan anak mama dan ayah ini..
suatu hari nanti akan along balas walaupun tidak ternilainya jasa mama dan ayah..
mama ayah..terima kasih atas segalanya

seterusnya..
aku sambungkan isi dengan huruf S
"AIR DICINCANG TIDAK AKAN PUTUS"

Biar adakalanya dia buat kau kecewa
Biar adakalanya dia buat kau gundah
Tetapi tak mengapa kerna dialah juga
Yang mengambil hatimu bila keadaan reda
Oh kita bersaudara kerna slalu mengalah
Tak guna marah marah nati berbaik juga
Oh kita bersaudara tak guna gaduh gaduh
Kerna air dicincang tidak akan putus
Biar kau dalam susah semua orang tak menegur
Agaknya tangan siapa yang sudi menghulur

Jika tak adik beradik yang tak mungkin berkira
Walau sekali kau beri selalu yang kau terima
Oh kita bersaudara
Oh kita bersaudara kerna slalu mengalah
Tak guna marah marah nati berbaik juga
Oh kita bersaudara tak guna gaduh gaduh
Kerna air dicincang tidak akan putus



korang..kadang kadang kita rasa iri hati
korang..kadang kadang kita rasa cemburu
korang..kadang kadang kita rasa kecewa
tapi kita tetap bersatu susah senang sama sama
berkongsi cerita berkongsi harta benda
kita kan berSaudara darah daging yang sama
korang..terima kaih atas segalanya

sekarang..
aku sambungkan sinopsis cerita dengan huruf K
"YOU MY ONLY ONE"

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

sayang..kadang kadang muncul rasa curiga
sayang..kadang kadang muncul rasa tidak percaya
sayang..kadang kadang tertanya tanya
kau hadir saat aku hilang 
kau hadir saat aku kesakitan
kau terima segala kekurangan 
sayang..terima kasih atas segalanya


akhirnya..
aku tutup pengakhiran dengan R
"FRIEND FOREVER"

Kau dan aku ,adalah satu
Tak kira apa
Segala rintihan aku ,engkau selalu ada
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa
Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti
Semua tak terang di mataku ,walau warnanya menyala
Ingin merasa namun aku takkan cuba
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa
Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti
Biar sampai akhirnya nanti



rakan..kadang kadang kita berselisih faham
rakan..kadang kadang kita tak bertegur sapa
rakan..kadang kadang kita bertikap lidah
di saat tiada insan lain di sisi rakan sebagai teman
menjadi pelengkap sebuah kehidupan
rakan..terima kasih atas segalanya


kita pernah ketawa bersama
kita pernah menangis bersama
kita pernah jatuh bersama
kita pernah bangun bersama
aku hargai mereka yang menjadi watak utama dalam hidup aku
aku juga hargai mereka yang pernah menjadi watak sampingan dalam hidup aku
yang pernah melengkapkan jalan cerita hidup aku..
aku juga hargai insan yang bakal memegang watak watak dalam hidup aku
agar perjalanan cerita aku yang masih panjang ada pengakhiran..
yang hebat





nurfatin azma