Sunday, April 17

aku cuba mencari satu jawapan

aku tak pernah meminta jauh lagi melutut untuk mendapatkan sesuatu
aku cuma minta sesuatu melalui anak mata yang menginginkan seseorang untuk memahaminya
tak perlu banyak hanya sesuku itu sudah cukup bagi aku
aku tak pernah salahkan sesiapa jauh sekali menunding jari kerana aku juga punya kelemahan
kadang kadang aku juga terlupa untuk memahami dan mengenali
aku tidak pakar dalam hal itu 
tapi aku boleh membaca apa yang dirungutkan dalam hati dia
tapi cukup sekadar ia berlegar di ruang kepala aku biar aku saja yang tahu
aku akan cuba mengikut rentak dan kemahuan dia
tapi pernah kah dia mendengar dan menghayati segala rintihan dan tangisan yang sering aku nyanyikan
pernahkah dia cuba untuk mentafsir dan mencari maksud disebaliknya
mungkin dia tidak pernah ambil kesah atau aku yang tidak pernah tahu
kadang kadang virus jahat cuba menguasai menganggu sistem saraf dan otak
menjadikan aku letih dan penat adakala aku abaikan sehingga aku perlukan bantuan pernafasan
persoalan tanpa jawapan yang sering muncul di layar fikiran
adakah aku di perlukan atau aku hanya satu permainan 
aku sudah mula menerima dan tabah menghadapi walaupun masih belum aku lalui saat itu
supaya aku sudah cukup bersedia apabila aku sudah dapatkan satu jawapan mudah
tanpa airmata tanpa senyum terpaksa mungkin jua tanpa membutakan mata atau membatukan hati
aku belajar untuk tidak menjadi lemah aku belajar untuk menjadi kuat tanpa bergantung
aku cuma perlukan seseorang untuk memimpin dan memberi kata semangat ketika aku jatuh terlentang
tak perlu memberikan layanan istimewa hanya perlu menyediakan aku satu ruang kecil sudah cukup buat aku


nurfatin azma

No comments: