Sunday, August 28

selamat hari raya ;)

Assalamualaikum
Lagi sehari je kan nak raya . Cepat je masa berlalu . Bermakna bulan ramadhan akan meninggal kan kita dan bulan syawal pula akan menyusul .
Jadi di kesempatan ini . Saya Nurfatin Azma Bt Abdullah bernombor kad pengenalan 931212-10-xxxx ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin . 


Kepada semua yang mengenali saya Nurfatin Azma Abdullah ni .
Maafkan semua salah silap saya ye .
0-0 okay . ((= 


Nurfatin Azma Abdullah  

Friday, August 26

kisah nak raya ;)

 Assalamualaikum .
Pejam celik pejam celik sudah hampir sebulan kita menunaikan rukun islam yang 3 .
Alhamdulillah , mudah mudahan semua amalan kita dibulan puasa yang mulia ini diterima oleh Allah S.W.T . AMIN . .
Tinggal beberapa hari je lagi . Kita semua akan menyambut hari raya aidilfitri .
sana sini lagu raya dah berkumandang , kat tb , radio . iklan iklan raya pun dah banyak . rancangan kat tb time raya pun best best . tak payah pergi wayang dah . haha . padahal cerita yang sama di ulang . raya cina itu , deepavali pun itu . haha . tak kisah la .
mercun mercun pun dah berdentang dentum . kampung ni lawan kampung ni . tengok mana lagi kuat bunyinya . lawan lawan jugak . keselamatan diri perlu jaga . nanti ada yang putus tangan , buta mata . karang tak pasal pasal raya kat hospital .
Semua orang sedang sibuk membuat persiapan raya . Ada yang buat kuih sampai ke pagi , tu yang sampai hangus hangus biskut raya . haha . jahit langsir .  jahit baju . kalau bolah tahun ni semua nak ikut tema . merah , biru , hijau . hehe . meriah kan . 
yang dah berkeluarga sampai bergaduh gaduh , masing masing nak balik kampung sendiri , yang bekerja pulak bertungkus lumus membodek boss mintak cuti , yang belajar tak sabar sabar nak balik siapkan segala assigment secepat mungkin yang selama ni tak rajin pun nak siapkan cepat cepat , semua dah sibuk nak balik kampung , beli tiket bas , keretapi . semangat bebenobeno dah . 
budak budak la paling excited sekali nak sambut raya ni . dengan baju baru , kasut baru, siap try try lagi , sampai naik lunyai baju tu , haha  , beg baru , penting tu nanti senang nak simpan duit raya . dalam kepala dah target dah , 1st pergi rumah cik kiah , cik jenab pulak , pak berahim . pastu siap bet lagi duit raya sapa paling banyak , siap gaduh gaduh guling guling lagi . masing masing nak menang . budak budak kan . 
tak lupa jugak mak mak budak , baju berpasang pasang mengalahkan anak , dengan sofa baru , langsir baru , peti sejuk baru , kalau boleh semua nak baru . bapak jugak yang pening . gugur habis rambut . dah la rambut memang kurang dah . dah macam padang botak sg behrang . haha
macam macam ragam kan orang nak raya .
tapi tak lupa jugak , ada insan yang kurang bernasib baik .
raya tanpa insan tersayang yang mungkin telah menghadap ILLAHI , tanpa baju raya , kasut raya .
serba kekurangan . 
 dalam islam pun ada menyuruh kita bersederhana dalam apa keadaan sekalipun . sebab disuruh kita beringat , ada insan yang kurang bernasib baik . tidak membazir . lagipun raya ni bukan nak suruh kita bermewah mewahan tapi sebenarnya nak menyambut kemenangan kita berpuasa selama sebulan . so , renung renugkan lah dan selamat beramal . :)


nurfatin azma abdullah   


Thursday, August 25

Thursday, August 11

edisi khas : bila puasa .

assalamualaikum . .
hye semua !

pejam celik pejam celik  hari ni dah masuk 11 hari kita berpuasa .
rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat berpuasa untuk semua umat islam yang berada di Malaysia dan diluar negara . ( bajet mcm orang baca blog kau ! ) haha
sempena bulan puasa yang mulia ni kan , 
aku nak share dekat lah story kat korang macam mana aku smabut puasa kan . 
tetiap tahun malam esoknya nak berpuasa tu
kiteorang adik beradik dah tunggu depan tb , semua senyap je mata tak berkelip kelip ( tak pernah sesenyap tu ), tak sabar sabar nak dengar pengunguman puasa ,
sebelum ni tak pernah pernah pun beriya nak tengok berita . malam tu tengok . haha
agak agak dalam 10 minit pembaca berita tu potpetpotpet .
keluar lah atuk hensem dengan songkok senget . ( eh , yeke ? ) hehe
dari duduk bersila terus berdiri ( ready nak lompat ) . 
lepas je atuk tu cakap ' esok puasa '
semua buat aksi terkinja kinja , lompat tak hengat .
yay ! yay ! tak sabar nak raya .
yang paling sengalnya . bukan suka nak puasa suka nak raya .
padahal puasa pun belum . haha
 time nak bangun sahur je .
tetiap hari mama jadi altraman ketuk pintu bilik macam nak roboh nak kejut sahur . 
maklum lah , anak anak mama ni semua menikmati masa tidur tu dengan sebaik mungkin . baik je masing masing . haha
kat sekolah pulak semua muka macam tengah kebuluran , maklum lah puasa pertama ,
nak bercakap pun rasa macam berat sesangat sangat mulut ,
bila cikgu masuk kelas je ramai ramai mintak nak tidur , 
bila tanya alasan sebab apa ramai ramai jawab 'puasa cikgu' , padahal sebenarnya malas belajar .
yang non muslim pun jawab sekali pulak tu . masing masing ambil kesempatan ,
korang ingat cikgu nak dengar cakap korang . puasa puasa belajar tetap belajar . haha
yang paling seronoknya bulan puasa ni , time nak buka puasa . macam macam makanan ada .
eh eh , hari ni mama masak kuew tiaw . seronok seronok .
esok laksa pulak . lusa mee kari .
kira taim buka puasa je . menu semua gempak gempak tau .
air pula macam macam jenis ada . yelah ramai . sorang nak sirap , sorang lagi nak ribena , sorang nak oren , sorang nak soya , ayah nak kopi , adik aku yang sorang tu je air masak . haha
kalau ikut ayah pergi bazaar . nak beli macam macam . itulah inilah . padahal tak ingat kat rumah dah macam macam mama masak . mentang mentang ayah kau kaya ( padahal bawak sepuluh ringgit je tu ) hehe
konon nak beli kuih sampan je . haha
tapi disebabkan bawa kiteorang ni . dah macam macam kuih beli , kuih bot lah , kuih feri , dan sebagainya .
malamnya pula , ramai ramai pasang pelita , main bunga api , disebabkan aku dah besar tengok jela padahal dalam hati teringin bebeno nak join sekali . 
nak tekinja kinja terlompat lompat . karang lari pulak bebudak tu tengok aku . haha
rasa meriah je sambut puasa . tambah tambah nak dekat dekat raya . satu family pergi shopping baju raya . mama dengan opah sibuk buat kuih raya . 
sehari lagi nak raya tokwan dengan ayah buat lemang . seronok sangat sangat .
bukan selalu dapat macam ni , bekumpul ramai ramai , bulan puasa je dapat .
sebenarnya banyak kelebihannya dalam bulan puasa yang mulia ni .
antaranya , dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan , hubungan antara jiran tetangga , mempertingkatkan ibadah dan macam macam lagi lah . pastu dapat mengawal diri dari berbuat jahat , macam mengumpat ,berniat jahat dekat orang lain .
so , jalani lah ibadah puasa dengan sebaik baiknya , cuba perbaiki diri dan kekalkan nya walaupun puasa dah habis .
mudah mudahan ibadah puasa dan ibadah yang lain lain kita diterima oleh ALLAH , dan mudah mudahan kita semua akan bertemu dengan ramadhan yang akan datang . AMINN ...


Nurfatin Azma Abdullah  

Saturday, August 6

cinta muka buku - by najwa latif


manis kan lagu ni . . =)

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..
Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. Kenakah rasa itu..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku

kenangan itu indah :')


korang . tadi tibatiba tergerak hati nak bukak album gamba time sekolah dulu .

*gambagamba ini dicuri di mukabuku

rindu saatsaat nie . kita pernah belajar samasama . kene marah dengan cikgu samasama . ponteng kelas samasama . 


kita pernah menangis . ketawa . bersama .


walaupun sekarang kita masing masing punya haluan sendiri . tapi korang tetap dihati .
korang . i miss you !


Friday, August 5

kaki dalam timba .


argghhhhhhhhhhhhhh . nak jerit boleh ?
kalau boleh nak berdiri atas bangunan KLCC then jerit sampai tercabut gigi .


aku dalam dunia baru dan hobi baru .
menangis . menung sana menung sini . jadi seorang yang pemalas . denga lagu yang sama berulangulang kali . cakap sorangsorang macam wayar putus . post cakapcakap yang sengal kat dinding . 
macam gile !

semua sebab dia . .


 tolong salahkan dia . . dia punca segalagalanya . macam over gile cipan je aku kan .
pedulik hape . 
sapasapa tolong culik dia bawak dia depan aku .
aku nak ikat dia kat pokok tepi rumah . bia kene gigit dengan kerengga .
padan muke .

rasa macam nak terbang naik kapal terbang kertas pergi ipoh . HAHA 
biee .. i miss you  . . :')


*tajuk takde kene mengene langsung dgn entry . mcm sawan


Thursday, August 4

itu semua kenangan . aku simpan dalam kotak ingatan .

 17 Mei 2011
 KJM

 Mula mula dulu kan . SUMPAH gile aku tak nak pergi PLKN . Aku rasa aku dipaksa untuk pergi ke sini OH NO !  Minggu pertama yang sangat menyeksakan . Jauh dari keluarga . Semua benda diatur dengan jadual ! . Penat . Bosan . Rimas . Dengan tak cukup tidurnya . Bangun seawal 5 pagi untuk mengelakkan aktiviti perebutan bilik mandi . Buat kerja sepantas yang boleh bukan macam siput tutt tuutt yang macam selalu aku amalkan kat rumah . Kene duduk sedorm dengan orang orang yang kerek dan cerek . Kene jadi hipokrit pada mulanya . Konon suci je . Senyum dengan seikhlas mungkin . Tidak ke benda tu terlalu menyusahkan dan errr yeeeww ? Okey nampak macam gedik dan mengada . 
Setelah berhari hari menetapkan diri disitu aku dah boleh menyesuaikan diri . Orang orang yang aku rasa kerek dan cerek pada mulanya . Semua dah macam wayar putus . Seriously , seronok gile kawan dengan korang . Macam duduk dalam taman bahagia (hospital bahagia) . Segala suka dan duka kita kongsi sama sama  menangis sama sama . gelak . mandi . makan . I will miss you all . :')
Yang paling seronok lagi . Aku dapat kenal dengan kawan kawan dari kompeni lain . Tak sangka ada juga orang yang nak kawan dengan aku yang agak pendiam lah kononnya ni dan tak sepopular lisa surihani macam dalam cerita Lagenda Budak Setan tu . Yeke ?
APACHE ! hoi hoi yaa hoi . APACHE APACHER LINE CLEAR ! WAZZUPP ! beruntung dan berbangga gile dapat masuk kompeni ni . Semua wira dan wirawati apache best best . Korang tau tak . Koranglah wira dan wirawati yang paling baik . sopan santun . lemah lembut . kacak . cantik . cun melecun . hensem . hebat . bijak . dll kat kem tu . Dats y lah , kompeni kita boleh mencapai kemenangan dengan bangga dan bermaruah .
Semuanya atas usahasama dan penat lelah kita yang sanggup berkorban apa saja demi apache . TAHNIAH ! ! Tak lupa juga dekat cikgu cikgu yang banyak membantu  menyokong memberi tunjuk ajar serta nasihat yang berguna untuk kami semua . InsyaALLAH , segala ilmu yang dicurahkan akan diingati dan dipraktikkan diluar nanti . :)
 
30 Julai 2011
KJM

Rasa semuanya baru bermula semalam , kita bergaduh , menangis , ketawa sama sama . .
Disini , aku banyak belajar . Satu perkara yang baru yang tak pernah aku tau dan tak mungkin aku dapat ditempat lain . Nilai sebuah pertemuan . persahabatan . perhubungan . dan perpisahan . Disini , aku belajar untuk berdikari tanpa bergantung pada sapa sapa . Aku belajar untuk tidak mementingkan diri sendiri . Aku belajar untuk mengalah . Disini , aku dapat rasakan kesunyian , kerinduan , menangis tanpa ada bahu untuk ditumpangkan . Disini juga , aku rasa aku punya teman . Berkongsi masalah , cerita , pandangan sehingga kadang kadang berlakunya perbalahan .
Aku pasti merindui segalanya disini . Di KJM .


To kawan kawan seperjuangan ku : Mula mula sekali , aten nak mintak maaf seandainya sepanjang perkenalan kita . Aten ada menyakitkan hati mana mana pihak mungkin aten tak sedar . Apa yang terjadi antara kita , aten tak pernah simpan dalam hati . Macam lirik ni . 'YANG TERPAHIT JUA TERMANIS SEMUANYA BAGIKU TERINDAH KU INGATI BUAT SELAMA LAMANYA' . InsyaALLAH ,panjang umur murah rezeki kita jumpa lagi :')


Nurfatin Azma  Abdullah