Thursday, August 22

The conjuring, based on TRUE STORY

Assalamualaikum dan hai.


Malam selasa, aku dengan beberapa roomate aku rancang nak pergi tengok wayang. Cerita yang nak sangat tengok THE CONJURING. Dari rumah lagi aku dah pasang niat nak pergi tengok cerita ni. Esoknya lepas-lepas kelas kitaorang terus gerak dari kolej dengan berbaju kurung. Tak menyempat dah nak tukar baju.
Nasib baik orang tak ramai, mungkin sebab kitaorang pergi masa hari kerja. Jadi dapat lah kitaorang tengok cerita ni . 



Sebelum ni dah terbaca dekat twitter dan blog-blog fasal filem ni. Filem ini diambil berdasarkan kisah benar keluarga Perron yang mendakwa mengalami kes rasukan hantu pada era 1970-an. 

Sinopsis




The Conjuring, Bikin Bulu Kuduk Berdiri


Filem The Conjuring mengisahkan sebuah kisah benar yang berlaku dan sangat menakutkan. Ia menceritakan tentang bagaimana penyiasat paranormal terkenal di seluruh dunia iaitu Ed dan Lorraine Warren telah dipanggil untuk membantu keluarga yang diganggu hantu di sebuah rumah ladang terpencil.
Terpaksa berdepan dengan sebuah entiti jahat berkuasa, Warrens mendapati diri mereka terperangkap dalam kes yang paling menakutkan dalam hidup mereka. Apa sebenarnya berlaku di rumah tersebut? Apakah rahsia tersembunyi?

Annabelle

Kisah Nyata patung Hantu Annabelle Dalam 'THE CONJURING'. Salah satu elemen yang menakutkan dari film THE CONJURING adalah patung yang dirasuki hantu, Annabelle. Tak hanya ada dalam film saja, malah patung ini ternyata juga benar-benar ada di dunia nyata. 


So, siapa-siapa yang tak tengok lagi. Pergi lah tengok . :D

Sunday, August 11

Bila kawan baik dah ada kekasih

Assalamualaikum dan hai.
AMARAN:
Entry ini bukan untuk aku, sekadar post random.

Tadi kawan lama call, lama gila aku dengar dia luahkan perasaan. Ayat yang sama dia ulang 2 3 kali "i tak tahu perasaan i yang sebenar, i tak faham dengan hati i.". Aku setia tadah telinga.

Dia berkawan baik dengan seorang lelaki, bukan orang lain pun kawan-kawan kitaorang juga. Dia antara lelaki yang paling rapat dengan dia. Lastly, bila lelaki tu ada girlfriend dia patah hati, dia menangis. Dia tak boleh terima. "i takut dia tak layan i macam dulu, sebab dia dah ada girlfriend."

Aku nak cakap apa ? aku tak pernah alami situasi macam tu. Jadi aku cuma beri kata-kata yang positif untuk dia. Moga dia terima. Aku bukan pakar motivasi, tapi aku cuba.

Dia terkilan sebab lelaki tu tak bagi tahu dia yang lelaki tu dah ada girlfriend. So ? Hmmm, pada pandangan aku. Mungkin lelaki tu nak jaga hubungan yang sedia ada sekarang. Mungkin dia nak cari masa yang sesuai untuk bagi tahu. Tak pun dia memang tak nak kongsi pun. Ntah, lelaki tu je tahu jawapan dia.


*kalau dah kawan baik tak boleh lebih dari itu, nanti kau yang sakit.

*Yang ini tiada kena mengena dengan cerita di atas.

Bukanlah sesuatu yang pelik apabila jatuh cinta kepada kawan sendiri. 
Bila dah kawan bertahun-tahun, tiba-tiba ada satu perasaan baru yang muncul. Tapi selepas lelaki tu dah ada kekasih. Gila ? kenapa dari dulu kau tak korek hati kau tu habis-habis ? apa perasaan kau kat dia ? 
Mungkin masa tu kau rasa selesa dengan dia, kau rasa kau dan dia akan kekal macam tu sampai bila-bila, kau tak rasa dia akan tinggalkan kau. Atau, kau tak yakin dengan perasaan kau masa tu. Ada banyak kemungkinan sebenarnya. Aku tak pernah alami, jadi aku tak tahu.

Hubungan dah tak macam dulu.
Ya mungkin, bila dia dah ada kekasih, 100 % segala aktiviti yang korang pernah buat dulu berubah 360 darjah. Dia tak akan jadi kan kau sebagai orang pertama untuk berkongsi cerita, kau mungkin akan jatuh ntah ke no berapa tak pun kau orang yang terakhir akan tahu. Dia mungkin juga akan mengelak daripada kau. Mungkin dia lebih tumpukan perhatian kepada kekasih dia.

Tapi kata orang, bercinta dengan kawan baik sendiri banyak keburukannya. 
Bila terjadi sesuatu dalam hubungan. Persahabatan tak akan sama macam dulu. Mungkin akan jadi saling benci membenci. Sayangkan, persahabatan yang dah dibina selama bertahun-tahun putus macam tu je.

Tapi tak salah pun sebenarnya, masing-masing ada pendapat sendiri. Ada je kawan baik yang berkahwin. Kalau dah jodoh tak kemana kan ? 


Friday, August 9

SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum dan hai.
2 Syawal 1434H
Berlalulah sudah Ramadhan sebulan berpuasa, Tiba Syawal kita rayakan dengan rasa gembira

Alhamdulillah, kita semua masih lagi diberi kesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di hari kemenangan ini, kita sama-samalah sambut dengan penuh kesederhanaan dan elakkan pembaziran.

Okay, Masa raya ni lah juga kita nak merapatkan hubungan sesama manusia. Yang jauh tu kita dekat-dekatkan, yang dekat tu kita erat-eratkan lagi. Masa ni lah boleh jumpa keluarga yang jauh, yang dekat. Semua berkumpul ramai-ramai.  





Biarpun bulan Ramadhan sudah berlalu meninggalkan kita, jangan kita tinggalkan amalan yang telah kita lakukan pada bulan tersebut. Kalau boleh kita amalkan sampai bila-bila. Sama-sama kita cuba perbaiki diri. InsyaAllah.

Jangan lupa juga sedekahkan Al-fatihah kepada yang telah pergi meninggalkan kita.


Di kesempatan ini  saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada yang mengenali diri ini sama ada secara dekat atau jauh. Salah dan silap harap lah dimaafi. Kadang-kadang lidah ni terlalu lantang bersuara, mata ni terlalu tajam menjeling, tingkah laku kadang-kadang membuatkan orang terasa. Maaf sangat-sangat, sesungguhnya manusia tak pernah lari dari kesilapan. 


Saturday, August 3

Jadi seperti dirimu sendiri :)

Kalau ingin dihormati, belajarlah untuk menghormati.
Kalau ingin dimaafkan, belajarlah untuk memaafkan.
Kalau ingin difahami, belajarlah untuk memahami.
Kalau ingin disedari, belajarlah untuk menyedari.
Kalau ingin disayangi, belajarlah untuk menyayangi.
Kalau ingin dikasihi, belajarlah untuk mengasihi.
Kalau ingin diterima, belajarlah untuk menerima.
Kalau ingin dihargai, belajarlah untuk menghargai.
Kalau ingin disenangi, belajarlah untuk menyenangi.
Bukan orang lain yang perlu berubah mengikut kehendak kita tetapi kitalah yang sebenarnya perlu mengubah diri kita.
Memuaskan hati semua orang itu tidak mudah tetapi berubah untuk memuaskan hati semua orang itu tidak mustahil.
"Di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan"
InsyaAllah Dia akan permudahkan.

Jadilah seperti sang pelangi yang tidak bercahaya namun tetap berseri
Jadilah seperti bintang-bintang meskipun jauh tetap setia menemani sang bulan menghiasi malam

akhir sekali, Jadilah seperti dirimu sendiri :)

Petikan ini di copypasta dari blog http://mohamednaqib.blogspot.com

Thursday, August 1

10 malam terakhir .

Assalamualaikum dan hai .

Alhamdulillah, sampai ke hari (24 Ramadahan) kita semua masih diberi kesempatan untuk berpuasa. Hanya tinggal beberapa hari saja lagi Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Mudah-mudahan segala amalan kita diterima. Amin.


Antara kelebihan malam 10 terakhir Ramadan adalah;
  • Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya;
    “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
  • Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak).

    Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud:

    “Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1)

    Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun.
  • Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)
  • Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)
  • Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.
  • Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud: “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4)

    Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.
  • Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.

    Bilakah Lailatul Qadar?

    Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    Rasulullah bersabda lagi bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir.” (Hadis riwayat Bukhari)

    Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadis yang menceritakan mengenai Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam itu berpindah-pindah pada setiap tahun.

    Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: katakanlah (maksudnya) : “Ya Allah, sesungguhnya engkau Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Pengampun, maka ampunkan dosa-dosaku.”
  • Iktikaf pada malam 10 terakhir Ramadan yang mana fadilatnya lebih banyak daripada hari biasa. Maksud iktikaf di sini adalah mendampingi masjid untuk mentaati Allah.

    Rasulullah tidak pernah sekali pun meninggalkan iktikaf pada 10 malam terakhir Ramadan hingga Baginda wafat. Isteri baginda.

    Syarat sah iktikaf: 

    Islam, berakal, tidak berjunub dan bersih daripada haid dan nifas bagi perempuan.

    Niat: Iktikaf adalah ibadat yang tidak sah melainkan dengan niat.

    Masjid: Iktikaf hendaklah dilakukan di masjid.

    Waktu bermula iktikaf: Seseorang yang ingin beriktikaf hendaklah masuk ke dalam masjid sebelum terbenam matahari ke-20 Ramadan.

    Waktu berakhir iktikaf: Berakhirnya iktikaf adalah selepas terbenamnya matahari pada hari terakhir Ramadan.

    Perkara yang membatalkan iktikaf: 
  • Keluar dari masjid tanpa hajat dengan sengaja.
  • Murtad.
  • Hilang akal kerana gila atau mabuk.
  • Datang haid atau nifas.
  • Jimak. Firman Allah bermaksud: “Dan jangan dekati (jimak) mereka (isteri kamu) dalam keadaan kamu beriktikaf dalam masjid.” (Surah al-Baqarah, ayat 187)

    Perkara yang sunat dilakukan.
  • Memperbanyakkan ibadat sunat seperti solat, membaca al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, selawat dan doa.
  • Menghadiri majlis ilmu, mengulang kaji kitab hadis, tafsir, sirah nabi dan sebagainya.
  • Perkara yang harus dilakukan.
  • Keluar daripada masjid kerana hajat seperti keluar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada saudara mara, menziaahi kematian atau orang sakit.
  • Begitu juga harus hukumnya mandi, memotong rambut, kuku, memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian.   


  • Sekian :)