Wednesday, February 23

memperkenalkan diri..


WAKTU : 3.45
MOOD :  oke je

 NFA ? apa itu ? haha...jangan terlalu emosi untuk meneka..kerana jawapannya tak sesukar yang disangka..


  1. beliau seorang yang sangat sensitif.
  2. beliau suka menitiskan air mata dalam apa keadaan sekalipun samada bersebab atau tidak bersebab dan beliau menjadikan menangis itu sebagai salah satu hobi dimasa lapang.
  3. beliau seorang yang beremosi.
  4. beliau cepat marah pada hal yang dianggap remeh pada orang lain dan serius pada beliau.
  5. beliau sangat suka berimaginasi(berangan) sehingga terbawak bawak ke alam realiti.
  6. beliau mempunyai dunia beliau sendiri yang entah dimana wujudnya.
  7. beliau sangat suka pada benda dan perkara yang unik dan pelik.
  8. beliau sangat suka merepek,merapu dan melalut tak kira masa walau dimana jua beliau berada dan bersama siapa di dalam muka buku atau belog kesayangan beliau tak lupa juga buku sekolah yang sudah tak pakai dari hari pertama sekolah.
  9. beliau merasakan dengan cara itu beliau dapat meluahkan segala rasa isi perut dan limpa beliau dengan cara yang mudah dan cepat dan beliau suka melakukannya.
  10. beliau dikatakan gila oleh seorang manusia yang kurang vitamin kerana sering menulis status yang dianggap merepek oleh manusia itu.
  11. beliau sangat suka mendengar musik tak kira apa jenis lagu asalkan telinga beliau dapat menerima dan merasakan musik tersebut sedap untuk dijadikan santapan telinga beliau.
  12. beliau kurang gemar menonton television melainkan mata beliau berminat pada hero drama,filem atau telemovie tersebut dan beliau menganggap jalan ceritanya masuk dengan jiwa beliau.
  13. beliau suka memakai earphone ditelinga walaupun tak mendengar sebarang lagu atau rakaman suara beliau sendiri ketika karoke.
  14. beliau suka membawa handphone kemana sahaja beliau pergi tak kira di dapur di bilik tidur atas sofa malah di dalam bilik air juga.
  15. beliau sangat suka mengunyah ais dan ini dianggap satu aktiviti yang pelik oleh sesetengah orang.
  16. beliau menjadikan mama sebagai tempat bercerita dan tukang pemberi nasihat kepada beliau.
  17. beliau sangat obses kepada gambar dan beliau juga bercita cita menjadi photografer dan mempunyai impian ingin membuka studio dan galeri hak miliknya sendiri dengan menggunakan sumber kewangan dari ayah dan pinjaman dari bank.
  18. beliau juga sedang mengidam idamkan sebuah camera berjenama canon digital SLR yang berharga 3,100 yang telah beliau lihat di sebuah kedai dekat bengkel motorsikal pada minggu lepas dan beliau sedang membodek ayah beliau untuk mendapatkannya.
  19. beliau sangat suka kepada budak cameraman disekolah adik beliau dan beliau berpendapat budak itu sangat berbeza cara dan gaya dengan orang lain.
  20. beliau mempunyai seorang AYAH yang hebat, tegas dan penyayang,seorang MAMA yang hebat,penyabar dan pemberi nasihat,ADIK ADIK yang hebat,perangsang dan pengkritik,seorang SAHABAT yang hebat,memahami,dan selalu ada disisi,beribu KAWAN yang hebat,memberi dan menerima,seorang KEKASIH yang hebat,mengenali dan mendalami,sebilangan kecil MUSUH yang hebat,mengheboh dan mencaci.


sebab apa aku mengatakan yang mereka semua adalah hebat..mengapa aku tidak menyatakan mereka yang terhebat..biar aku simpan persoalan itu...ya mereka adalah mereka yang ada dalam buku hidup aku yang ada dalam cerita aku yang ada pada setiap nota nota aku..mereka pelengkap telenovela aku penyambung jalan cerita aku...dan sememangnya mereka adalah manusia yang hebat.. 
 
 mungkin ada yang berkata..kau manusia gila..suka melemparkan kata kata pelik dan tidak masuk akal..aku hanya mampu tersenyum..ini lah aku yang sebenar..aku yang mungkin kau tak kenal sepenuhnya,yang tak kau fahami sedalamnya yang kau anggap aku tak perlu wujud dalam buku hidup kau..aku gemar bermain kata..kerana disitu ilham aku akan terbuka..otak aku ligat berkata..nadi aku berdenyut berbicara
NFA satu singkatan mudah untuk di olah..

yang ingin berkongsi sesuatu
cik nurfatin azma 
luahan rasa hati.melalui nadi
 

Tuesday, February 22

nadi berbisik..

waktu : awal pagi
detik : 2.54 pagi
mood : tak tentu arah


  • kipas yang ligat berpusing di atas kepala tidak aku hiraukan..kedinginan malam mula menyapa tubuh..sejuk....aku memeluk bantal dengan rapat ke dada..air mata mengalir untuk kali yang keberapa aku sendiri tak pasti..
  • apa lagi yang tak kena ni ? kau ni kenapa tiba tiba menjadi seorang yang terlalu emosi ? menangis tanpa sebab yang nyata..mungkin kerana marah ditindas oleh mereka mereka tadi..abaikan lah ..benda yang terlalu remeh untuk kau perbesar besarkan..
  • ''aku geram sebab mereka tak memahami dunia aku''..iyalah,siapa pun tak kan paham dunia kau yang penuh kemelalutan tu..siapa pun tak ingin nak memahaminya..jangan paksa orang lain untuk masuk dalam dunia kau lah..
  • sejak akhir akhir ni kau menjadi terlalu sensitif..pantang diusik,dicuit..emosi kau terus terganggu..jangan jadi cenggeng lah..orang meluat tahu..
  • maaf disini..aku mungkin bukan yang terbaik untuk kalian..tapi aku mencuba menjadi seorang yang baik..terimalah aku seadanya..macam aku menerima kalian dengan apa bentuk corak pun..
  • jangan sesekali menghina apa yang sedang aku buat..jika aku rasa bahagia dan betul melakukannya..selagi aku masih waras untuk berfikir yang mana baik dan yang mana buruk..aku tahu akibatnya..aku sudah congak apa risikonya..
  • hidup aku.cara aku
  • perlu ke aku laungkan pada semua kenyataan yang menyakitkan ?
  • perlu ke aku jerit sekuat hati di tengah padang segala kebencian ?
  • perlukah aku berdiri di atas bangunan lama terjun untuk menyelesaikan masalah ?
  • aku bukan manusia yang lemah sebegitu..aku punya hala tuju..aku punya satu pegangan..
  • tak malunya kau..lupakah kau untuk menyatakan maaf..satu perkataan mudah..tapi ego kau yang konon nya mahal...sanggup kau lupakan satu perkataan penghubung kepada persahabatan..pemusnah kepada kebenciaan..sumpah !aku sudah mula benci kau...YA ALLAH,ampunkan hamba MU..
  • mugkin kau tak memahami apa yang cuba aku sampaikan..penulisan aku dalam maksudnya..karya aku tersembunyi maknanya..hanya insan yang kenal siapa NURFATIN AZMA faham akan hakikatnya..mengenal realitinya..


yang cuba menyampaikan sesuatu
cik nurfatin azma
luahan rasa hati.melalui nadi

Monday, February 21

emosi yang tak dapat di baca..

waktu: awal pagi
mood: berlari lari


2.27  - mata masih lagi segar bugar,telinga tangkas menangkap suara suara unggas,tangan dengan pantas menaip papan kekunci,akal memikirkan idea untuk bercerita..
2.32  -otak masih lagi buntu,tiba-tiba air mata menitis tanpa sebab....terasa kosong...hilang...
2.35 - kenapa aku terlalu emosi ?apa yang sebenarnya menggangu ?
2.38 - ingin mencari ruang untuk berfikir dengan jelas...air mata semakin deras mengalir...
2.41 - aku ke yang salah ? salah ke keputusan yang telah aku buat ? salah ke untuk aku merasa sebuah kebahagiaan sama macam kau rasa..
2.43 - orang selalu cakap..'ATEN KUAT !'..tapi tahukah kau disebalik senyuman ini tersimpan seribu tangisan..disebalik ketawa ini tersimpan seribu kelukaan..yaaa..mungkin aku memang bersalah..
2.45 - cuba menyeka air mata dengan bersungguh sungguh..aku kalau menangis susah nak berhenti..sensitif ! mengada ngada !
2.46 - kau pernah berada tak ditempat aku ? pernah tak sekali kau ingin berada di tempat aku ? mungkin tak kan ? sebab itu kau boleh cakap apa yang kau anggap betul pada pandangan mata kau..sedangkan kau tak pernah memahaminya..
2.49 - pada kau..aku manusia yang paling zalim,paling kejam yang telah buat kau menderita..''konon nya''..
kau cipta dunia rekaan kau..aku ? kau jadikan watak utama !
2.52 - bangga sungguh riak wajah kau..bila semua orang tetap menyatakan ..KAU BENAR ! hah! sedikit tak memberi kesan pada aku..malah bertambah jelik aku melihat wajah kau..seronok atas kemampuan kau membuat aku kalah..TAHNIAH !
2.55 - mungkin orang tak kenal kau siapa..tapi aku lebih memahami diri kau yang sebenar..
2.57 - ayam berkokok..menandakan waktu suda hampir subuh..aku masih disini..keseorangan...
3.01 - terima kasih..kau hadir ketika diri ini terasa tak diperlukan..kau hadir ketika diri ini keseorangan..kau hadir ketika aku memerlukan teman..
3.03 - ikhlas kau menerima diri ini..tanpa kau peduli siapa aku..sebab KAU kenal siapa itu NURFATIN AZMA..
3.05 - berfikir....
3.10 - kau sentiase ada disisi aku..memberi kata semangat,perangsang..mandengar segala celoteh,keluh kesah yang keluar dari nadi aku,kau menangis bersama sama aku....kau seorang SAHABAT
3.15 - mata belum lagi menunjukkan yang aku mahu menekan butang SIGN OUT,menclick butang SHUT DOWN,membangunkan diri dari KERUSI,dan merebahkan badan di TILAM lalu memejamkan MATA..
3.18 - hati memaksa diri untuk SABAR..naluri membisikkan supaya MENERIMA segala ketentuan..mata berkelip menandakan supaya aku BERHENTI untuk MENANGIS..diri memesan TABAH menghadapi KEHIDUPAN..
3.22 - aku terima segala ketentuan..perjalanan hidup yang masih panjang..membuatkan aku lebih YAKIN untuk terus melangkah walaupun PAYAH..aku GAGAHINYA ..
3.25 - aku TAHU didepan sana masih ada KEHIDUPAN yang sedang menanti untuk dipenuhi oleh corak corak dan jalan jalan telenovela ciptaan aku..
3.27 - lega,jiwa terasa tenang,fikiran terasa lapang..senyuman mula terukir..cuba memejamkan mata dan bersedia untuk menempuhi peperangan kehidupan hari esok..

yang cuba berfikir dengan jelas,
cik nurfatin azma
luahan rasa hati.melalui nadi

Thursday, February 17

mereka tetap di hati !


siti zulaikha muhammad
muhammad fakhrurrazi johari
amirul razak




dulukan mase kat sekolah..kita tak pernah pun bercakap..ape ntah lagi nak bertegur sape..
pandang muke pon tak pernah..
tak pernah terfikir pon nak berkawan..
tapi..ini lah yg dinamekan pertemuan..
tak sangke..kite kerja kat tempat yg same..
disini bermula segalanya..
segala kisah suka dan duka..
ingat lagi tak ?siang tu abg razi dgn mirul rancang na pergi makan piza..
tapi aten ngn zue na ikut..beriye iye..
mlm tu kite pegi mkn piza same same pastu nyanyi nyanyi sampai pukul 1 pagi..
seriously,kawan dengan abg razi ngn mirul seronok sgt !
kowang suka layan kiteowg yg macam buda buda ny..
ta rimas ke ?hehe^^v
esoknya abg razi dgn mirul kene angkat kotak naik stor..
walaupun kiteowg tau yg lif tu da penuh..
tapi kteowg tetap na ikut jgk..
ngade ngadekan ?hehe
lepas kepenatan kita sembang sembang sambil makan coklat dlm lif..sampai terkantoi dengan papa kite ((=
 petang tu kite pegi makan kepc same same..padahal mase tu bukan waktu rehat kite..
lagi sekali kite kantoi..
tapi
sonok kan ?
same same backup kawan (=
walaupun perkenalan kite ta sampai pon berbulan..
tapi banyak bende yg da kite lalui same same..
kite penah rase suka same same,rase mara same same..
menangis same same..hehe
kiteowg na ikut abg razi ngn mirul lagi !
tapi ta bole kan?
macam abg razi ckp..
kite da pon pilih haluan masing masing..
aten ngn zue ta kn penah lupe pesanan abg razi dgn mirul mlm tu..((=
okey la..sampai sini saje..
aten ta bole na taip panjang panjang..
da sebaldi air mate ny..hehe

KITE TAK ADA BANYAK GAMBAR KENANGAN,
TAPI KITA ADA BANYAK KENANGAN..(^_^)
DISINILAH MEMORI TERCIPTA


Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa
Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya

Tuesday, February 15

kembali seperti biase !

assalamualikum..
lame suda ta update kan kan..
act,terlalu rindu dekat blog yg comot ny..
rindu nak melalut lalut di sini..
untuk pengetahuan kome kome sume..
saye telah meletakkan jawatan sebagai sales assistant di sepuluh besa !
atas sebab sebab yg tak dapat di elakkan..
notis 24 hour !
tekejut kan ??
memang terlalu berat hati ny na meninggalkan tempat yg terlalu byk kngan tu..
walaupun ta sampai 2 bulan keje kat situ..
tapi segala macam kenangan ade..
pahit,manis,masam,kelat..
ermm..
tapi na buat macam mane kan..
terpakse!
tempatku bukan di sepuluh besa lagi !
rindu dekat abg razi,mirul,mimi,ana,kak efa..
sowey okey..
name dye tidak akan masuk dalam senarai hidup cik aten lagi.
jgn tanye mngape..
fullstop !

okey!ape yg cik aten na buat lepas ny ?
  1. makan
  2. tidur
  3. on9
  4. makan 
  5. tidur
  6. on9
  7. makan 
  8. tidur
  9. on9
begitulah seterusnya sampaile cik aten ny pegi PLKN..
eh,lupe plak na bg tau..


Semakan Status Terpilih Dan Semakan Penempatan Bagi Siri 8/2011

 NAMA:NURFATIN AZMA BINTI ABDULLAH
 NO. KAD PENGENALAN:931212105580
    
 KUMPULAN:
 PUSAT BERKUMPUL:
 NEGERI PUSAT BERKUMPUL:
    
 NAMA KEM:
 ALAMAT KEM:
   
   
 POSKOD KEM:
 BANDAR KEM:
 NEGERI KEM:
    
 TARIKH LAPOR:
 MASA LAPOR:
 NPP:
 CATATAN:TAHNIAH. ANDA DITEMPATKAN DI KUMPULAN 2 ATAU 3. MAKLUMAT PENEMPATAN AKAN DIMAKLUMKAN KELAK


 
ha !wira wirawati harapan bangsa....lalallalalalllalalala..
ta na pergi lah !bole ta bole ta ?
boley ta lupekan seketika pasal PLKN ny..hahaha..

okey !
sekarang cik aten kembali kepade hobi asal.
  • on9
  • blogging
  • on9
  • blogging
  • on9
  • blogging
  • lalallalalalalla

so,lepasny kowang ta de la rindu rindu lagi dekat cik aten yea..
sebab cik aten dah pon kembali seperti biase..
cik bestie pon ta sunyi lagi kan..sebab saye suda ade untuk menemani awak setiap mase (=
rindu na merepak repek dengan awak dekat dinding..hehe
ta saba mau tunggu kamu pulang..
rindu sama kamu..!
mau hang out same same..
snapping snapping !
lalak lalak..hehe
okey!
stop!
daa!

(macam ade yg ta kene kan ?)^^V

luahan rasa hati.melalui nadi