Wednesday, February 23

memperkenalkan diri..


WAKTU : 3.45
MOOD :  oke je

 NFA ? apa itu ? haha...jangan terlalu emosi untuk meneka..kerana jawapannya tak sesukar yang disangka..


  1. beliau seorang yang sangat sensitif.
  2. beliau suka menitiskan air mata dalam apa keadaan sekalipun samada bersebab atau tidak bersebab dan beliau menjadikan menangis itu sebagai salah satu hobi dimasa lapang.
  3. beliau seorang yang beremosi.
  4. beliau cepat marah pada hal yang dianggap remeh pada orang lain dan serius pada beliau.
  5. beliau sangat suka berimaginasi(berangan) sehingga terbawak bawak ke alam realiti.
  6. beliau mempunyai dunia beliau sendiri yang entah dimana wujudnya.
  7. beliau sangat suka pada benda dan perkara yang unik dan pelik.
  8. beliau sangat suka merepek,merapu dan melalut tak kira masa walau dimana jua beliau berada dan bersama siapa di dalam muka buku atau belog kesayangan beliau tak lupa juga buku sekolah yang sudah tak pakai dari hari pertama sekolah.
  9. beliau merasakan dengan cara itu beliau dapat meluahkan segala rasa isi perut dan limpa beliau dengan cara yang mudah dan cepat dan beliau suka melakukannya.
  10. beliau dikatakan gila oleh seorang manusia yang kurang vitamin kerana sering menulis status yang dianggap merepek oleh manusia itu.
  11. beliau sangat suka mendengar musik tak kira apa jenis lagu asalkan telinga beliau dapat menerima dan merasakan musik tersebut sedap untuk dijadikan santapan telinga beliau.
  12. beliau kurang gemar menonton television melainkan mata beliau berminat pada hero drama,filem atau telemovie tersebut dan beliau menganggap jalan ceritanya masuk dengan jiwa beliau.
  13. beliau suka memakai earphone ditelinga walaupun tak mendengar sebarang lagu atau rakaman suara beliau sendiri ketika karoke.
  14. beliau suka membawa handphone kemana sahaja beliau pergi tak kira di dapur di bilik tidur atas sofa malah di dalam bilik air juga.
  15. beliau sangat suka mengunyah ais dan ini dianggap satu aktiviti yang pelik oleh sesetengah orang.
  16. beliau menjadikan mama sebagai tempat bercerita dan tukang pemberi nasihat kepada beliau.
  17. beliau sangat obses kepada gambar dan beliau juga bercita cita menjadi photografer dan mempunyai impian ingin membuka studio dan galeri hak miliknya sendiri dengan menggunakan sumber kewangan dari ayah dan pinjaman dari bank.
  18. beliau juga sedang mengidam idamkan sebuah camera berjenama canon digital SLR yang berharga 3,100 yang telah beliau lihat di sebuah kedai dekat bengkel motorsikal pada minggu lepas dan beliau sedang membodek ayah beliau untuk mendapatkannya.
  19. beliau sangat suka kepada budak cameraman disekolah adik beliau dan beliau berpendapat budak itu sangat berbeza cara dan gaya dengan orang lain.
  20. beliau mempunyai seorang AYAH yang hebat, tegas dan penyayang,seorang MAMA yang hebat,penyabar dan pemberi nasihat,ADIK ADIK yang hebat,perangsang dan pengkritik,seorang SAHABAT yang hebat,memahami,dan selalu ada disisi,beribu KAWAN yang hebat,memberi dan menerima,seorang KEKASIH yang hebat,mengenali dan mendalami,sebilangan kecil MUSUH yang hebat,mengheboh dan mencaci.


sebab apa aku mengatakan yang mereka semua adalah hebat..mengapa aku tidak menyatakan mereka yang terhebat..biar aku simpan persoalan itu...ya mereka adalah mereka yang ada dalam buku hidup aku yang ada dalam cerita aku yang ada pada setiap nota nota aku..mereka pelengkap telenovela aku penyambung jalan cerita aku...dan sememangnya mereka adalah manusia yang hebat.. 
 
 mungkin ada yang berkata..kau manusia gila..suka melemparkan kata kata pelik dan tidak masuk akal..aku hanya mampu tersenyum..ini lah aku yang sebenar..aku yang mungkin kau tak kenal sepenuhnya,yang tak kau fahami sedalamnya yang kau anggap aku tak perlu wujud dalam buku hidup kau..aku gemar bermain kata..kerana disitu ilham aku akan terbuka..otak aku ligat berkata..nadi aku berdenyut berbicara
NFA satu singkatan mudah untuk di olah..

yang ingin berkongsi sesuatu
cik nurfatin azma 
luahan rasa hati.melalui nadi
 

No comments: