Wednesday, August 29

Selamat hari raya bahagian 2

Assalamualaikum dan hai .
Selamat hari raya yang ke 11 untuk semua .
Semua masih ada dalam mood raya . Orang tengah sibuk nak buat open house lah apalah kan .
Jangan lupa jemput yea . aku nak menambahkan berat badan yang sememangnya sudah berat :DD
Layan gambar yea . :)




















Okay , dah habis dah gambar . Aku pun tak tahu sejak bila aku tak banyak bergambar ni . haha
Gambar pun tak berapa nak lawa malas nak edit , tangkap pun pakai camera hp je . No DSLR . :(
Boring kan ? tahu :)

Friday, August 17

Selamat hari raya maaf zahir dan batin .

Assalamualaikum dan hai .
Dam dam dum bunyi mercun .
Wah meriahnya , sana sini dengar lagu raya . Dekat radio , dekat tv . Blog kita pun dah berkumandang lagu raya . Tak lupa juga dengan bunyi mercun . Main main juga , tapi jangan sampai mencederakan diri sendiri .
Ehem ehem . Sedar tak sedar Ramadhan dah nak hampir sampai ke penghujung . Alhamdulillah , mudah-mudahan Ramadhan tahun ini memberi seribu makna kepada kita semua dan akan bertemu dengan Ramadhan yang seterusnya . Aminnn . :')

Dalam kita bergembira tengah buat persiapan raya tu jangan lupa pada orang yang susah dekat luar sana . Ada insan yang tak merasa macam apa yang kita rasa sekarang . Jangan lupa juga pada insan yang telah pergi meninggalkan kita untuk selamanya . Al-fatihah untuk mereka . Yang tengah dalam perjalanan atau akan pulang  ke kampung . Berhati-hatilah dijalan raya . Ingat ada insan yang menanti kepulanganmu .


Tahun ni , tahun pertama raya sebagai seorang pelajar . Jadi tersangat-sangat lah berbeza . aku dapat rasa macam mana balik kampung . *Woooo balik kampung woooo balik kampung , hati girang .
Walaupun tak berapa jauh macam kawan-kawan yang duduk nunnn jauh di pantai timur . Janji aku dapat juga naik bas macam orang nak balik kampung dengan beg yang besar-besar dan berat  *over tau , padahal cuti 2 minggu je .  


Okay-okay , dikesempatan ini saya Nurfatin Azma Bt Abdullah bernombor kad pengenalan 931212-10-55** . Ingin menyusun sepuluh jari seandainya pernah menyinggung perasaan atau terlepas kata kepada anda semua yang mengenali diri ini . Maklumlah , manusia tidak terlepas daripada membuat kesilapan dan saya insan yang tersangat lemah dan penuh kekurangan ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf zahir dan Batin .




*Al-fatihah untuk arwah tokwan dan kawan saya Nurfarahanim .
*Jangan lupa bagi duit raya .
*Jemputlah datang rumah .

Monday, August 6

Aku mengintai orang kahh ?

Assalamualaikum dan hai !
 Aku dengan bersuka ria dan bersenang lenggang nya tak pergi kelas untuk petang ni . Sangat-sangat rugi . Level confident untuk hari ini terlalu rendah . Sampai tak mampu nak mengangkat muka dan senyum kepada orang ramai . Dengan masalah kesihatan yang semakin menjadi-jadi untuk beberapa hari ni . Tersangat not in mood .


* Nampak tak ? Fatin Azma sangat tidak cantik untuk hari ni . 

Ini namanya ketumbit . Orang cakap ketumbit naik bila mengintai orang . Masalah nya sekarang aku terlalu baik untuk melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral tersebut . Tambahan pula di bulan puasa yang mulia ni . Tidak sama sekali .

Semua tu salah okay . Auta semua tu . Ni nak bagitahu yang fakta .

Faktor-faktor terjadinya ketumbit ni :-


  • Tekanan
  • Pertukaran hormon
  • Mengguna peralatan solek yang sama buat satu jangka masa yang lama atau yang telah dijangkiti oleh bakteria
  • Diabetis
  • Kandungan lemak yang tinggi dalam badan
  • Kekurangan vitamin dalam badan
Aku yang mana satu ni ???

Simptom-simptom pula :-

  • Bisul di bahagian atas atau bawah kelopak mata
  • Bengkak di sekeliling kelopak mata
  • Sakit
  • Kelopak mata menjadi merah
  • Kelopak mata terasa sakit apabila disentuh
  • Mata menjadi pedih
  • Mata berair
  • Gatal-gatal di kawasan bisul
  • Pesakit berasa tidak selesa semasa mengelipkan mata
  • Sensitif kepada cahaya yang cerah
Semua ni aku rasa sekarang . 

Ada macam-macam petua nak hilangkan ketumbit ni . Ada yang cakap tenyeh bawang kat mata lah . Tak sanggup aku nak buat . Itu traditional . Kalau moden pergi klinik je . 

K . papaii