Thursday, August 11

edisi khas : bila puasa .

assalamualaikum . .
hye semua !

pejam celik pejam celik  hari ni dah masuk 11 hari kita berpuasa .
rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat berpuasa untuk semua umat islam yang berada di Malaysia dan diluar negara . ( bajet mcm orang baca blog kau ! ) haha
sempena bulan puasa yang mulia ni kan , 
aku nak share dekat lah story kat korang macam mana aku smabut puasa kan . 
tetiap tahun malam esoknya nak berpuasa tu
kiteorang adik beradik dah tunggu depan tb , semua senyap je mata tak berkelip kelip ( tak pernah sesenyap tu ), tak sabar sabar nak dengar pengunguman puasa ,
sebelum ni tak pernah pernah pun beriya nak tengok berita . malam tu tengok . haha
agak agak dalam 10 minit pembaca berita tu potpetpotpet .
keluar lah atuk hensem dengan songkok senget . ( eh , yeke ? ) hehe
dari duduk bersila terus berdiri ( ready nak lompat ) . 
lepas je atuk tu cakap ' esok puasa '
semua buat aksi terkinja kinja , lompat tak hengat .
yay ! yay ! tak sabar nak raya .
yang paling sengalnya . bukan suka nak puasa suka nak raya .
padahal puasa pun belum . haha
 time nak bangun sahur je .
tetiap hari mama jadi altraman ketuk pintu bilik macam nak roboh nak kejut sahur . 
maklum lah , anak anak mama ni semua menikmati masa tidur tu dengan sebaik mungkin . baik je masing masing . haha
kat sekolah pulak semua muka macam tengah kebuluran , maklum lah puasa pertama ,
nak bercakap pun rasa macam berat sesangat sangat mulut ,
bila cikgu masuk kelas je ramai ramai mintak nak tidur , 
bila tanya alasan sebab apa ramai ramai jawab 'puasa cikgu' , padahal sebenarnya malas belajar .
yang non muslim pun jawab sekali pulak tu . masing masing ambil kesempatan ,
korang ingat cikgu nak dengar cakap korang . puasa puasa belajar tetap belajar . haha
yang paling seronoknya bulan puasa ni , time nak buka puasa . macam macam makanan ada .
eh eh , hari ni mama masak kuew tiaw . seronok seronok .
esok laksa pulak . lusa mee kari .
kira taim buka puasa je . menu semua gempak gempak tau .
air pula macam macam jenis ada . yelah ramai . sorang nak sirap , sorang lagi nak ribena , sorang nak oren , sorang nak soya , ayah nak kopi , adik aku yang sorang tu je air masak . haha
kalau ikut ayah pergi bazaar . nak beli macam macam . itulah inilah . padahal tak ingat kat rumah dah macam macam mama masak . mentang mentang ayah kau kaya ( padahal bawak sepuluh ringgit je tu ) hehe
konon nak beli kuih sampan je . haha
tapi disebabkan bawa kiteorang ni . dah macam macam kuih beli , kuih bot lah , kuih feri , dan sebagainya .
malamnya pula , ramai ramai pasang pelita , main bunga api , disebabkan aku dah besar tengok jela padahal dalam hati teringin bebeno nak join sekali . 
nak tekinja kinja terlompat lompat . karang lari pulak bebudak tu tengok aku . haha
rasa meriah je sambut puasa . tambah tambah nak dekat dekat raya . satu family pergi shopping baju raya . mama dengan opah sibuk buat kuih raya . 
sehari lagi nak raya tokwan dengan ayah buat lemang . seronok sangat sangat .
bukan selalu dapat macam ni , bekumpul ramai ramai , bulan puasa je dapat .
sebenarnya banyak kelebihannya dalam bulan puasa yang mulia ni .
antaranya , dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan , hubungan antara jiran tetangga , mempertingkatkan ibadah dan macam macam lagi lah . pastu dapat mengawal diri dari berbuat jahat , macam mengumpat ,berniat jahat dekat orang lain .
so , jalani lah ibadah puasa dengan sebaik baiknya , cuba perbaiki diri dan kekalkan nya walaupun puasa dah habis .
mudah mudahan ibadah puasa dan ibadah yang lain lain kita diterima oleh ALLAH , dan mudah mudahan kita semua akan bertemu dengan ramadhan yang akan datang . AMINN ...


Nurfatin Azma Abdullah  

No comments: