Friday, September 9

Iya , saya sangat percayakan awak .

*I believe i can fly , i believe i can touch a sky .

Assalamualaikum dan hai !
Sekarang korang rasa aku rajin meng-update blog kan ? Yelah , bila dah tengah-tengah malam macam ni rasa macam banyak pulak idea nak merepek kan . Walaupun tak lah menarik mana . Aku tahu . Korang yang cakap . Selalunya tajuk entry aku poyo-poyo je kan . Macam gegedik je . Okay , takpa aku faham . Memandangkan aku semakin dewasa walaupun ketinggian aku tak menunjukkan langsung ciri-ciri aku seorang gadis semasa yang berumur 18 tahun . So , entry aku pun kena lah matang tak lah macam budak 13-16 tahun yang baru belajar nak kenal hurufkan . Ops ! maaf yewww . xD

*sayangs , i love you .

Kepercayaan actually sangat lah penting dalam setiap perhubungan . Eh , bukan sangat tapi tersangat . Tak kisah lah antara ibubapa , adik-beradik, cikgu, kawan-kawan , kekasih malah orang yang berada disekeliling kita . Tapi bergantung kepada situasi dan pada siapa yang perlu kita letakkan kepercayaan itu . Okay . Contoh , mak dengan ayah selalu pesan . Pergi sekolah belajar rajin-rajin dengar cakap cikgu . Cikgu pulak , kerja rumah tolong siapkan esok hantar ye . See , bila seseorang dah meletakkan kepercayaan tu dekat kita , kita mestilah bertanggungjawab untuk membuatkan orang terus percaya dekat kita . 

*cara aku nak luahkan perasaan .

Tapi tak pada semua orang kita boleh letakkan kepercayaan . Contoh , kalau kita ada sesuatu rahsia yang tersangat lah besar tak kan kita nak cerita dekat siapa-siapa je yang kita kenal kan . Tak semuanya boleh menyimpan rahsia kita tu kan . Selalunya banyak yang akan jadi radio bergerak yang tak berbayar . So , soley soley . Tak semestinya kita perlu meletakkan kepercayaan itu pada semua orang . Macam yang aku cakap tadikan , nak meletakkan kepercayaan itu mestilah mengikut situasi dan pada siapa yang patut kita letakkan kepercayaan tu . Dan kepada sesiapa yang diberi kepecayaan jangan lah pulak ambil kesempatan .

p/s: Kalau kau rasa aku boleh dipercayai . Silakan .

Nurfatin Azma Abdullah  

No comments: