Thursday, September 8

saya suka awak tanpa sebab (':

Assalamualaikum dan hai !

*aku rasa dah fedup belaja gitar =='

macam biasa , rutin harian aku bangun tidur agak agak matahari dah terpacak atas kepala lepas tu sambung lagi tidur sampai dengar bunyi motor ayah balik kebun baru nak buka mata cari bilik air . Lepastu buat buat macam basuh kain padahal duduk kira berapa banyak semut jalan jalan dekat dinding bilik air tu sambil fikir lepas mandi sambung tidur balik . Panjang berjela kan mukadimah aku . Aku memang suka taip panjang panjang nak bagi cerita gempak la konon . Tapi semuanya kenyataan yea tak ada penambahan . Aku tak pandai nak reka reka cerita ni . *jujur la konon kan .


Okay , aku nak masuk mood ni . *ehem ehem ( batuk-batuk sikit )
Nampak tak tajuk kat atas tu ? ececececehhhh . Sweet kan ? macam gula dalam balang atas peti ais rumah aku kan . haa ? kenape ats peti ais ? Suke hati mak aku lah kan nak letak mana pun kan . Actually , nak elakkan daripada semut yang berkeliaran bebas dalam rumah ni . Pantang nampak balang tu mesti berkunjung beramai ramai . Tak pasal pasal aku kena tampi tampi gula tu macam tampi padi . 
okay ! kembali kepada penceritaan yang asal la kan .
Korang pernah tak tanya tanya dekat bf , gf , kawan , jiran sebelah , pakcik jual ais krim , makcik jual jamu atau korang yang ditanya macam ni .
" awak , awak suka dekat saya sebab apa ? "
Mesti pernah kan ? tipu la cakap tak pernah sebab aku pun pernah tanya dan ditanya macam tu juga . Takkan korang tak teringin nak tahu kan ? Kalau aku , beriya iya nak tahu . Sampai merajuk rajuk bagai siap ugut ugut nak terjun katil lagi . Aku memang suka buat orang jadi serba salah . Tapi bila ada orang tanya macam tu dekat aku masa tu lah baru nak fikir kenapa aku suka dekat dia . Sebab aku tak tahu aku suka dia sebab apa . Macam terabur je ayat aku kan . Tapi korang faham kan ? Tak faham pun buat buat faham jelah . 
Haa , macam tu lah orang akan rasa kalau korang tanya soalan tersebut . Bagi certain orang lah . Tak semua macam aku kan dan macam kau juga . Nanti kau cakap aku syok sendiri pulak kan . Mentang mentang belog aku asyik puji diri sendiri je lah . Tapi , sapa lagi nak puji aku kalau bukan aku sendiri kan . Okay , pandai . 


Seriously , aku tak pandai nak jawab soalan macam tu . Sebab bagi aku lah kan , aku suka dekat orang bukan sebab dia handsome macam akim af tu ke kan , tak pun aaron aziz , fahrin ahmad ke , tak pun jalalludin hasan . errr , yang last tu bukan . Cantik macam lisa surihani ke nurfatin azma ke kan . Dan bukan jugak sebab korang kaya . Sebab aku pun kaya dengan budi pekerti . Sopan je , lemah lembut , cakap pun tunduk je ( sebab aku tak nak tunjuk jerawat dekat muka aku ni dekat korang ) .
Sebenarnya kan , kita tak boleh nak letak kan sebab atau syarat untuk kita suka seseorang atau seseorang nak suka dekat kita kan . korang pernah tengok tak atau pernah alami tak . Tak kisah lah dekat mana sekolah ke tempat kerja ke . Ada someone yang memang tak menarik langsung , dah tu busuk pulak tu , baju tak bertukar ( bagi yang bekerja lah kan . Kalau sekolah uniform nye sama je tiap tiap hari ) . Tapi ramai gila yang suka dekat dia . Kalau orang yang tak kenal dia mesti akan pelik dan ia akan menyebabkan fikiran anda yang tak kenal dia tu akan berjalan setiap masa . berfikir lah maksud aku .
Okay , kita tengok pulak dari segi kenapa orang suka dekat dia . Mungkin dia seorang yang baik , hormat orang sekeliling dia , bertanggungjawab , rajin . Selalunya orang orang yang macam ni membuatkan ramai yang nak kawan dengan dia tapi ramai jugak yang nak ambik kesempatan je .

 
*hai , saya fatin . awak ?

Kadang kadang kita tengok dia hansdsome gila macam artis korea walaupun macam jambu air kan . Cantik macam miss world dunia walaupun muka dah macam tempek tepung , bila tepuk berdebu . Macam kawan aku selalu cakap . *hai keyna ! (=
Tapi tak ramai yang suka dia , siap ada buat page dekat mukabuku 'kami anti dot dot dot' .
Mungkin perangai dia yang annoying gila , bajet hot walaupun sebenarnya orang yang hot tengok dia , pastu suka buat muka bangga dan tak bersalah padahal baru lepas kentut dekat bilik mesyuarat or class whutever la kan . Tak faham betul aku . Ramai sangat sangat orang macam ni dekat sekeliling aku and maybe aku pun sama kan . Tapi tak ada lagi lah orang buat page anti nurfatin azma . Ye aku mengaku kadang kadang aku buat tapi tak selalu okay . Nanti kau cakap aku bajet baik pulak kan .


Errrr .
Awak , kita suka dekat awak tanpa sebab . ('=


p/s: Tapi kadang kadang kita terpaksa menipu untuk puaskan hati orang lain kan , tapi kita jugak akan ditipu sebab orang nak puaskan hati kita . Aku pun hipokrit , sometime .

Nurfatin Azma Abdullah 


No comments: