Assalamualaikum dan hai .
Tak terlambat lagi rasanya kan nak ucapkan selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat . Sedar tak sedar hari ni dah masuk 5 hari kita berpuasa . Alhamdulillah , aku masih lagi diberi peluang untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ni . Bezanya puasa tahun ni aku puasa dekat hostel jauh dari kampung halaman *jauh lah sangat . Tak dapat nak rasa masakan mama tiap-tiap hari . Masak lah sendiri kau tahun ni .
Puasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga . Tapi kita juga kena mengawal nafsu lakukan banyak amalan lakukan banyak ibadah . Supaya kita dapat melalui bulan mulia ini dengan sempurna .
Kita tak sedar atau pun sengaja tak sedar atau kedua-duanya sekali . Sebenarnya ramai insan yang kurang bernasib baik disekeliling kita . Dalam kita bersenang lenang dengan kesenangan adakala kita lupa orang yang hidup dalam serba kekurangan .
Bulan puasa mengajar kita untuk bersyukur dengan nikmat yang Allah beri dan ingat masih ada insan yang kebuluran tanpa makanan tanpa minuman di luar sana .
Salam Ramadhan dari Nurfatin Azma Abdullah :)
No comments:
Post a Comment