Saturday, March 30

InsyaAllah :)



Assalamualaikum dan hai.

Mulut kena ulser jadi selama seminggu juga aku tak dapat makan dengan selesanya . Bayangkan bila nak makan je aku kena control kunyah dengan perlahan-perlahan supaya tak terkena ulser tu.


Minggu lepas aku dah melalui peperangan yang sangat dasyat lagi menakutkan *beriya ini perempuan iaitu 'Final exam' . Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Bermulalah dengan paper Bahasa Melayu dan berakhir dengan Paper Bahasa Arab. Actually kan bila orang tengok subjek-subjek dalam Diploma In Childhood Education ni mesti orang akan cakap . "Senangnya subjek korang, tak susah pun" tak kurang ada jugak suara sumbang yang berbunyi "Alaaa, korang kan jadi cikgu je, cikgu tadika pulak tu, lain lah macam kita orang ni subjek semua tough" "Ajar budak-budak je pun kan ? alaaa, senang je "  Okay, aku terima je dengan hati terbuka dengan apa pun yang korang katakan. Lain orang lain pendapatkan ? Sebenarnya kan kita bila tak melalui sesuatu benda tu kita sendiri tak akan tahu rasanya macam mana. Macam kau makan nasi goreng cili padi, kawan kau kata pedas gila tapi kau cakap tak pedas pun dah tu kau pergi cakap kat dia mengada lah apa. Cuba kalau lidah kau dan lidah dia sama, kau mesti akan rasa pedas jugak. Faham tak kat situ ? Faham kan
?

Conclusionnya kan belajar ni mana ada yang senang, dah nama pun belajar kan mestilah susah.Tapi bila dah sampai penghujungnya, kita sendiri akan nampak benefitnya. InsyaAllah. Semoga kawan-kawan semua berjaya :)