Friday, September 17

hebatkah ??

       
 aku bukan lah seorang penulis terhebat,
aku bukan seorang pencerita terhebat,
aku bukan seorang cendiakawan terhebat,
aku bukan seorang pencinta yang terhebat,,
apa lagi yang terhebat??
erm,,
kadang-kadang aku terfikir,
dimana letaknya seorang manusia yang terhebat,
siapa kah beliau,
adakah dikalangan kita,
atau di kalangan mereka..??

bila kita lihat,,
sekarang semua orang nak jadi hebat,,
ada yang hebat pada jalan yang betul,
ada yang hebat pada jalan yang salah,
jalan manakah yang mesti kita pilih??

bila kita lihat di kaca tv,
di dada akhbar,
di muka internet,
bangga bila kita lihat,
kita baca,
kita hayati,
seseorang yang mengharumkan nama negara,
seseorang yang menaikkan seri muka ayah dan ibunya,
seseorang yang menghargai jasa guru-gurunya..
bangga kita,
terasa mahu mengikuti jejak langkahnya,,
bolehkah kita,??

kata orang,,
kalau kita berusaha,,
pasti akan berjaya,,
sejauh mana kebenaran itu??
sedangkan masih ramai yang masih leka,
alpa,
lupa,
termasuk aku,
dan kamu,,

sampai bila??


manusia ni cepat lupa,
"benar kata dr,m melayu mudah lupa,,"
lupa pada jasa,
lupa pada pengorbanan,
lupa pada kesusahan,
kupa pada kesemuanya,,

jadikanlah diri kita,
seorang manusia yang terhebat,
walaupun tidak keluar muka di tv,
di majalah,
di akhbar,
tapi,
biar jadi hebat di mata sendiri,
tidak perlu pendidikan tinggi,
tidak perlu phd,
hanya menjadi seorang hamba yang terhebat kepada penciptaNya,
menjadi seorang anak yang terhebat pada ibu ayahnya,
menjadi pelajar terhebat kepada gurunya,
menjadi sahabat terhebat kepada temannya.

sempurnalah ia....



No comments: