Saturday, January 14

Rumusan karangan :)

Assalamualaikum dan hai !


Orang cakap pengalaman lah yang mematangkan kita . Pengalaman juga akan mendewasakan kita . Hidup kita ni umpama roda , adakala kita di atas , adakala kita dibawah . Bila jatuh cuba lah untuk bangun , jangan kita terus jatuh . Usaha tu kan tangga kejayaan . :D Dan beringatlah  apabila kita diatas jangan rasa terlalu selesa . Jangan rasa diri terlalu hebat . Megah tanpa beringat . Orang yang berada di atas pun boleh jatuh kalau diri tak kuat . Manusia tak lari dari rasa putus asa , termasuklah aku . Tapi , kita kena  ingat kalu kita tak usaha kita takkan jadi macam apa yang kita nak . Usaha tu kan tangga kejayaan :D Kalau orang mengata , mencaci , menghina . Jangan cepat melatah , jadikan itu sebagai kata-kata semangat untuk kita terus jadi lebih baik . Sebelum kita bercakap tentang orang lain , cuba lihat diri sendiri . Mungkin kita lebih banyak kekurangan berbanding dia . Kebaikan mestilah dibalas dengan kebaikan , kejahatan pun perlu dibalas dengan kebaikan  . Mulia :D Jangan rasa diri terlalu sempurna , kerana tiada yang lebih sempurna selain yang maha ESA . Jangan buat keputusan yang bodoh , yang menyusahkan diri sendiri . Sayang , kalau putus dengan bf/gf  jangan sampai nak bunuh diri . Berdosa sayang . Kalau umur tu tak panjang , mati kafir sayang . Sebab tu sebelum kita nak buat sesuatu kita kena fikir panjang . Jangan fikir apa yang nampak depan mata . Jangan pentingkan diri sendiri , fikir orang lain . :D 

Haa , itu baru mukadimah yea . Belum isi lagi . Act , banyak benda yang aku nak kongsikan , jadi aku cuma mampu buat rumusan je . Kesibukan yang sering menjadi penghalang untuk aku menguruskan kehidupan seperti orang yang normal . Tapi itu tak bermaksud aku tak normal okay . :D

- Assignment sedang menggila .
- Teringin nak buat sesuatu yang tak pasti .
- Sedang menghipokritkan diri dengan semua orang . :)

NURFATIN AZMA ABDULLAH  <3

No comments: