Thursday, January 26

nasihat ;')




Assalamualaikum dan hai !

 Alhamdulillah sampai ke hari ini , aku masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah ni .
Hari ni dah masuk seminggu aku dekat rumah bermakna ada beberapa hari sahaja lagi saki baki cuti aku yang tinggal . Seperti biasa aku hanya menghabiskan masa cutiku dirumah . Mengarang dan mengkaji sesuatu . Bukan tidak mahu mengenal dunia luar , tapi aku rasa aku perlu duduk di dalam tempurung ku buat sementara . Dan mungkin sampai bila-bila begitu . Tak mengapa , aku dah terbiasa dan sampai bila-bila aku tetap biasa . Sekarang aku sedang belajar , belajar untuk menerima sesuatu kemungkinan . Mama selalu cakap ''Kita manusia hanya mampu merancang , tapi Allah yang tentukan semuanya'' . Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya , kalau hilang yang sekarang mungkin yang akan datang Allah bagi yang lagi baik untuk kita . Sebab tu aku tak nak mengharap pada benda yang belum pasti , tapi aku cuma mampu berdoa semoga apa yang aku dah ada tak hilang . InsyaAllah . ;')




Aku belajar dari kesilapan aku yang dulu dan aku tak nak benda yang sama berulang . Kita manusia biasa , tak pernah lari dari membuat kesilapan . Adakala salah itu kita nampak tapi kita seboleh mungkin buat-buat tak nampak tak kisah . Bila dah jatuh ditimpa tangga baru nak teringat . Tapi selagi aku teringat aku beringat supaya aku tak lupa tak jauh dari tujuan sebenar . Kadang-kadang aku terfikir , kenapa aku tak macam dia . Kenapa dia selalu dapat apa yang dia nak tapi kenapa aku tak . Tapi bila aku sedar , aku sepatutnya bersyukur dengan apa yang aku ada . Aku masih boleh hidup gembira dengan apa yang aku ada sekarang . Semuanya dah terlalu cukup untuk aku . Aku tak pernah rasa kosong macam dia rasa .




 Aku ambil keputusan untuk diam dan memendam . Tak salahkan ? Kalau aku rasa aku tak tahan aku lepaskan pada diri sendiri . Bukan mendera tapi aku rasa itu jalan terbaik . Asalkan dia bahagia , aku tak kisah sebab aku percaya . Aku cuma nak jadi yang terbaik untuk semua orang . Tapi kadang-kadang aku terpaksa jadi hipokrit . Sebab nak puas kan hati orang . Tak mengapa kalau aku ketepikan diri sendiri yang penting aku puas sebab dapat puaskan hati orang lain . Lagi baik kan . Tak semua orang akan faham perasaan kita dan ada yang tak kisah pun . ;')

Aku balik hari 29/01/2012 bersamaan hari rabu pada pukul 11 pagi . Harap Maklum .
Sesiapa nak ajak keluar . Silakan :)

*kehilangan kata-kata , jadi bisu untuk sementara .
*senyum , tak perlu kata apa-apa . :)
*dalam kehidupan mesti ada cabaran .

 FAFA
NURFATIN AZMA ABDULLAH <3

No comments: