Assalamualaikum dan hai .
Dam dam dum bunyi mercun .
Wah meriahnya , sana sini dengar lagu raya . Dekat radio , dekat tv . Blog kita pun dah berkumandang lagu raya . Tak lupa juga dengan bunyi mercun . Main main juga , tapi jangan sampai mencederakan diri sendiri .
Ehem ehem . Sedar tak sedar Ramadhan dah nak hampir sampai ke penghujung . Alhamdulillah , mudah-mudahan Ramadhan tahun ini memberi seribu makna kepada kita semua dan akan bertemu dengan Ramadhan yang seterusnya . Aminnn . :')
Dalam kita bergembira tengah buat persiapan raya tu jangan lupa pada orang yang susah dekat luar sana . Ada insan yang tak merasa macam apa yang kita rasa sekarang . Jangan lupa juga pada insan yang telah pergi meninggalkan kita untuk selamanya . Al-fatihah untuk mereka . Yang tengah dalam perjalanan atau akan pulang ke kampung . Berhati-hatilah dijalan raya . Ingat ada insan yang menanti kepulanganmu .
Tahun ni , tahun pertama raya sebagai seorang pelajar . Jadi tersangat-sangat lah berbeza . aku dapat rasa macam mana balik kampung . *Woooo balik kampung woooo balik kampung , hati girang .
Walaupun tak berapa jauh macam kawan-kawan yang duduk nunnn jauh di pantai timur . Janji aku dapat juga naik bas macam orang nak balik kampung dengan beg yang besar-besar dan berat *over tau , padahal cuti 2 minggu je .
Okay-okay , dikesempatan ini saya Nurfatin Azma Bt Abdullah bernombor kad pengenalan 931212-10-55** . Ingin menyusun sepuluh jari seandainya pernah menyinggung perasaan atau terlepas kata kepada anda semua yang mengenali diri ini . Maklumlah , manusia tidak terlepas daripada membuat kesilapan dan saya insan yang tersangat lemah dan penuh kekurangan ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf zahir dan Batin .
*Al-fatihah untuk arwah tokwan dan kawan saya Nurfarahanim .
*Jangan lupa bagi duit raya .
*Jemputlah datang rumah .
Friday, August 17
Monday, August 6
Aku mengintai orang kahh ?
Assalamualaikum dan hai !
Aku dengan bersuka ria dan bersenang lenggang nya tak pergi kelas untuk petang ni . Sangat-sangat rugi . Level confident untuk hari ini terlalu rendah . Sampai tak mampu nak mengangkat muka dan senyum kepada orang ramai . Dengan masalah kesihatan yang semakin menjadi-jadi untuk beberapa hari ni . Tersangat not in mood .
Ini namanya ketumbit . Orang cakap ketumbit naik bila mengintai orang . Masalah nya sekarang aku terlalu baik untuk melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral tersebut . Tambahan pula di bulan puasa yang mulia ni . Tidak sama sekali .
Semua tu salah okay . Auta semua tu . Ni nak bagitahu yang fakta .
Faktor-faktor terjadinya ketumbit ni :-
Aku dengan bersuka ria dan bersenang lenggang nya tak pergi kelas untuk petang ni . Sangat-sangat rugi . Level confident untuk hari ini terlalu rendah . Sampai tak mampu nak mengangkat muka dan senyum kepada orang ramai . Dengan masalah kesihatan yang semakin menjadi-jadi untuk beberapa hari ni . Tersangat not in mood .
* Nampak tak ? Fatin Azma sangat tidak cantik untuk hari ni .
Semua tu salah okay . Auta semua tu . Ni nak bagitahu yang fakta .
Faktor-faktor terjadinya ketumbit ni :-
- Tekanan
- Pertukaran hormon
- Mengguna peralatan solek yang sama buat satu jangka masa yang lama atau yang telah dijangkiti oleh bakteria
- Diabetis
- Kandungan lemak yang tinggi dalam badan
- Kekurangan vitamin dalam badan
Aku yang mana satu ni ???
Simptom-simptom pula :-
- Bisul di bahagian atas atau bawah kelopak mata
- Bengkak di sekeliling kelopak mata
- Sakit
- Kelopak mata menjadi merah
- Kelopak mata terasa sakit apabila disentuh
- Mata menjadi pedih
- Mata berair
- Gatal-gatal di kawasan bisul
- Pesakit berasa tidak selesa semasa mengelipkan mata
- Sensitif kepada cahaya yang cerah
Semua ni aku rasa sekarang .
Ada macam-macam petua nak hilangkan ketumbit ni . Ada yang cakap tenyeh bawang kat mata lah . Tak sanggup aku nak buat . Itu traditional . Kalau moden pergi klinik je .
K . papaii


