Saturday, March 3

TAJUK BESAR KHAS UNTUK KAU

Assalamualaikum dan hai !

Seronok campur gila campur sangat bila dapat balik rumah sendiri , korang dapat rasakan apa yang aku dapat raskan sekarang . Hebat gila aku rasa . Malam ini tidur aku tersangat lah selesa , berada di atas tilam yang empuk bersama selimut yang tebal dengan iringan bunyi renyai-renyaian hujan diluar , ini akan menyebabkan kegagalan aku untuk bangun awal pada pagi esok jatuh kepada 5 peratus dengan dasyatnya .

Bila aku pulang ke rumah , membuatkan aku lupa segala masalah yang membelenggu . Sumpah , selama aku memasuki fasa kekeliruan dan keserba salahan  ini fikiran aku cukup terganggu dan membuatkan aku hampir menjadi gila 'okay , aku merosakkan bahasa'  . Ini tersangatlah menakutkan . Korang boleh bayang tak kalau aku tiba-tiba cakap dengan dinding ke , makan guna kaki ke , maki orang-orang sekeliling tanpa rasa bersalah , lepas tu menangis secara tiba-tiba , siap hentak-hentak kepala dekat atas tilam . Ini memudaratkan okay . silap-silap aku menjadi penghuni hospital bahagia .  Tapi , Alhamdulillah aku masih mampu mengawal perasaan dan tindakan aku daripada gila . Aku memang tersangat hebat . :D

Ini jawapan untuk kau :-


  • Maaflah , selama beberapa hari ini aku bersikap dingin dekat kau dan cuba menjauhkan diri , aku sebenarnya sedang mencari ruang untuk aku sendiri membuat keputusan bukan sampai selama-lamanya aku mengikut telunjuk kau . Aku rasa dah macam tak ada pendirian je .
  • Boleh tak kau tolong ubah perangai kau , jangan nak menyakitkan hati orang je tiap-tiap hari , lagi satu mulut tu tolong lah jaga . Kau ingat kau dah cukup bagus bila cakap lepas-lepas macam tu . Kau tahu tak ramai yang terasa . Kau tak sedar ye ?
  • Kalau nak mengata orang mengutuk orang ke nasihat orang ke . Kalau kau nasihat baik-baik tak apa , ni mulut tajam macam pisau kau tak tengok lagi mulut aku macam pedang . Cuba kau tengok diri sendiri dulu , dah cukup sempurna ke ? Dah lengkap semua dah ?
  • Lagi satu , kau jangan riak sangat boleh tak ? Ni kalau bercakap macam tak ingat dunia dah . Macam kau tu takkan berubah sampai bila-bila . Kau tahu tak , kalau Allah nak ubah apa yang kau ada sekarang , sekelip mata je boleh tahu .
  • Cuba lah buka mata sikit , kau dah umur 19 tahun tau dah jadi budak kolej , mahasiswi . Bukan sekolah rendah ke sekolah menengah . Sekolah dulu boleh le , tak siap homework , berdiri tengah padang tak pun jalan itik ke . Tapi sekarang dah lain , kalau homework tak buat tak siap , tak ada harapan la nak lulus . Kalau markah kau seorang je tak ada tak apa . Cuba kalau ada kerja tu buat , ini tak semua harap kat orang . Kalau setakat bertanya , anak kucing pun boleh tanya . Orang lain pun tak pandai , tapi boleh buat kerja .
  • Ni satu bab yang aku paling tak suka , kau asyik nak betul je cakap orang lain semua kau tak nak pakai . Okay , kau kan banyak ilmu . Sebab tu lah kan . Terlebih pandai . Kalau orang bangkang cakap cakap kau . Mula lah tarik muka 14 . Serius , aku menyampah .
  • Lepas ni kalau boleh buat kerja tu usaha lah sendiri , jangan harap kat orang . Kalau tak sampai bila-bila pun kau tak tahu . 
  • Lagi lagi lagi , kau jangan lah nak tak suka kat orang sangat . Kalau boleh semua orang kau tak suka , orang tu buat tu kau tak suka , buat ni kau tak suka . Kau dengki k apa sebenarnya .  Kau pun tak tahu orang suka kau ke tak . Selagi oang tu tak cari masala dengan kau  tak ganggu hdup kau , tak payah lah kisah sangat .
  • Ni lagi penting , kalau boleh kan . Jangan lah suka sangat sibuk hal orang . Bukan semua benda kau perlu tahu . Tak perlu lah ambil tahu kalau orang tak minta kau tahu . Lagi satu , jangan lah buat andaian kau yang kadang-kadang logik tak logik je okay . Nanti kau nampak bodoh sangat .
Itu jelah yang aku ingat , maaflah kalau kau terasa kalau kau tak nak kawan aku dah pun lepas ni . Aku tak kisah . Aku tahu kau banyak kawan . Maklum lah kau kan cantik , pandai , cakap kau semua orang percaya , kira kau ni pengaruh besar lah kan . Ke konon-konon je . Lagi satu , aku harap lah kau tak la serang-serang aku nanti . Bukan aku takut dekat kau pun . Tapi aku takut mulut aku ni lagi bisa dari kau . Kau mesti cakap , apa barang cakap kat blog kan , cakap depan-depan lah kan . Aku bukan apa , aku hormat maruah kau . Aku tak nak buruk-burukkan kau depan semua orang . Tapi kalau kau , aku tak tahu la , kalau orang nampak buruk aku pun , aku tak kisah . Sebab nanti lama-lama orang tahu juga sebab nya . Pendirian aku , aku tak perlu nak jaja-jaja cerita dekat semua orang untuk minta simpati . Nak nampak diri aku baik . Aku tak perlu tu semua . Yang penting aku tahu siapa aku . 

Sekarang kau dah tahu kot punca-punca nya . Harap kau faham lah kan . Aku bukan robot , tak ada perasaan . Boleh senyap je apa yang kau buat . Buat bodoh je padahal hati ni sakit , otak ni dah macam nak gila . Sekarang kau faham lah kan kenapa sikap aku berubah dekat kau .

Sekian Terima Kasih .

#Lega dapat luahkan apa yang terpendam .
#Sedang berfikir masak-masak .


 fafa
NURFATIN AZMA ABDULLAH


No comments: