Saturday, March 24

Nak balik !

Assalamualaikum dan hai !

Mood aku terlalu gila untuk hari ni , bukan hari ni tetapi sejak dari malam tadi . Aku marah tanpa sebab musabab yang jelas . Itu memang aku dari dulu sampai sekarang . Cuma sekarang aku sedang mencuba untuk memperbaiki . Cuba sedaya upaya sampai aku berjaya . Good luck untuk diri sendiri . Maaf sayang sebab terlalu emosi , emosi yang panas yang menyebabkan awak menangis . Comel sangat . maaf  :')

Khamis lepas aku pulang ke Desa View dengan perasaan yang terpaksa memikirkan keesokan harinya aku akan berperang untuk final exam untuk paper pertama dan kedua , aku terpaksa . Ditekankan sekali lagi TERPAKSA . Terpaksa sekali lagi untuk pulang ke tempat puaka tu . Sumpah , tekanan yang mendatangkan magrain yang menggila . Bukan disebabkan tempat puaka tapi kerana peperangan yang berlangsung . Faham tak ? . Aku dengan muka yang konfiden tanpa berdalih-dalih lagi . "Aten dah ready dah, tak sabar nak jawab exam'' sambil tersenyum simpul . Gila kan , dalam hati macam nak pecah . Masuk je exam class , aku lupa segala mak nenek yang aku baca , bila dapat paper , semua hilang tanpa jejak . Otak aku gagal berfungsi , Mula lah aku jawab merepek-repek meraban . Tak masuk akal punya jawapan , dalam hati menyumpah-nyumpah . Aku baru baca semalam macam mana boleh lupa , makan semut banyak la ni . Ini semua gara-gara prinsip aku yang kadang-kadang tak boleh pakai . Jangan baca buku masa hari exam , jangan sentuh langsung buku , jangan nak menghafal-hafal dah . Haaa kan , aku redah je apa pun jawapan yang lintas dekat kepala . Habis je satu paper tu aku kerjakan, aku keluar dan tak nak berpaling lagi . Cukup ! Okay , berhenti cerita pasal exam . Aku sakit hati kalau ingat !

Keluar je exam class , aku terus texting mama . "Mama , where are you ?" . "Mama dekat rawang , kejap lagi mama sampai " . Okay , lega gila rasa kan . Tak sampai sehari aku nak balik . Kawan-kawan bilik semua merungut . "Tak sempat nak sembang dengan Aten" Dalam otak aku hanya fikir , NAK BALIK ! NAK BALIK ! . Rumah aku sedang memanggil-manggil , bantal katil tilam aku sedang memanggil-manggil . Masakan mama memanggil-manggil . Memandangkan paper ketiga aku minggu depan , jadi semakin kuat lah kehendak aku nak balik . Aku suka duduk rumah nak buat macam mana :)

Aku cakap dekat ayah .
Aku : Kalau along ada kereta , along taknak duduk hostel nak ulang alik je .
Ayah : Ha , nantilah . 
Aku : (^^)v
Mama : Lepas belajar kahwin lah , tak ada ayah susah hati ada orang jaga .
Aku : (0.o)?

Mama lari topik . =='


♥FAFA , 
NURFATIN AZMA ABDULLAH     

No comments: