Friday, April 6

Dari kanta mata .

Assalamualaikum dan hai !

Permulaan hari aku yang baik untuk hari ini , jadi dari tadi aku tersenyum selebar-lebarnya . Hey , aku tidak berada di tempat puaka itu , aku rasa seronok . Aku berada di rumah . Ya, dirumah . Rumah ku Syurga ku . Aku sangat suka berada di rumah jadi jangan cuba-cuba untuk memisahkan aku dengan rumah aku . 

Mesti ramai yang insan-insan di sekeliling korang kan . Ada mak , ayah , adik beradik , kawan-kawan , gf/bf dan ramai lagi lah . Aku pun macam tu . Tapi kan manusia ni ada macam-macam perangai dan kadang-kadang kita tak akan dapat jangka pun seseorang tu macam tu macam ni . Aku sendiri kadang-kadang salah menilai seseorang dari awal , tapi bila dah lama kenal , tiap-tiap hari jumpa , lihat cara dia berkawan , bercakap . Baru aku tahu perangai dia yang sebenar . Betul lah kata pepatah " Don't judge a book by its cover " . Nak kata manusia-manusia ni hipokrit ? Tapi bagi aku , hipokrit tu perlu . Tapi bukan untuk semua situasi hanya pada situasi-situasi tertentu saja . Kajian pun mengatakan , manusia hanya beberapa peratus sahaja menjadi diri sendiri dan selebihnya menjadi pelakon yang tak berbayar . Bukan pelakon yang berbayar dekat peti hidup dekat rumah korang tu okay . Itu ikut skrip .Tapi ini lagi hebat dari pelakon yang berbayar . Tak perlu guna skrip , spontan je . Hanya perlu orang-orang sekeliling untuk jadi watak tambahan dan sampingan . Macam korang tengok dekat peti hidup . Ada yang jadi pengampu , jadi tukang turut , percaya dekat pelakon tu seratus peratus . Betul lah kan , hidup ni sebenarnya macam pementasan je . Apa yang korang tengok dekat peti hidup tu semuanya realiti . Sinetron je tak berapa nak logik , bukan tak berapa memang tak logik pun .

Aku kenal macam-macam orang . Ada melayu , india , cina , tinggi , rendah , gemuk , kurus . Dulu aku selalu dengar pepatah ni "Rambut sama hitam tapi hati lain-lain" . Betul lah kan , hati manusia mana sama . Tapi kalau zaman sekarang ni rambut pun dah tak sama . Ada merah , hijau , biru , pelangi .   
Walau warna apa pun rambut , tapi hati tetap tak sama . Ada yang luarannya cantik tapi dalamannya tak cantik . Ada yang luarannya tak cantik tapi dalamannya cantik . Ada yang suka tolong orang tapi suka mengungkit , bangga cerita dekat orang sana sini kebaikan dia . Ada yang suka mengata orang tapi sebenarnya apa yang dia kata terkena pada hidung dia sendiri . Mungkin dia tak sedar atau dengan cara tu je dia nak sembunyikan diri dia yang sebenar . Kalau luar dah cantik biarlah dalam pun cantik , kalau luar tak cantik , cantik kan di dalam orang pandang pun cantik . PERFECT ! 


#aku pun kadang-kadang hipokrit jugak .
#sedang menjalani cuti sem yang pendek -.-'
#kesihatan terganggu sikit .



No comments: